Tuesday, May 22, 2012

Terajin Di Tengah Malam...

Assalamualaikum,

Hari ni wifey kena tahan dengan doktor kat Pusrawi. Bagus la jugak, dapat la dia rilek betul-betul dalam suasana kawasan yang lebih bersih dari rumah yang tengah agak berhabuk tu. Plus keadaan udara dalam KL ni yang sangat la bersih.
Kali ni berjaya jugak dapatkan wifey single bed room, more privacy dan dapat la wifey rilek semaksima mungkin. Aku lepak dengan wifey sampai la waktu melawat dah habis; pukul 10 malam. Tapi, sebab dapat bilik sorang macam ni, senang sket nak keluar bila-bila masa pun sebab tak mengganggu pesakit lain. Ni la major advantage bilik sorang.

Balik dari Pusrawi aku macam keboringan. Bila masa sorang-sorang macam ni, macam-macam idea timbul. Nak layan Astro pun malas. Nak sumbat baju-bajan dalam washing machine kang kena terus basuh, tunggu dan jemur pulak tengah-tengah malam ni. 

Kesudahannya, aku menyelongkar dapur, macam tikus tengah cari makan. Takde la beria-ia sangat. Tetapi bagus jugak sekali -sekala buat aktiviti macam ni. 
Berserabut tak? He... nasib baik tak jumpa tikus ataupun ular sawa kat dalam ni! Selepas beberapa minit menyelongkar, memunggah dan menggeledah secara ganas, maka terjumpa la aku beberapa spesis barang kat dalam tu yang dah expired!

Ni la yang akan berlaku kalau kita beli barang-barang keperluan seperti makanan dan sebagainya, lepas tu simpan di tempat yang susah nak dicapai. 
Tengok la hasil penemuan aku. Ni semua dah melepasi tarikh tamat tempoh penggunaan. Pembaziran!!! Pembaziran!!! 

Kalau ada sesiapa terbaca bebelan ni, sila la check kat rumah korang, mana la tau banyak barang-barang makanan yang tersimpan dan terperuk lama kat dapur tuh. Buat la clearance  sekali-sekala. Dalam peti ais pun kadang-kadang banyak je yang tersorok di compartment.

Selamat menjalani misi mencari dan membuang!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...