Kelly 3572

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia 2 Singapura 0

Assalamualaikum

Tadi baru je lepas tengok perlawanan persahabatan bolasepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Singapura. Dan, akhirnya, pasukan yang 100% pemain Malaysia akhirnya berjaya menewaskan 'pasukan Singapura' setelah kali terakhir mereka berjaya menewaskan jiran di Selatan Semenanjung Malaysia itu pada tahun 2004; ni mengikut apa yang disampaikan oleh pengulas siaran langsung kat tv tadi la. Aku belum sempat nak cari fakta tu lagi...

Perlawanan tadi agak tegang dengan beberapa kekasaran kedua-dua pasukan; terutama dari pasukan pelawat. Termasuk juga la layangan kad merah kepada 'pemain Singapura' setelah beliau melakukan terjahan yang agak kasar ke atas Norshahrul Idlan Talaha. Cuma yang jadi agak kontroversinya ialah apabila Bunyamin Omar yang dah dikenakan kad kuning meluru laju ke arah 'pemain Singapura' dan melanggar sehingga 'pemain Singapura' itu terjatuh. 

Masa tu, aku jangkakan Bunyamin Omar yang akan terima kad kuning ke 2 dan kad merah. Dah la jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan Singapura menunjukkan rasa tidak puas hati dan cuba mencuri perhatian pengadil perlawanan agar melayangkan kad merah kepada Bunyamin. Tetapi 'pemain Singapura' pulak yang dikenakan kad merah. 

Haji Hasbullah Awang punya teori, mungkin masa tu Bunyamin memang meluru dengan laju ke arah Shahrul Idlan untuk membantu merampas bola dari pihak lawan, tetapi sebab terlampau laju sampai tak sempat nak brake sehingga terlanggar 'pemain Singapura' tuh.

Pendapat jujur aku pulak dari kaca tv yang aku nampak, macam Bunyamin cuba bertindakbalas terhadap 'pemain Singapura' tu setelah mengasari Shahrul Idlan. Kalau betul teori Haji Hasbullah tu, takpe la, aku pun gembira. Tetapi kalau Bunyamin cuba bertindakbalas di atas kekasaran 'pemain Singapura' tuh, aku rasa tindakan tuh kurang bijak. 

Mungkin 'pasukan Singapura' menyedari bahawa Bunyamin telah mendapat kad kuning sebelum ini, jadi diorang cuba membuat provokasi ke atas Bunyamin dengan mengasari pemain Malaysia yang sedang mengawal bola. Dan kebetulan pulak Shahrul Idlan berada dalam jarak yang agak dekat dengan Bunyamin. Teori aku la ni... jangan marah yer...ha ha.

Secara keseluruhan, aku berbesar hati dengan kemenangan Harimau Malaya malam ni. Tetapi aku nampak masih agak banyak kelemahan ketara pasukan kita yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Satu daripadanya ialah mungkin pemain kita senang hilang tumpuan kot. Masa perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar beberapa hari lalu, kita hanya mampu seri 2-2 walaupun peluang keemasan untuk mencipta kemenangan yang lebih manis di gelanggang lawan kita sia-siakan di saat-saat akhir perlawanan. Mungkin faktor padang tiruan boleh dijadikan alasan kot. Malam ni pun aku nampak macam perkara yang sama berulang; di padang yang betul, di gelanggang kita sendiri. 

Nampak macam 'pasukan Singapura' yang lebih banyak menguasai perlawanan, terutama di bahagian tengah padang. Tetap berlaku walaupun selepas 'pasukan Singapura' dah bermain dengan 10 pemain selepas layangan kad merah tu. Dan kita tak mampu menambah jaringan gol walaupun mendapat banyak peluang untuk berbuat demikian. 

2 atau 3 volley yang rasanya lebih baik dimanfaatkan atau disudahkan dengan cara lain. Impian aku untuk perlawanan malam ni ialah nak tengok Harimau Malaya menang besar dan bergaya. Tapi tu la, kecewa la jugak. Cuma beberapa pemain Malaysia sahaja yang buat aku betul-betul kagum malam ni; S Kunalan, Shahrul Idlan, Safiq Rahim dan jugak pemain pertahanan tengah yang botak dan tinggi lampai tuh. Apa nama ntah aku dah lupa. Aku rasa dia boleh jadi pemain pertahanan yang lebih baik sekiranya dia mula bekerja keras di gimnasium untuk membesarkan otot-otot dia. Ketinggian dia dah cantik dah... kena tambah extra muscle je biar jadi macam badan Cristiano Ronaldo ke, Jaap Stam tu ke...kan? 

Tahniah jugak kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya yang berjaya pergi ke Stadium Shah Alam walaupun di hari bekerja. Aku rasa kalau perlawanan ni diadakan pada hujung minggu, pasti jumlah penyokong Harimau Malaya di Stadium Shah Alam akan berlipat kali ganda ramainya.

Semoga pasukan bolasepak Malaysia akan berjaya memperbaiki kelemahan dan mutu permainan mereka, seterusnya menaikkan semula ranking bolasepak pasukan Malaysia di dalam senarai FIFA tu yang dah jatuh merudum. 

Tak sabar nak tengok perlawanan peringkat antarabangsa pasukan Malaysia yang seterusnya!!!

*Tak mustahil sekiranya dalam masa 10 dari sekarang, Cristiano Ronaldo, Kaka, Wayne Rooney, Lionel Messi dan lain-lain akan menjadi warga negara rantau Asean kan? Sekarang dah nampak ada 2 negara yang berpotensi dah kan? Ha ha ha...

4 comments:

Ninie Hanis said...

Tak layan Euro 2012 ke encik mijoe?hehe..semalam tgk tak game England vs Sweden? Daddy fahim sambil tidokan anak pun sempat jeling bilik sebelah (bilik sebelah pasang laptop) nak nengok game.kuikui..tp mmg gol wellbeck sgt sempoi.Sir A.F pasti kombang idung..

eh komen psl euro pulak padahal entry bolasepak msia.sabo jelah..

p/s sudah update add di emel.check ya uncle mijoe.

Mijoe said...

uncle mijoe kat sini tak berapa excited nak layan Euro. tak tahu kenapa...mungkin jawapannya akan uncle mijoe jelaskan dalam blog entry bila hilang kemalasan nanti..ha ha ha..

tengok la jugak kalau weekend boleh la layan. ataupun kalau game yang superbest punye team involve.

baby Fahim sokong team mana ha? :)

Ninie Hanis said...

Fahim sokong itu The Orange la uncle mijoe..tapi sudah out,cheh! Takpa,pasni sokong germany pulak.Tapi kata dah duk UK,harus la paksa diri sokong Inggelen kan.kihkih..

p/s kenapa malas layan?wooo..isu hangat ni unlce mijoe xlayan euro nih.sila reveal..

Mijoe said...

ala Mummy Fahim, takde la isu hangat mana pun pasal Uncle Mijoe not layaning the Euro tuh... he he.

nak je layan sket2...semoga team bawah anjing akan menang...say Greece ke..ha ha ha... marah pulak baby Fahim nanti..kan ...mana la tau GReece kan mmg suke buat upset. But Germany mmg favourite skrg ni... sepain pun tak se'favourite' germany skrg ni kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...