Tuesday, July 24, 2012

Kadar Jenayah Dah Menurun...

Assalamualaikum

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua yang beragama Islam. Semoga amal ibadah anda semua diberkati dan diterima olehNya. 

Sejak-sejak sibuk ni, nak menaip pun dah malas. Boleh tak nak blogging dengan cara bercakap je? 

Sekarang ni kan, kalau baca suratkhabar atau tengok berita kat TV tiap-tiap hari, mesti ada berita tentang kes jenayah yang berlaku dalam negara kan? Dan ada jugak diselitkan berita tentang kadar jenayah di sesuatu kawasan tertentu dalam negara kita dah mula menampakkan penurunan. Baguslah kalau ada penurunan tu kan, Alhamdulillah. Semoga kadar tu terus mencatatkan penurunan sampai la ke takde langsung kejadian jenayah tuh.

Tapi, bila kes ragut (sehingga mangsa maut), curi mesin ATM, samun di tempat letak kereta pasaraya dan bermacam-macam jenis jenayah lagi tetap berlaku macam takde tanda-tanda nak berhenti, hampir setiap hari pulak tuh, boleh ke orang ramai nak percaya dengan tajuk berita 'Kadar Jenayah Dah Menurun' tu? 

Dah la macam-macam jenis warga asing ada kat Malaysia ni, jenayah pun jadi bermacam-macam jenis jugak la. Yang datang menumpang cari rezeki kat sini pun terlibat dengan jenayah, yang datang masuk sebagai pelajar kolej pun buat jenayah, yang masuk konon sebagai pelancong pun buat jenayah, yang memang dah warganegara sendiri pun lagi la ramai terlibat dengan jenayah. Muntah aku taip perkataan jenayah ni banyak kali macam ni... 

Jadi, kejadian jenayah ni memang takkan ada kesudahannya. Lagi ramai warga asing masuk, lagi banyak la kes jenayah kot? Kes yang membabitkan rakyat sendiri pun berlambak. Macamana semua orang tak risau nak tinggal di rumah sendiri, di negara sendiri? Memang sangat-sangat tak selamat. Semua orang boleh jadi mangsa, terdedah. Bila-bila masa sahaja kita boleh jadi mangsa. Hanya doa dan usaha diri sendiri je yang boleh melindungi diri, orang tersayang dan harta benda dari menjadi mangsa binatang-binatang ini.

Apa la yang bakal berlaku kat Malaysia ni pada masa depan? Pelacuran semakin berleluasa. Semakin ramai menjadi penagih dadah. Semakin ramai bayi-bayi dibuang. Sungguh menakutkan. Tunggu je la bala dari Allah. Nak laksanakan hukum hudud memang jangan mimpi la kan, bertrilion alasan diberi. Mungkin sebab diri sendiri penuh dengan dosa kot dan bakal kena hukuman sebab tak mengikut hukum dan peraturan yang telah ditetapkanNya.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari perkara-perkara yang tidak diingini.

1 comment:

Dwen Ihsan said...

caman dorang kira kadar jenayah ni menurun..mantan ketua polis negara ada ckp, jgn sorok statistik kadar jenayah yg sebenar..nanti rakyat confuse

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...