Saturday, June 16, 2012

Hari Jerebu Kebangsaan 2012

Assalamualaikum

Selamat menyambut, menghadapi dan mengharungi Hari Jerebu Kebangsaan 2012 kepada seluruh warga Asia Tenggara umumnya dan khasnya kepada penduduk Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bersama-samalah kita meraikannya dengan membuat lebih banyak pembakaran terbuka di mana sahaja anda berada.

Kemeriahan sambutan perayaan pada tahun ini telah semakin terserlah sejak 2-3 hari lalu. Dan dengan ketiadaan hujan yang kalau sebelum ini memang pantang lepas pukul 4 petang je mesti hujan selebat-lebatnya macam dah 100 tahun tak hujan. Ni bukan nak melepaskan marah pada apa yang Allah kurniakan. Padan la dengan muka manusia sebab terlampau aktif dan jakunnya berusaha merosakkan muka bumi. Macam la dunia ni boleh diganti kalau dah takde!

Malam tadi ketika aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman (ha ha..gelakkan diri sendiri) dari ibukota Kuala Lumpur, jelas kelihatan udara yang bercampur dengan asap hasil dari pembakaran terbuka sempena sambutan Hari Jerebu ini. Aku tak pasti berapakah bacaan indeks pada petang dan malam tadi. Tapi yang pasti, bacaan pada hari ini pasti lebih tinggi dari semalam di kawasan Lembah Kelang dan kawasan yang berhampiran dengannya.

Pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Jerebu kononnya telah dimeriahkan oleh pembakaran terbuka di sekitar kepulauan Sumatera, Indonesia. Kononnya pembakaran hutan dilakukan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian, khususnya yang berunsurkan komoditi. Maka adalah sedikit aktiviti tuding menuding jari antara Malaysia dengan Indonesia, saling menyalahkan antara satu sama lain. Akhirnya, aku dengar syarikat yang terlibat dengan pembakaran terbuka di Sumatera itu adalah syarikat kepunyaan Malaysia. Ha ha..lawak betul.

Tak kisah la siapa yang betul dan siapa yang salah. Yang pastinya, perkara ini adalah perbuatan tangan-tangan manusia yang tak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Ikutkan hati, perasaan dan perasan aku ni, memang aku nak maki-hamun 'kau-kau' punya, tetapi, apa yang aku dapat kan? Dapat dosa ada la...

Sabar je la, dan berdoa semoga manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab tu segera memperbaiki keadaan dan kesilapan. Dunia ni dah terlampau tua. Bila-bila masa sahaja akan kiamat. Apa lagi yang akan tinggal pada generasi bayi sekarang sekiranya golongan yang 'sangat baik' ini terus membinasakan alam sekitar dengan rakusnya...

Selamat Hari Jerebu Kebangsaan 2012!!!

Pembakaran Terbuka, Amalan Hidup Kita,
Marilah Kita Bersama-sama Membakar Apa Sahaja...

3 comments:

Dwen Ihsan said...

ki bako kita bako..

Ninie Hanis said...

gamba pemandangan jerebu yg cantik itu takdak ka?

Kenapalah ada manusia yang tak tau berpikir kan..tau nak mudah je.Sebenarnya environment kalau bebas asap,udara bersih dan segar kita pun automatically jadi org yg sihat.Sebab last time masa parents datang,my mum yg tak pernah naik turun bas pn rajin jalan kaki ke town.Org tua pun leh sihat tau..haish..

Mijoe said...

@Dwen Ihsan

Happy Belated National Hazy Day 2012 Jah! ha ha ha...


@Ninie Hanis a.k.a Mummy Fahim

Malang sungguh sebab gambo2 jerebus takde uncle mijoe amik sebab tak larat nak expose diri dalam jerebu semata2 nak amik gambo..he he he. Tapi masa hari jerebu kebangsaan tuh, mmg visibility very the poor la...rasanye less than 500 meter kot..

betul apa Ninie cakap tuh, kalau udara segar bugar, badan pun sihat walafiat kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...