Monday, June 25, 2012

Ahlan Wasahlan Adik Doll!

Assalamualaikum

Petang semalam aku dan wifey menziarahi seorang ibu yang bakal melahirkan anaknya yang keempat di Al-Islam Specialist Hospital, Kampung Baru. Aku tengok si ibu relaks je macam takde tanda-tanda sakit nak bersalin. Si ibu telah checked-in ke sini awal pagi Sabtu.
Assalamualaikum semua pembaca blog Pak Ngah Doll!!!
Petang tadi dalam pukul 6 lebih, wifey called aku bagitau yang 'Adik Doll' dah selamat dilahirkan. Gambarnya akan aku muat-naik nanti. Alhamdulillah.
  • Waktu kelahiran; 1613 petang
  • Berat bayi; 2.69kg
  • Panjang bayi; 48cm
  • Tarikh kalendar Hijrah; 5 Syaaban 1433
Muka saya memang macam muka Abang Doll 3 saya... tapi saya lagi cute!
Teruja aku nak pergi tengok Adik Dol ni. Maka dah selamatlah pertukaran status Baby Doll kepada Abang Doll 3 dengan kelahiran Adik Doll ataupun Doll 4. Kejam betul Pak Ngah Doll ni buat entry macam ni...ha ha ha.
lapar!!! lapar!!! 
Takpe Doll-Doll sekalian, jangan risau, duit raya untuk korang sentiasa ada...he he. 


Caye akan jadi anak yang soleh dan mukmin yang bijaksana dan digeruni oleh golongan yang menyekutukan Allah! InsyaAllah!

Sunday, June 24, 2012

Smokey, Tortie & Chukie

Aku belum perkenalkan lagi anak-anak Semah Sharapova. Diekor ni semuanya dilahirkan pada 14 Mac 2012. So sekarang ni usia diekor dalam 3 bulan lebih la. 
Masa aku bagi Semah makan wetfood tadi baru aku berpeluang nak snap gambar semua anak-anak Semah serentak dan pada satu tempat.  
Sebenarnya anak-anak Semah ni ada 4 ekor semuanya; ada satu warna putih yang aku namakan Frostie, tapi sayang sebab umur dia tak panjang. Dia pergi dalam bulan lepas kalau tak silap aku. Dia kurus je, sama macam Chukie dalam gambar kat atas ni (yang port kat tengah tu...). 
Dari kiri; Semah, Smokey, Chukie dan Tortie
Ketiga-tiga beradik yang tinggal ni Alhamdulillah, nampak aktif dan sihat walaupun aku risau dengan Chukie tuh sebab dia kurus macam aku kalau nak dibandingkan dengan 2 lagi saudara dia tu. Aku kena bagi dia layanan lebih istimewa kot.  
Aku agak excited masa Semah melahirkan budak-budak ni dulu sebab aku nampak ada 2 ekor anaknya yang bewarna oren; Chukie dan Tortie la tuh. Dalam 4 beradik tuh, Tortie la yang paling pelik sebab dia je berekor kontot...ha ha. Tapi corak bulu dia cantik dan badan dia lebih besar berbanding dengan adik-beradik dia yang lain kecuali Smokey. Tortie jugak paling jinak setakat ni.
Smokey pulak paling pemalu dan lambat panas. Susah nak tangkap pun ye jugak. Kadang-kadang sampai 2-3 kali aku kena tawaf rumah parents aku semata-mata nak tangkap Smokey dan masukkan dalam kondo diekor bila dah dekat nak malam.

Setakat ni, ketiga-tiga babies ni belum mandi lagi. Dan Chukie si kurus tu, memang tak padan dengan saiz badannya yang kecik, tetapi giginya tajam, kuat betul gigitan dia. Ngeri jugak la nak gurau dengan Chukie ni. 

Dan yang bestnya, kesemua anak-anak Semah ni boleh get along dengan Pakcik Kaka dan jugak Pakcik Ronaldo yang kedua-duanya pun dah lama tak mandi. 

Eropah 2012 - Bahagian 4

Assalamualaikum

France 0 Spain 2

Macam la aku tengok match ni? Ye, kantoi lagi. Tidur lebih awal kononnya nak bangun 0245 pagi, tetapi, macam biasa la, kalau bukan Manchester United yang main, memang amat susah semangat nak bangun tengok bola tu wujud.

Yang bestnya tuh, aku siap mimpi Spain dah menang 5-2. Siap nampak nama Torres lagi sebagai salah seorang penjaring gol Spain. Aku sebenarnya lebih mengharapkan France yang menang walaupun aku tak sokong kedua-dua pasukan ni. Tapi takpe la, 2 pasukan yang aku masih lagi sokong dah pun layak ke pusingan separuh akhir.

Malam ni aku rasa memang aku tak layan la kot perlawanan suku akhir ke 4 antara England menentang Italy. 2-2 pun aku tak sokong buat masa sekarang, tetapi aku prefer Italy layak ke separuh akhir...

Ntah apa-apa la...


Saturday, June 23, 2012

Eropah 2012 - Bahagian 3

Assalamualaikum

Malam tadi, konon-kononnya bersemangat gila nak tengok siaran langsung perlawanan antara Germany menentang Greece. Sepak mula dijadualkan pada jam 0245 pagi. Sementara nak menunggu sepak mula tuh, memang aku tak tidur pun. Terjah blog-blog orang, update blog sendiri dan buat kerja seorang surarumah sikit. 

Oooh, lupa, aku ada tengok movie kat TV2 dari jam 1000 malam sampai la 1230 malam. Cerita Tears of The Sun kalau tak silap aku. Best jugak. Bruce Bilis (Willis) dan Monica Bellucci berlakon. 

Bila dekat jam 2 pagi, mata aku dah mula kecik. Dan bila kick-off aku masih boleh bertahan. 45 minit aku rasa macam sangat lama la...dan akhirnya, semua pemain Germany dan Greece serta penyokong mereka tengok aku kejap tidur, kejap terjaga.

Masa aku terjaga, dalam tahap mamai yang melampau, aku nampak la kat skrin tv, Germany 1 Greece 0. Lepas tu aku padam kejap. Lepas tu aku terjaga lagi sekali, aku dengar commentator cakap Samaras; pemain Greece dah menyamakan kedudukan. Wahh..hebat jugak ni. Masa ni memang aku dah tak tahan mengantuk sangat-sangat. Dan aku rasa, belum tamat separuh masa pertama, aku dalam keadaan yang sangat terawang-awang, tutup tv, pergi tutup pintu dapur dan terus masuk bilik dan landing atas katil...

Cheh... nak berjaga konon...

Pagi tadi, tengok ulasan perlawanan tuh baru la aku tahu Germany layak ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan Greece 4-2. Tahniah Germany! Masa aku berjaya tengok sedikit perlawanan tuh, memang nampak Germany banyak menguasai perlawanan, walaupun aku perasan mereka tidak bermain dengan kesebelasan utama mereka. Mario Gomez tak main, Lukas Podolski pun tak main. 

Malam ni aku harap la dapat bertahan untuk tengok perlawanan suku akhir ke 3 antara France menentang Spain. Satu perlawanan yang dijangkakan agak menarik! 

Sebelum perlawanan Germany dengan Greece, Portugal telah menyingkirkan Republic Czech dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Cristiano Ronaldo menerusi tandukan ke atas padang yang melantun semula ke dalam gol. Aku tak pasti berapa banyak gel rambut mamat tuh tenyeh kat kepala dia. Masa dia berlari ke, tanduk bola ke, rambut maintain macam tu jugak...

Sekarang, pasukan yang aku sokong dah tinggal 2...
  1. Germany
  2. Portugal
Harap-harap salah satu daripada mereka ni dapat memenangi kejohanan kali ni...

Thursday, June 21, 2012

Eropah 2012 - Bahagian 2

Assalamualaikum

Siap ada sambungan pulak kalau nak bercerita pasal bola, khususnya kejohanan Eropah 2012!

Tengah malam nanti ada perlawanan peringkat suku akhir yang pertama antara pasukan Portugal  menentang Republik Czech. Aku sokong kedua-dua pasukan ni. Tetapi, sebab nak kena pilih satu sahaja pemenang, maka Portugal la pasukan pilihan aku. Faktor kehadiran pemain dan juga bekas pemain kelab Manchester United di dalam pasukan Portugal memberi pengaruh yang cukup kuat untuk aku menyokong mereka.

Walaupun perlawanan suku akhir ni macam menarik, tetapi aku masih lagi belum bersemangat nak tengok perlawanan siaran langsung awal pagi nanti. Mungkin faktor masa yang membuatkan aku kurang beria-ia nak tengok. Dah la esok kerja kan...

Perlawanan suku akhir ke 2 antara Germany dengan Greece tu berkemungkinan besar aku sanggup la tengok kot sebab keesokannya tu tak kerja. Germany dan Greece, 2-2 pun aku sokong jugak! Kalau ikut ranking dan prestasi semasa, memang tidak syak lagi Germany yang akan mara. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa Greece yang tidak dibarisi pemain ternama itupun pernah menjuarai kejohanan ini. Satu keputusan yang sangat di luar jangkaan! 

Lagi 2 perlawanan suku akhir pun nampak sangat menarik. France lawan Spain; England lawan Italy! Memang sangat best! Malangnya, aku tak sokong 4 pasukan ni. Dan kemungkinan besar jugak aku tak tengok perlawanan yang disiarkan secara langsung tu. Semangat dah hilang...

Cuba kalau MU ada game awal pagi masa manusia semua tengah tidur, walaupun perlawanan liga yang biasa-biasa, memang aku berusaha gigih untuk tengok! Memang aku ni penyokong tegar MU la kan, patut la apa-apa yang tak melibatkan MU aku macam tak amik port sangat... 

Wednesday, June 20, 2012

Eropah 2012

Assalamualaikum

Hari ni baru la aku ada mood nak cakap pasal bolasepak Eropah 2012, Euro 2012 la. Ada kawan aku yang prihatin tanya kenapa aku tak membebel pasal pertandingan bolasepak yang ke 2 terbesar di muka bumi ni. He he, maka entry ini adalah terselit serba sedikit jawapannya kot. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah tengok satu pun siaran langsung perlawanan dari awal sampai habis! Mungkin bila dah peringkat suku akhir sampai ke perlawanan akhir baru aku boleh mengadap TV selama 90 minit ataupun lebih kot.

Sebelum tu, aku nak senaraikan semua negara Eropah yang terlibat dengan kejohanan 4 tahun sekali itu.
  1. Czech Republic
  2. Greece
  3. Russia
  4. Poland
  5. Germany
  6. Portugal
  7. Denmark
  8. Netherlands
  9. Spain
  10. Italy
  11. Croatia
  12. Republic of Ireland
  13. England
  14. France
  15. Ukraine
  16. Sweden
 Lepas tu, aku nak senaraikan pulak negara yang aku sokong pasukannya.
  1. Czech Republic
  2. Greece
  3. Russia
  4. Poland
  5. Germany
  6. Portugal
  7. Denmark
  8. Croatia
  9. Ukraine
  10. Sweden
Dah tinggal 10 pasukan. Dah 6 negara hilang dari senarai terdahulu. Dan sekarang dah tamat perlawanan peringkat kumpulan, aku akan senaraikan baki pasukan negara yang aku sokong pulak...
  1. Czech Republic
  2. Greece
  3. Germany
  4. Portugal
Kesemua pasukan ini layak ke peringkat suku akhir. Dan mereka akan bertemu sesama sendiri. Maka daripada 4 negara yang tersenarai di atas yang semuanya aku sokong, akan tinggal cuma 2 sahaja pasukan yang aku sokong. Tak kisahlah siapa di antara mereka yang layak ke pusingan seterusnya.

Ramai orang kat pejabat aku mengatakan Germany adalah pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan kali ini. Okay jugak tuh. Peringkat kumpulan Germany memang cemerlang gemilang dan terbilang! Ha ha ha. Dan kalau boleh aku nak pasukan Greece ataupun Germany yang menang edisi kali ni.

Biar betul aku tak sokong England? Ya, buat masa sekarang ni memang aku tak sokong England, he he he. Aku cuma sokong Manchester United sahaja. Dan forever pasukan kebangsaan Malaysia! Pasukan yang paling mengejutkan dalam Euro kali ni ialah Netherlands yang terkeluar di peringkat kumpulan. Sangat mengejutkan, tetapi itulah bolasepak. Macam-macam boleh jadi...
 
Kita tunggu dan lihat pasukan mana yang bakal mara ke peringkat separuh akhir. 
 
Kenapa aku sokong pasukan-pasukan negara tertentu ni je ek?

Monday, June 18, 2012

Aku Rasa Nak Makan...

Assalamualaikum

Petang Isnin yang syahdu ni, masa perut berdondang sayang mintak diisi, sambil membelek-belek gambar kat dalam handphone, ternampak pulak gambar salah satu menu yang aku makan ntah bila kat Nando's. Meleleh jugak air liur aku. 
Sedap. Aku baru je berjinak-jinak makan kat Nando's ni. Aku macam tak berminat sangat nak masuk ke Nando's mungkin sebab aku nampak kebanyakan menu di Nando's adalah berasaskan ayam. Boring la asyik ayam je kan. 

Tapi bila wifey teringin nak makan kat Nando's, aku ikut je la. Dan sekarang, menu dalam gambar kat atas ni dah jadi menu utama aku kat Nando's. Tunggu la hujung bulan bila dah dapat gaji, boleh la kot melepaskan gian. 

Lapaaaaar la!!!

Aku rasa laman sesawang Nando's ni agak unik dan menarik. Kalau ada masa terluang, check it out!

Saturday, June 16, 2012

Hari Jerebu Kebangsaan 2012

Assalamualaikum

Selamat menyambut, menghadapi dan mengharungi Hari Jerebu Kebangsaan 2012 kepada seluruh warga Asia Tenggara umumnya dan khasnya kepada penduduk Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bersama-samalah kita meraikannya dengan membuat lebih banyak pembakaran terbuka di mana sahaja anda berada.

Kemeriahan sambutan perayaan pada tahun ini telah semakin terserlah sejak 2-3 hari lalu. Dan dengan ketiadaan hujan yang kalau sebelum ini memang pantang lepas pukul 4 petang je mesti hujan selebat-lebatnya macam dah 100 tahun tak hujan. Ni bukan nak melepaskan marah pada apa yang Allah kurniakan. Padan la dengan muka manusia sebab terlampau aktif dan jakunnya berusaha merosakkan muka bumi. Macam la dunia ni boleh diganti kalau dah takde!

Malam tadi ketika aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman (ha ha..gelakkan diri sendiri) dari ibukota Kuala Lumpur, jelas kelihatan udara yang bercampur dengan asap hasil dari pembakaran terbuka sempena sambutan Hari Jerebu ini. Aku tak pasti berapakah bacaan indeks pada petang dan malam tadi. Tapi yang pasti, bacaan pada hari ini pasti lebih tinggi dari semalam di kawasan Lembah Kelang dan kawasan yang berhampiran dengannya.

Pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Jerebu kononnya telah dimeriahkan oleh pembakaran terbuka di sekitar kepulauan Sumatera, Indonesia. Kononnya pembakaran hutan dilakukan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian, khususnya yang berunsurkan komoditi. Maka adalah sedikit aktiviti tuding menuding jari antara Malaysia dengan Indonesia, saling menyalahkan antara satu sama lain. Akhirnya, aku dengar syarikat yang terlibat dengan pembakaran terbuka di Sumatera itu adalah syarikat kepunyaan Malaysia. Ha ha..lawak betul.

Tak kisah la siapa yang betul dan siapa yang salah. Yang pastinya, perkara ini adalah perbuatan tangan-tangan manusia yang tak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Ikutkan hati, perasaan dan perasan aku ni, memang aku nak maki-hamun 'kau-kau' punya, tetapi, apa yang aku dapat kan? Dapat dosa ada la...

Sabar je la, dan berdoa semoga manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab tu segera memperbaiki keadaan dan kesilapan. Dunia ni dah terlampau tua. Bila-bila masa sahaja akan kiamat. Apa lagi yang akan tinggal pada generasi bayi sekarang sekiranya golongan yang 'sangat baik' ini terus membinasakan alam sekitar dengan rakusnya...

Selamat Hari Jerebu Kebangsaan 2012!!!

Pembakaran Terbuka, Amalan Hidup Kita,
Marilah Kita Bersama-sama Membakar Apa Sahaja...

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia 2 Singapura 0

Assalamualaikum

Tadi baru je lepas tengok perlawanan persahabatan bolasepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Singapura. Dan, akhirnya, pasukan yang 100% pemain Malaysia akhirnya berjaya menewaskan 'pasukan Singapura' setelah kali terakhir mereka berjaya menewaskan jiran di Selatan Semenanjung Malaysia itu pada tahun 2004; ni mengikut apa yang disampaikan oleh pengulas siaran langsung kat tv tadi la. Aku belum sempat nak cari fakta tu lagi...

Perlawanan tadi agak tegang dengan beberapa kekasaran kedua-dua pasukan; terutama dari pasukan pelawat. Termasuk juga la layangan kad merah kepada 'pemain Singapura' setelah beliau melakukan terjahan yang agak kasar ke atas Norshahrul Idlan Talaha. Cuma yang jadi agak kontroversinya ialah apabila Bunyamin Omar yang dah dikenakan kad kuning meluru laju ke arah 'pemain Singapura' dan melanggar sehingga 'pemain Singapura' itu terjatuh. 

Masa tu, aku jangkakan Bunyamin Omar yang akan terima kad kuning ke 2 dan kad merah. Dah la jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan Singapura menunjukkan rasa tidak puas hati dan cuba mencuri perhatian pengadil perlawanan agar melayangkan kad merah kepada Bunyamin. Tetapi 'pemain Singapura' pulak yang dikenakan kad merah. 

Haji Hasbullah Awang punya teori, mungkin masa tu Bunyamin memang meluru dengan laju ke arah Shahrul Idlan untuk membantu merampas bola dari pihak lawan, tetapi sebab terlampau laju sampai tak sempat nak brake sehingga terlanggar 'pemain Singapura' tuh.

Pendapat jujur aku pulak dari kaca tv yang aku nampak, macam Bunyamin cuba bertindakbalas terhadap 'pemain Singapura' tu setelah mengasari Shahrul Idlan. Kalau betul teori Haji Hasbullah tu, takpe la, aku pun gembira. Tetapi kalau Bunyamin cuba bertindakbalas di atas kekasaran 'pemain Singapura' tuh, aku rasa tindakan tuh kurang bijak. 

Mungkin 'pasukan Singapura' menyedari bahawa Bunyamin telah mendapat kad kuning sebelum ini, jadi diorang cuba membuat provokasi ke atas Bunyamin dengan mengasari pemain Malaysia yang sedang mengawal bola. Dan kebetulan pulak Shahrul Idlan berada dalam jarak yang agak dekat dengan Bunyamin. Teori aku la ni... jangan marah yer...ha ha.

Secara keseluruhan, aku berbesar hati dengan kemenangan Harimau Malaya malam ni. Tetapi aku nampak masih agak banyak kelemahan ketara pasukan kita yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Satu daripadanya ialah mungkin pemain kita senang hilang tumpuan kot. Masa perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar beberapa hari lalu, kita hanya mampu seri 2-2 walaupun peluang keemasan untuk mencipta kemenangan yang lebih manis di gelanggang lawan kita sia-siakan di saat-saat akhir perlawanan. Mungkin faktor padang tiruan boleh dijadikan alasan kot. Malam ni pun aku nampak macam perkara yang sama berulang; di padang yang betul, di gelanggang kita sendiri. 

Nampak macam 'pasukan Singapura' yang lebih banyak menguasai perlawanan, terutama di bahagian tengah padang. Tetap berlaku walaupun selepas 'pasukan Singapura' dah bermain dengan 10 pemain selepas layangan kad merah tu. Dan kita tak mampu menambah jaringan gol walaupun mendapat banyak peluang untuk berbuat demikian. 

2 atau 3 volley yang rasanya lebih baik dimanfaatkan atau disudahkan dengan cara lain. Impian aku untuk perlawanan malam ni ialah nak tengok Harimau Malaya menang besar dan bergaya. Tapi tu la, kecewa la jugak. Cuma beberapa pemain Malaysia sahaja yang buat aku betul-betul kagum malam ni; S Kunalan, Shahrul Idlan, Safiq Rahim dan jugak pemain pertahanan tengah yang botak dan tinggi lampai tuh. Apa nama ntah aku dah lupa. Aku rasa dia boleh jadi pemain pertahanan yang lebih baik sekiranya dia mula bekerja keras di gimnasium untuk membesarkan otot-otot dia. Ketinggian dia dah cantik dah... kena tambah extra muscle je biar jadi macam badan Cristiano Ronaldo ke, Jaap Stam tu ke...kan? 

Tahniah jugak kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya yang berjaya pergi ke Stadium Shah Alam walaupun di hari bekerja. Aku rasa kalau perlawanan ni diadakan pada hujung minggu, pasti jumlah penyokong Harimau Malaya di Stadium Shah Alam akan berlipat kali ganda ramainya.

Semoga pasukan bolasepak Malaysia akan berjaya memperbaiki kelemahan dan mutu permainan mereka, seterusnya menaikkan semula ranking bolasepak pasukan Malaysia di dalam senarai FIFA tu yang dah jatuh merudum. 

Tak sabar nak tengok perlawanan peringkat antarabangsa pasukan Malaysia yang seterusnya!!!

*Tak mustahil sekiranya dalam masa 10 dari sekarang, Cristiano Ronaldo, Kaka, Wayne Rooney, Lionel Messi dan lain-lain akan menjadi warga negara rantau Asean kan? Sekarang dah nampak ada 2 negara yang berpotensi dah kan? Ha ha ha...

Monday, June 11, 2012

Peta Google

Assalamualaikum

Sambungan dari posting sebelum ni. 

Dari pemerhatian aku la, tak semua data dalam peta Google telah dikemaskini. Aku nampak bangunan KL Festival City masih lagi dalam pembinaan. Memang takde rupa bangunan pun lagi dalam peta tu. 

Mungkin Google mengemaskini peta diorang secara berperingkat kot. 

Harap maklum!

Thursday, June 7, 2012

Peta Google Telah Dikemaskini

Assalamualaikum

Petang tadi masa aku kat office selepas waktu bekerja, saja-saja la gatal tangan nak browse map kat Google. Bila aku browse area Pajam dan Mantin, aku perasan kewujudan kawasan perumahan yang sebelum ni memang tak dipaparkan dalam Google Maps!

Gembira tak tentu pasal aku petang tadi! Tak puas hati dengan penemuan terbaru tuh, aku cari pulak  Lebuhraya LATAR kat dalam map tu. Dan hasilnya amat memberangsangkan. 

Baru la tepat dan senang kalau nak mencari arah tujuan kalau landmark dah wujud atas peta. Nak kena kemaskini jugak la GPS device kot?

Google Earth aku belum periksa lagi samada diorang dah kemaskini ke tak...

Wednesday, June 6, 2012

Dari Keratan Akhbar...

Assalamualaikum

Salah satu faktor utama yang menyebabkan ibu negara kita sering dilanda banjir kilat kalau hujan lebat turun tanpa henti selama beberapa jam.

Selagi wujud manusia yang sangat tak bertamadun ni, buat la Super Duper Smart Tunnel sekalipun, memang banjir kilat akan terus berlaku. Agaknya dalam satu hari, berapakah purata berat sampah yang dihanyutkan ke sungai-sungai di Lembah Kelang ni kan?

Itupun nasib baik la penghuni kota metrpolitan ni tak larat nak campak kereta, bas dan lori yang dah tak boleh digunakan ke dalam sungai. Kalau larat aku percaya memang diorang akan campak la...

Perangai macam manusia yang tak dikurniakan akal, macam binatang la kan? Aku rasa la, banjir kilat kat KL ni mungkin la tak seteruk sejak kebelakangan ni kalau semua manusia lebih peka kepada alam sekitar, dan yang penting lebih beriman! 

Dan kalau warganegara Malaysia sendiri pun campak macam-macam ke dalam sungai, bayangkanlah macamana rupa sungai-sungai tu bila warga pendatang pun melakukan perkara yang sama...

Memang tangan-tangan manusialah yang merosak-binasakan muka bumi ini...pasti! Muktamad!

Monday, June 4, 2012

Genmaicha

Assalamualaikum

Pagi Isnin yang sungguh panas ni (dari malam tadi) dan bercampur jugak dengan perasaan malas nak kerja dimulakan dengan minuman teh Jepun. 
Ni pertama kali aku cuba minum teh jenama ni. Sebelum ni memang tak pernah. Yang aku dapat ni pun sebab ada sahabat kat pejabat yang bermurah hati nak bagi aku rasa kelainan teh ni. 
Dan, pendapat aku setelah aku minum satu mug Genmaicha ni ialah, not bad at all! You should try this! 

Aku bancuh satu uncang teh tu dalam air panas selama 1 minit sepertimana yang diarahkan di paket uncang teh ni. Dan aku tak campur sebijik gula sekalipun. Rasanya memang la tawar, tapi bila dah bercampur dengan roasted rice tu yang membuatkan rasa teh ni sedap!

Menurut rakan sekerja aku, Genmaicha ni boleh didapati di pasaraya Isyaiton, dengan harga yang agak mahal untuk 20 uncang teh. Kalau tak silap aku, harga sekotak Genmaicha ialah RM13.90. Sekali sekala boleh la beli kan? Lagipun, teh ni kan baik untuk kesihatan, kata orang la.

Ni mungkin salah satu daripada pengaruh dasar pandang ke timur kot? Maru minum tak teh ni? He he...

Saturday, June 2, 2012

Restoren Sup Urat Ketin, Seksyen 7, Bangi

Assalamualaikum

Aku baru tahu kewujudan Restoren Urat Ketin ni sejak ada kroni aku pindah ke Seksyen 7 baru-baru ni.  Padahal restoren ni wujud dah agak lama jugak la. Kedudukan restoren ni yang agak strategik di tepi jalan utama berjaya menarik perhatian aku, dan semua orang lain kot.
sup urat keting
Hari ni je barulah aku dan wifey berjaya singgah untuk beli dinner kat Restoren Sup Urat Ketin ni. Satay pun ada jugak. Sambutan orang ramai terhadap restoren ni memang nampak sangat menggalakkan.
Masakan tomyam pun ada jugak kat sini. Aku kena ziarah lagi lepas ni untuk tengok dan rasa menu lain yang  terdapat di sini. Kalau ramai orang berkunjung ke sini bermakna mesti ada sesuatu yang unik dan sedap la kan.

GPS Koordinat : N 2.971276, E 101.773553
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...