Kelly 3572

Monday, May 28, 2012

Tarikh Perbaharui Lesen Memandu

Lepas balik dari makan tengahari tadi dan berjalan melalui laluan sampah yang sungguh sejuk mata memandang tu, aku singgah sekejap di Pejabat Pos Bukit Bintang untuk memperbaharui lesen memandu aku yang dah tamat tempoh hari ni.

Cawangan Pos Malaysia ni memang tak ramai sangat manusia berurusan sebab lokasinya yang agak tersorok. Jadi segala urusan pun berjalan dengan agak lancar dan lebih cepat. Efisyen!

Aku perbaharui lesen tu untuk tempoh 2 tahun. Aku anggarkan bayarannya mestilah dalam RM60 untuk 2 tahun lesen memandu dan RM2 untuk caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia. Rupa-rupanya silap! Aku perlu bayar RM77.

Caj yang Pos Malaysia kenakan masih lagi sama iaitu RM2, dan RM75 untuk kos lesen memandu tu sehingga la ke my next birthday in 2015. Sepatutnya dan kebiasaannya, kalau aku renew hari ni untuk tempoh 2 tahun, mestilah tarikh tamat tempoh lesen memandu tu jatuh pada 28 Mei 2014 kan?

Mungkin aku je yang tak aware pasal peraturan baru ataupun pengumuman pihak JPJ berkenaan tarikh luput lesen memandu rakyat Malaysia yang baru kot? 

Korang semua dah check lesen memandu dan dah tamat tempoh ke belum? Kalau tak, sila la perbaharui dengan kadar segera untuk mengelakkan dari ditimpa kesusahan masalah lain di kemudian hari...

2 comments:

meowwmania said...

haaa ni lah citer pasal lesen memandu aritu tak pasan lesen da mati bulan 3 lg huhuu...mujur tak berlaku pape tp insya'Allah pasni tak lupa lg kot :D

Mijoe said...

ish ish ish KK ni...sib baik takde roadblock kan? kalau kena saman nanti, Mon jugak yang kena tolong bayarkan... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...