Kelly 3572

Sunday, June 24, 2012

Smokey, Tortie & Chukie

Aku belum perkenalkan lagi anak-anak Semah Sharapova. Diekor ni semuanya dilahirkan pada 14 Mac 2012. So sekarang ni usia diekor dalam 3 bulan lebih la. 
Masa aku bagi Semah makan wetfood tadi baru aku berpeluang nak snap gambar semua anak-anak Semah serentak dan pada satu tempat.  
Sebenarnya anak-anak Semah ni ada 4 ekor semuanya; ada satu warna putih yang aku namakan Frostie, tapi sayang sebab umur dia tak panjang. Dia pergi dalam bulan lepas kalau tak silap aku. Dia kurus je, sama macam Chukie dalam gambar kat atas ni (yang port kat tengah tu...). 
Dari kiri; Semah, Smokey, Chukie dan Tortie
Ketiga-tiga beradik yang tinggal ni Alhamdulillah, nampak aktif dan sihat walaupun aku risau dengan Chukie tuh sebab dia kurus macam aku kalau nak dibandingkan dengan 2 lagi saudara dia tu. Aku kena bagi dia layanan lebih istimewa kot.  
Aku agak excited masa Semah melahirkan budak-budak ni dulu sebab aku nampak ada 2 ekor anaknya yang bewarna oren; Chukie dan Tortie la tuh. Dalam 4 beradik tuh, Tortie la yang paling pelik sebab dia je berekor kontot...ha ha. Tapi corak bulu dia cantik dan badan dia lebih besar berbanding dengan adik-beradik dia yang lain kecuali Smokey. Tortie jugak paling jinak setakat ni.
Smokey pulak paling pemalu dan lambat panas. Susah nak tangkap pun ye jugak. Kadang-kadang sampai 2-3 kali aku kena tawaf rumah parents aku semata-mata nak tangkap Smokey dan masukkan dalam kondo diekor bila dah dekat nak malam.

Setakat ni, ketiga-tiga babies ni belum mandi lagi. Dan Chukie si kurus tu, memang tak padan dengan saiz badannya yang kecik, tetapi giginya tajam, kuat betul gigitan dia. Ngeri jugak la nak gurau dengan Chukie ni. 

Dan yang bestnya, kesemua anak-anak Semah ni boleh get along dengan Pakcik Kaka dan jugak Pakcik Ronaldo yang kedua-duanya pun dah lama tak mandi. 

6 comments:

meowwmania said...

aaaaaaaa............comelnyaaaaaaaaa!!!!!

geram tgk kitten besar camnih suka tgk time dorang icap nenen hehe..

Mijoe said...

@KK

tu la pasal KK, Semah tengah makan sambil berdiri pun kena serang hendap dengan budak2 ni.

Sebenarnye, budak2 tu sebelum menyerang ibunya tu, diorang nak berebut wetfood tuh, tapi saya halang budak2 tuh selepas berpuluh kali diorang mencuba. Last2 diekor fed-up kot, tu yg terus serang mak dia tu kot....

bila dah habis menyusu baru saya bagi budak2 itu makan wetfood pulak... :p

BUNGA said...

haha.. suka betul dengan nama semah sharapova. mesti pening nak bagi nama untuk anak semah ni..

Mijoe said...

Munge

Maria Sharapova tengah sibuk dengan Wimbledon Tournament, Semah Sharapova sibuk menguruskan anak2 kat sini...

nasib baik la tak pening2 sangat nak cari nama utk anak2 dia ...:p

Ennor Plenetzurah said...

saya pun excited bila Memeu tu beranak...5 ekor semuanya...dan cuma sekor jer betina...best sangat menyambut geng baru dalam keluarga..hah ha ha..sama la ngan aku dah anak 5 ...hehehe salam perkenalan.... ^_^

Mijoe said...

@Ennor Plenetzurah

salam perkenalan jugak dari saya... :)

kucing memang best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...