Wednesday, June 20, 2012

Eropah 2012

Assalamualaikum

Hari ni baru la aku ada mood nak cakap pasal bolasepak Eropah 2012, Euro 2012 la. Ada kawan aku yang prihatin tanya kenapa aku tak membebel pasal pertandingan bolasepak yang ke 2 terbesar di muka bumi ni. He he, maka entry ini adalah terselit serba sedikit jawapannya kot. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah tengok satu pun siaran langsung perlawanan dari awal sampai habis! Mungkin bila dah peringkat suku akhir sampai ke perlawanan akhir baru aku boleh mengadap TV selama 90 minit ataupun lebih kot.

Sebelum tu, aku nak senaraikan semua negara Eropah yang terlibat dengan kejohanan 4 tahun sekali itu.
  1. Czech Republic
  2. Greece
  3. Russia
  4. Poland
  5. Germany
  6. Portugal
  7. Denmark
  8. Netherlands
  9. Spain
  10. Italy
  11. Croatia
  12. Republic of Ireland
  13. England
  14. France
  15. Ukraine
  16. Sweden
 Lepas tu, aku nak senaraikan pulak negara yang aku sokong pasukannya.
  1. Czech Republic
  2. Greece
  3. Russia
  4. Poland
  5. Germany
  6. Portugal
  7. Denmark
  8. Croatia
  9. Ukraine
  10. Sweden
Dah tinggal 10 pasukan. Dah 6 negara hilang dari senarai terdahulu. Dan sekarang dah tamat perlawanan peringkat kumpulan, aku akan senaraikan baki pasukan negara yang aku sokong pulak...
  1. Czech Republic
  2. Greece
  3. Germany
  4. Portugal
Kesemua pasukan ini layak ke peringkat suku akhir. Dan mereka akan bertemu sesama sendiri. Maka daripada 4 negara yang tersenarai di atas yang semuanya aku sokong, akan tinggal cuma 2 sahaja pasukan yang aku sokong. Tak kisahlah siapa di antara mereka yang layak ke pusingan seterusnya.

Ramai orang kat pejabat aku mengatakan Germany adalah pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan kali ini. Okay jugak tuh. Peringkat kumpulan Germany memang cemerlang gemilang dan terbilang! Ha ha ha. Dan kalau boleh aku nak pasukan Greece ataupun Germany yang menang edisi kali ni.

Biar betul aku tak sokong England? Ya, buat masa sekarang ni memang aku tak sokong England, he he he. Aku cuma sokong Manchester United sahaja. Dan forever pasukan kebangsaan Malaysia! Pasukan yang paling mengejutkan dalam Euro kali ni ialah Netherlands yang terkeluar di peringkat kumpulan. Sangat mengejutkan, tetapi itulah bolasepak. Macam-macam boleh jadi...
 
Kita tunggu dan lihat pasukan mana yang bakal mara ke peringkat separuh akhir. 
 
Kenapa aku sokong pasukan-pasukan negara tertentu ni je ek?

2 comments:

Ninie Hanis said...

sgt sedih Netherlands kalah ok..tp mmg diorang main agak kucar kacir pon.Smalam game England tak menarik langsung walaupun menang.

p/s entry ni xcakap pon kenapa anda tidak menonton euro 2012..huhu

Mijoe said...

ada lagi sket sambungannye..he he sabar ye Ninie...tadi tak larat nak habiskan entry sebab rushing nak balik ha ha..

Russia tuh pun kesian jugak kan? ikut jaringan, diorang lebih layak berbanding dgn Greece.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...