Kelly 3572

Tuesday, July 10, 2012

Manchester Park Ji Sung United; 2005 - 8 Julai 2012

Assalamualaikum

Park Ji-Sung. Nama ini mula dikenali ramai setelah beliau menyarung jersi nombor 13 kelab bolasepak Inggeris, Manchester United pada tahun 2005. Aku sendiri pun memang tak pernah dengar nama pemain Korea Selatan ni sebelum dia join MU.

Bila aku dapat tahu MU dah signed pemain ni, aku pun agak teruja jugak nak tengok kebolehan beliau yang mendorong MU membeli pemain tengah ni. Dan, memang tidak mengecewakan la. Memang berbaloi. Pemain Asia yang pertama bermain untuk Manchester United dan jugak Liga Inggeris! Pada masa yang sama,  kemasukan Park Ji-Sung ke MU merupakan satu strategi pemasaran yang baik juga kepada kelab itu untuk mengukuhkan lagi sokongan terhadap mereka di negara-negara benua Asia, terutama sekali Korea Selatan.

Sejak dari kemasukan beliau ke MU sehingga la entry ni dibuat, beliau telah berjaya mengumpulkan pelbagai koleksi medal yang beliau menangi bersama MU. 11 medal semua sekali dalam masa 7 tahun beliau bersama MU. Bermain untuk MU sebanyak 205 kali dan menjaringkan 27 gol. Statistik yang agak memberangsangkan untuk pemain bertubuh kecil seperti beliau. Harap-harap Nazmi Faiz pun boleh mencontohi kegigihan Park Ji-Sung.

Malam tadi masa aku surfing, masuk website MU, aku sangat-sangat la terkejut sebab terpampang berita Park Ji-Sung telah pun meninggalkan MU dengan menyertai kelab QPR untuk selama 2 tahun. Rasa sangat-sangat kecewa dan tak faham kenapa MU boleh biarkan pemain yang rajin macam Park tu blah macam tu je. Aku yakin ramai penyokong MU kecewa dengan 'keblahan' PJS tuh. Ramai yang terkejut. PJS memang seorang pemain yang sangat disenangi, bukan sahaja di kalangan penyokong MU, tetapi jugak kelab-kelab EPL yang lain. Pemain yang rajin, takde mencetuskan kontoversi, low profile.

Emotional sket aku pasal berita ni. Terasa macam nak lempang-lempang je muka Alex Ferguson sebab biarkan PJS keluar dari MU. Baru je aku baca dalam suratkhabar bulan lepas yang PJS berhajat untuk menamatkan karier beliau bersama MU. PJS will be greatly missed by United supporters! Kalau penyokong pun sedih dengan kehilangan beliau, apatah lagi kawan baik PJS kat MU tuh, Patrice Evra!

Dan dari ura-ura yang aku baca di berita-berita online, PJS mungkin akan mengetuai QPR pada musim 2012/2013 nanti. QPR bakal bertandang ke Malaysia dalam minggu hadapan untuk satu perlawanan persahabatan dan juga pemanas badan. Pasukan Kelantan akan menjadi lawan mereka dalam perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kalau tak silap aku, perlawanan tu akan dilangsungkan pada 20hb Julai. Aku agak musykil tentang tarikh tuh sebab ianya mungkin merupakan awal Ramadhan. Nak solat terawih kan? Takkan nak pergi stadium? Aku baru je plan nak pergi tengok PJS main kat stadium secara live. Lepas tu nak bergambar dengan PJS! Dan tanya dia sendiri kenapa dia rela tinggalkan MU. Mana ada dia setia sampai 7 tahun dengan kelab lain kan?

Tetiba je aku terasa macam nak beli jersey MU bernombor 13 dengan nama PJS!

Tengok PJS dalam Running Man pun best jugak...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...