Friday, May 25, 2012

Pusrawi Single Bedded Room...

Assalamualaikum,

Posting ni dibuat sebagai rujukan sesiapa yang nak dapatkan gambaran macamana rupa wad satu katil kat Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak KL. Dan jugak sebagai rekod untuk aku sendiri buat rujukan. Mungkin jugak nanti boleh dijadikan perbandingan dengan wad yang setaraf dengannya di hospital-hospital lain.
Free WiFi not available la ye. Cukup la untuk orang yang tak sihat betul-betul berihat. Kalau nak free WiFi gi duduk hotel la kan...ha ha. 
Makanan yang dihidangkan pun, tak la taraf mewah, tapi ye la, orang sakit biasanya kurang selera nak makan. Tapi, kadang-kadang bila difikirkan balik, sekurang-kurangnya ada baiknya kualiti hidangan perlu ditingkatkan supaya dapat membangkitkan nafsu atau selera makan pesakit. Mungkin kena pelbagaikan lagi menu... 
TV flat-screen dengan saluran Astro yang terhad tu kira ok la. Seronok la jugak layan tv kalau sorang pesakit dalam satu bilik. Sesuka hati nak kuat kan volume or nak tukar-tukar channel.

Kalau rasa perlu temankan pesakit, boleh la sorang nak temankan. Bergantung kepada keadaan semasa, biasanya ada satu kerusi panjang yang boleh diratakan untuk dijadikan katil untuk seorang dewasa baring.  

Toilet pun ok la. Ada air panas, bath tub takde la...melampau la tu kalau ada. Kalau 1-2 keluarga datang menziarah pesakit ok la untuk muatkan diorang dalam bilik tu pada satu masa; bawak tikar la duduk atas lantai kot...ha ha.

Apa-apa pun yang aku suka kat Pusrawi ni ialah ada laungan azan setiap kali masuk waktu solat fardu, ada tafsir Al-Quran dalam laci kat sebelah katil. Tu la ubat kepada pesakit yang percuma lagi berkat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...