Monday, July 2, 2012

Eropah 2012 - Bahagian 5

Assalamualaikum

Berakhirlah sudah demam bolasepak Euro 2012 edisi kali ke berapa ntah. Spain berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya 4 tahun yang lalu. Di samping itu juga, mengekalkan reputasi sebagai pasukan bolasepak yang terhandal di planet bumi pada ketika ini setelah memenangi pertandingan Piala Dunia 2008 dulu.

Spain 4 Italy 0...

Memang kalau dilihat pada keputusan perlawanan akhir yang aku tak tengok jugak tu, macam sangat-sangat berat sebelah, one way traffic of football! Takkanlah sampai macam tu sekali Italy diperkotak-katikkan? Tetapi itulah kenyataannya. 

Walaubagaimanapun, pujian tetap harus diberikan kepada pasukan Italy itu yang telah bangkit dari zaman kejatuhan mereka masa Piala Dunia dulu. Berjaya la jugak agaknya memperbaiki imej skandal rasuah bolasepak Italy yang tercemar teruk suatu ketika dahulu.

Aku konon-kononnya nak la tengok perlawanan akhir tu malam tadi, tapi, macam biasa la, warm warm chicken shit je. Takde langsung semangat nak bangun pukul 0245 pagi tuh. Lain la kalau perlawanan membabitkan you know who kan? Sanggup je aku bangun dengan penuh semangat. 

Ooh.. sebelum terlupa, Torres scored lagi pagi tadi? Sungguh menghairankan. Tetapi aku dengar kawan-kawan aku cakap, masa Torres scored tu, Italy tengah bermain dengan 10 orang sebab sorang pemain dah cedera dan tak boleh digantikan sebab Italy dah melakukan 3 pertukaran pemain. Patut aar Torres scored! He he... kesian Torres.

Lepas ni tunggu bolasepak sukan Olimpik pulak. Dan yang penting sekali sekarang ni, aku nak tengok pasukan Harimau Muda B22 tahun menang perlawanan terakhir menentang Myanmar malam esok!!!

2 comments:

Ninie Hanis said...

uncle mijoe, mmg sampai begitu sekali pon Italy diperkotak-katikkan..percayalah ckp fahim ni sbb fahim tgk game final tu dgn daddy..juara dunia & Euro champion kot..hihi :D

p/s torres tu tumpang tuah team tu je..

Mijoe said...

Nampaknye Fahim telah berjaya menyaksikan salah satu *keajaiban dunia! Bukan senang tu nak tengok Torres score kan? He he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...