Tuesday, July 24, 2012

Kadar Jenayah Dah Menurun...

Assalamualaikum

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua yang beragama Islam. Semoga amal ibadah anda semua diberkati dan diterima olehNya. 

Sejak-sejak sibuk ni, nak menaip pun dah malas. Boleh tak nak blogging dengan cara bercakap je? 

Sekarang ni kan, kalau baca suratkhabar atau tengok berita kat TV tiap-tiap hari, mesti ada berita tentang kes jenayah yang berlaku dalam negara kan? Dan ada jugak diselitkan berita tentang kadar jenayah di sesuatu kawasan tertentu dalam negara kita dah mula menampakkan penurunan. Baguslah kalau ada penurunan tu kan, Alhamdulillah. Semoga kadar tu terus mencatatkan penurunan sampai la ke takde langsung kejadian jenayah tuh.

Tapi, bila kes ragut (sehingga mangsa maut), curi mesin ATM, samun di tempat letak kereta pasaraya dan bermacam-macam jenis jenayah lagi tetap berlaku macam takde tanda-tanda nak berhenti, hampir setiap hari pulak tuh, boleh ke orang ramai nak percaya dengan tajuk berita 'Kadar Jenayah Dah Menurun' tu? 

Dah la macam-macam jenis warga asing ada kat Malaysia ni, jenayah pun jadi bermacam-macam jenis jugak la. Yang datang menumpang cari rezeki kat sini pun terlibat dengan jenayah, yang datang masuk sebagai pelajar kolej pun buat jenayah, yang masuk konon sebagai pelancong pun buat jenayah, yang memang dah warganegara sendiri pun lagi la ramai terlibat dengan jenayah. Muntah aku taip perkataan jenayah ni banyak kali macam ni... 

Jadi, kejadian jenayah ni memang takkan ada kesudahannya. Lagi ramai warga asing masuk, lagi banyak la kes jenayah kot? Kes yang membabitkan rakyat sendiri pun berlambak. Macamana semua orang tak risau nak tinggal di rumah sendiri, di negara sendiri? Memang sangat-sangat tak selamat. Semua orang boleh jadi mangsa, terdedah. Bila-bila masa sahaja kita boleh jadi mangsa. Hanya doa dan usaha diri sendiri je yang boleh melindungi diri, orang tersayang dan harta benda dari menjadi mangsa binatang-binatang ini.

Apa la yang bakal berlaku kat Malaysia ni pada masa depan? Pelacuran semakin berleluasa. Semakin ramai menjadi penagih dadah. Semakin ramai bayi-bayi dibuang. Sungguh menakutkan. Tunggu je la bala dari Allah. Nak laksanakan hukum hudud memang jangan mimpi la kan, bertrilion alasan diberi. Mungkin sebab diri sendiri penuh dengan dosa kot dan bakal kena hukuman sebab tak mengikut hukum dan peraturan yang telah ditetapkanNya.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Sunday, July 22, 2012

Pembaziran Yang Boleh Dielakkan...

Assalamualaikum

Tengah syok belek-belek isi wallet, tetiba terjumpa resit bayar denda DBKL dan resit tol PLUS yang menyakitkan hati. Senang-senang je aku bazirkan duit akibat dari kecuaian aku sendiri.

Lepas tu teringat pulak kes kena bayar denda sebab parking Kelly kat parking bay residence lain. Duit lagi...

Jumlah kerugian untuk ketiga-tiga kes bodoh tu ialah MYR230.00 = MYR150 (DBKL) + MYR50 (PLUS) + MYR30 (Kelly). Daripada aku bagi duit kat diorang tuh, lebih baik aku gunakan duit tu untuk makan ataupun beli makanan kucing!

Kes DBKL tu aku akui kesalahan aku tu parking Kelly kat tempat yang dikhaskan untuk parking motorsikal. Cuma yang buat aku marah sikit tu (marah banyak sebenarnya) ialah kesalahan tu tak boleh dibuat rayuan untuk mengurangkan sedikit denda tu. Dah la aku bayar denda tu tak sampai seminggu selepas tarikh kesalahan tu pun. 

Itu baru satu hal, yang paling lawaknya ialah, kononnya kesalahan aku tu telah menyebabkan gangguan lalulintas. Padahal aku parking Kelly tuh depan pagar rumah aku yang bukannya laluan sibuk nak masuk KL pun. Dan masa kena saman tu, tengahari buta (2.39pm), hari berkerja yang aku yakin kawasan depan pagar kawasan rumah aku tuh agak lengang. Kalau kenderaan parking sesuka hati kat tepi jalan utama waktu malam tu takde pulak diorang nak saman? Padahal terang-terangan boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. 

Tak boleh komen lebih-lebih pasal ni kan? Diorang buat kerja semuanya betul kan... rasa nak saman, saman, kalau rasa malas, biarkan jer. Undang-undang ikut tahap kerajinan harian diorang kot... patutla Malaysia jadi macam sekarang ni. Takpe la, satu sen pun aku tak halalkan duit tu masuk ke akaun DBKL tuh. 

Kes PLUS tuh, aku tercicir tiket tol tu masa berhenti nak beli air kat R&R Nilai. Aku rasa tiket tol tuh terjatuh dari pintu Piji masa aku nak bukak/tutup pintu kot. Masa aku sedar tiket tol tu dah takde, aku dah dekat dengan tol Sungai Besi. Gelabah gila masa tuh, siap berhenti kat hentian sebelah Serdang untuk cari tiket tol tuh.

Elok-elok tol dari Nilai ke Sungai Besi MYR4.70, akibat kehilangan tiket tol tu, dah kena bayar denda MYR50 campur kadar tol dari Nilai ke Sungai Besi MYR4.70 = MYR54.70! Senang je kan PLUS buat duit! Padahal kos nak keluarkan sekeping tiket tol tu berapa sen la sangat. Saja je nak cari duit lebih kan? Patut la hutang tak selesai-selesai lagi sampai sekarang kot...

Ntah bila la Malaysia nak buat sistem lebuhraya bertol yang lebih canggih dari menggunakan Smart Tag tuh...guna pengimbas jugak tapi tak perlu perlahankan kenderaan, jalan je macam biasa. Kan lebih mudah, takde la risiko kehilangan tiket tol dan sebagainya.

Kes parking Kelly tu memang salah aku jugak la kan...ha ha ha. Sebab selama ni memang tempat parking tu kosong. Penghuni unit tu tak menggunakan sebarang kenderaan kot, tu yang aku parking Kelly kat situ. Dulu dah pernah mintak izin dengan pemilik parking bay tuh untuk letak Kelly kat situ, dan tuannya benarkan. Tetiba pulak satu hari tu jiran aku cakap Kelly kena clamp!

Aku syak mesti ada tenant baru masuk kot dan ada kereta nak parking kat parking bay tu. Melayang lagi MYR30 semata-mata nak mintak pak guard bukak clamp kat Kelly tuh. Nasib badan...ha ha ha...

Sekarang bila dah berniaga secara kecil-kecilan ni dengan sekelip mata sahaja aku dapat balik MYR230 yang aku hilang tuh. Bukan setakat MYR230, jauh lebih banyak dari jumlah tu. Betapa murahnya rezeki kalau berniaga dengan penuh etika ni. Semoga rezeki aku akan terus murah, suci, berkat dan halal!

Wednesday, July 11, 2012

Best In The World 2

Assalamualaikum

Rancangan mempromosi tempat-tempat makan-makan yang sedap telah kembali. Ohh, nama rancangan tu macam tajuk entry ni la. Pengacaranya memang tidak asing lagi kepada sesiapa yang mengikuti rancangan ini pada musim yang pertama dulu. Bagi yang baru nak tengok rancangan ni dan tak kenal pengacaranya, haaa, Razif Hashim nama beliau. Kelakar betul dia ni. Aku memang suka tengok aksi dia ni.

Siaran selama 30 minit itu akan mula ditayangkan di saluran Astro 708 (8TV) pada jam 9.30 malam setiap hari Rabu! Jadi, jangan terlepas peluang ye untuk menonton aksi si Razif ni makan di samping menambah lokasi tempat makan yang baru dalam peta makan korang!

Selamat menonton dan semoga mendapat manfaat! 

Tuesday, July 10, 2012

Manchester Park Ji Sung United; 2005 - 8 Julai 2012

Assalamualaikum

Park Ji-Sung. Nama ini mula dikenali ramai setelah beliau menyarung jersi nombor 13 kelab bolasepak Inggeris, Manchester United pada tahun 2005. Aku sendiri pun memang tak pernah dengar nama pemain Korea Selatan ni sebelum dia join MU.

Bila aku dapat tahu MU dah signed pemain ni, aku pun agak teruja jugak nak tengok kebolehan beliau yang mendorong MU membeli pemain tengah ni. Dan, memang tidak mengecewakan la. Memang berbaloi. Pemain Asia yang pertama bermain untuk Manchester United dan jugak Liga Inggeris! Pada masa yang sama,  kemasukan Park Ji-Sung ke MU merupakan satu strategi pemasaran yang baik juga kepada kelab itu untuk mengukuhkan lagi sokongan terhadap mereka di negara-negara benua Asia, terutama sekali Korea Selatan.

Sejak dari kemasukan beliau ke MU sehingga la entry ni dibuat, beliau telah berjaya mengumpulkan pelbagai koleksi medal yang beliau menangi bersama MU. 11 medal semua sekali dalam masa 7 tahun beliau bersama MU. Bermain untuk MU sebanyak 205 kali dan menjaringkan 27 gol. Statistik yang agak memberangsangkan untuk pemain bertubuh kecil seperti beliau. Harap-harap Nazmi Faiz pun boleh mencontohi kegigihan Park Ji-Sung.

Malam tadi masa aku surfing, masuk website MU, aku sangat-sangat la terkejut sebab terpampang berita Park Ji-Sung telah pun meninggalkan MU dengan menyertai kelab QPR untuk selama 2 tahun. Rasa sangat-sangat kecewa dan tak faham kenapa MU boleh biarkan pemain yang rajin macam Park tu blah macam tu je. Aku yakin ramai penyokong MU kecewa dengan 'keblahan' PJS tuh. Ramai yang terkejut. PJS memang seorang pemain yang sangat disenangi, bukan sahaja di kalangan penyokong MU, tetapi jugak kelab-kelab EPL yang lain. Pemain yang rajin, takde mencetuskan kontoversi, low profile.

Emotional sket aku pasal berita ni. Terasa macam nak lempang-lempang je muka Alex Ferguson sebab biarkan PJS keluar dari MU. Baru je aku baca dalam suratkhabar bulan lepas yang PJS berhajat untuk menamatkan karier beliau bersama MU. PJS will be greatly missed by United supporters! Kalau penyokong pun sedih dengan kehilangan beliau, apatah lagi kawan baik PJS kat MU tuh, Patrice Evra!

Dan dari ura-ura yang aku baca di berita-berita online, PJS mungkin akan mengetuai QPR pada musim 2012/2013 nanti. QPR bakal bertandang ke Malaysia dalam minggu hadapan untuk satu perlawanan persahabatan dan juga pemanas badan. Pasukan Kelantan akan menjadi lawan mereka dalam perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kalau tak silap aku, perlawanan tu akan dilangsungkan pada 20hb Julai. Aku agak musykil tentang tarikh tuh sebab ianya mungkin merupakan awal Ramadhan. Nak solat terawih kan? Takkan nak pergi stadium? Aku baru je plan nak pergi tengok PJS main kat stadium secara live. Lepas tu nak bergambar dengan PJS! Dan tanya dia sendiri kenapa dia rela tinggalkan MU. Mana ada dia setia sampai 7 tahun dengan kelab lain kan?

Tetiba je aku terasa macam nak beli jersey MU bernombor 13 dengan nama PJS!

Tengok PJS dalam Running Man pun best jugak...


Monday, July 2, 2012

Eropah 2012 - Bahagian 5

Assalamualaikum

Berakhirlah sudah demam bolasepak Euro 2012 edisi kali ke berapa ntah. Spain berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya 4 tahun yang lalu. Di samping itu juga, mengekalkan reputasi sebagai pasukan bolasepak yang terhandal di planet bumi pada ketika ini setelah memenangi pertandingan Piala Dunia 2008 dulu.

Spain 4 Italy 0...

Memang kalau dilihat pada keputusan perlawanan akhir yang aku tak tengok jugak tu, macam sangat-sangat berat sebelah, one way traffic of football! Takkanlah sampai macam tu sekali Italy diperkotak-katikkan? Tetapi itulah kenyataannya. 

Walaubagaimanapun, pujian tetap harus diberikan kepada pasukan Italy itu yang telah bangkit dari zaman kejatuhan mereka masa Piala Dunia dulu. Berjaya la jugak agaknya memperbaiki imej skandal rasuah bolasepak Italy yang tercemar teruk suatu ketika dahulu.

Aku konon-kononnya nak la tengok perlawanan akhir tu malam tadi, tapi, macam biasa la, warm warm chicken shit je. Takde langsung semangat nak bangun pukul 0245 pagi tuh. Lain la kalau perlawanan membabitkan you know who kan? Sanggup je aku bangun dengan penuh semangat. 

Ooh.. sebelum terlupa, Torres scored lagi pagi tadi? Sungguh menghairankan. Tetapi aku dengar kawan-kawan aku cakap, masa Torres scored tu, Italy tengah bermain dengan 10 orang sebab sorang pemain dah cedera dan tak boleh digantikan sebab Italy dah melakukan 3 pertukaran pemain. Patut aar Torres scored! He he... kesian Torres.

Lepas ni tunggu bolasepak sukan Olimpik pulak. Dan yang penting sekali sekarang ni, aku nak tengok pasukan Harimau Muda B22 tahun menang perlawanan terakhir menentang Myanmar malam esok!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...