Saturday, June 23, 2012

Eropah 2012 - Bahagian 3

Assalamualaikum

Malam tadi, konon-kononnya bersemangat gila nak tengok siaran langsung perlawanan antara Germany menentang Greece. Sepak mula dijadualkan pada jam 0245 pagi. Sementara nak menunggu sepak mula tuh, memang aku tak tidur pun. Terjah blog-blog orang, update blog sendiri dan buat kerja seorang surarumah sikit. 

Oooh, lupa, aku ada tengok movie kat TV2 dari jam 1000 malam sampai la 1230 malam. Cerita Tears of The Sun kalau tak silap aku. Best jugak. Bruce Bilis (Willis) dan Monica Bellucci berlakon. 

Bila dekat jam 2 pagi, mata aku dah mula kecik. Dan bila kick-off aku masih boleh bertahan. 45 minit aku rasa macam sangat lama la...dan akhirnya, semua pemain Germany dan Greece serta penyokong mereka tengok aku kejap tidur, kejap terjaga.

Masa aku terjaga, dalam tahap mamai yang melampau, aku nampak la kat skrin tv, Germany 1 Greece 0. Lepas tu aku padam kejap. Lepas tu aku terjaga lagi sekali, aku dengar commentator cakap Samaras; pemain Greece dah menyamakan kedudukan. Wahh..hebat jugak ni. Masa ni memang aku dah tak tahan mengantuk sangat-sangat. Dan aku rasa, belum tamat separuh masa pertama, aku dalam keadaan yang sangat terawang-awang, tutup tv, pergi tutup pintu dapur dan terus masuk bilik dan landing atas katil...

Cheh... nak berjaga konon...

Pagi tadi, tengok ulasan perlawanan tuh baru la aku tahu Germany layak ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan Greece 4-2. Tahniah Germany! Masa aku berjaya tengok sedikit perlawanan tuh, memang nampak Germany banyak menguasai perlawanan, walaupun aku perasan mereka tidak bermain dengan kesebelasan utama mereka. Mario Gomez tak main, Lukas Podolski pun tak main. 

Malam ni aku harap la dapat bertahan untuk tengok perlawanan suku akhir ke 3 antara France menentang Spain. Satu perlawanan yang dijangkakan agak menarik! 

Sebelum perlawanan Germany dengan Greece, Portugal telah menyingkirkan Republic Czech dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Cristiano Ronaldo menerusi tandukan ke atas padang yang melantun semula ke dalam gol. Aku tak pasti berapa banyak gel rambut mamat tuh tenyeh kat kepala dia. Masa dia berlari ke, tanduk bola ke, rambut maintain macam tu jugak...

Sekarang, pasukan yang aku sokong dah tinggal 2...
  1. Germany
  2. Portugal
Harap-harap salah satu daripada mereka ni dapat memenangi kejohanan kali ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...