Kelly 3572

Friday, May 18, 2012

Sembang Sarapan Pagi ; Facebook IPO

Assalamualaikum

Pagi ni lepak-lepak curi masa kat 1st floor dengan Shanaz dan jugak Syed Juara. Bertemankan sepinggan spagetti RM2.00 dan jugak segelas besar susu soya sejuk tanpa ais RM1.60. Sukahati je turun breakfast padahal dah tahu boss EL hari ni. Boss baca entry ni kantoi la aku kan.

Sambil-sambil mengunyah bersembang la kitorang bertiga pasal penyenaraian Facebook (NASDAQ:FB) di pasaran NASDAQ yang dijangkakan pada hari ini waktu America la. Aku lebih banyak diam je la sebab diorang ni lebih arif pasal pasaran ekuiti dan jugak ekonomi. Publisiti pun agak meluas, aku difahamkan penyenaraian ni merupakan  antara yang terbesar dalam pasaran saham Amerika selepas penyenaraian VISA dan jugak General Motors.  Biasanya, bila sesebuah syarikat tu mintak disenaraikan di bursa saham, maknanya diorang nak modal untuk kembangkan lagi perniagaan diorang la kan. Berapa billion la FB ni dapat ek?

Dengan lebih 900 juta pelanggan pemegang akaun sehingga saat aku taip entry ni, saham FB dijangka akan memberi pulangan yang baik kepada pembelinya. Tapi aku tak pasti la pulak FB ni syariah-compliance ke tak. Macam agak meragukan. Ye la, diorang menggunakan laman sosial ni untuk memasarkan macam-macam jenis produk, tak kira halal ke haram kan?

Aku tak sabar nak tengok apa jadi pada saham FB yang ditawarkan pada harga USD$38 seunit ni menjelang tutupnya pasaran Nasdaq di hari pertama ni. Kalau naik mencanak-canak, untung la mereka yang berjaya membelinya pada harga yang lebih murah. Kalau tak untung, rugi la kan. Tapi mana la tau, long term nanti harga sahamnya boleh mencecah USD$560 lebih macam saham Apple! Dugaan betul...

Alangkah bestnya kalau setiap pemegang akaun FB diberi satu unit saham secara percuma kan? Terpaksa aa aku pun bukak satu akaun kan? Tapi, rasanya, dari 900 juta pemegang akaun tuh, berapa ramai yang ada lebih dari satu akaun kan? Agak unreliable jugak ni... campur tolak akaun orang yang dah meninggal, dormant etc.

Tak payah fikir-fikir la apa nak jadi dengan FB tuh. Biar le Mark Zuckerberg tuh je yang risaukan pasal FB dia tuh. Sekali-sekala, nak jugak tengok IPO (Initial Public Offer) company kat luar negara kan...

Lepas ni kita tengok Felda dan Gas Malaysia pulak di Bursa Malaysia.... he he he

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...