Kelly 3572

Tuesday, May 1, 2012

Manchester City 1 Manchester United 0

Assalamualaikum

Fuh... bersemangat betul update blog pukul 5 pagi lepas tengok bola ek? Suruh bangun solat Tahajjud takmo pulak! Ish ish ish... pesanan dan teguran ini ditujukan kepada diri aku sendiri.

Ramai wartawan sukan cakap, ni la game title decider untuk EPL musim 2011/2012 ni. Bagi aku la, dengan kedudukan sekarang ni, belum cukup kuat untuk menjadikan keputusan game malam ni sebagai penentu juara. Cuma memberi kelebihan besar untuk that smaller team la untuk menang liga buat pertama kalinya dalam masa berapa puluh tahun ntah. 

Teruk sangat ke MU main sampai kalah tuh? Hmm, masa first half, nampak memang agak teruk sebab MU main lebih banyak bertahan dan menumpukan bahagian tengah padang sebagai keutamaan. Formasi 4-5-1. Masa belum start game tuh, aku rasa tactic tu mungkin berjaya untuk menghalang MC menyerang. Tapi ternyata percaturan formasi tuh tak sesuai. Takde player nak geng dengan Rooney la pulak kan. Takkan Rooney kejar bola lepas tu Rooney cross bola tuh dan Rooney jugak yang tunggu bola yang di'cross' oleh Rooney kan? Gilo apo?

Dan aku jugak agak hairan, bakpe (slang Terengganu for sebab apa) Valencia takda dalam starting line-up sedangkan dia lebih threatening kat right wing tuh. 'Cross'an-'cross'an dia lebih cun kan dalam MU previous game sebelum ni. Rasanya, lebih penting dia ada dalam starting 11 so that more penetration into the opponent penalty box terhasil. 

Johny Evans pun takdok (takda) dalam starting 11; mungkin sebab kecederaan kot. Dia lebih experience dari Chris Smalling. Dakpe (takpa) la, sekurang-kurangnya, ni pengalaman berharga untuk pemain-pemain muda United dalam game ni. Sekiranya MU tak berjaya memenangi liga untuk musim ni, tak kisah la. Boleh cuba lagi di tahun-tahun akan datang. 

Penyokong-penyokong United yang tegar kena tengok setiap performance dan hasil perlawanan tu semua dari sudut yang positif. Masa depan United misalnya, ramai pemain-pemain muda berbakat besar yang tunggu masa je nak menyelit dalam 1st 11. Tak perlu bazirkan duit berjuta-juta (atau berbillion pound macam ada satu kelab tu kat EPL) semata-mata nak menjadi pasukan yang tiba-tiba glamour, sebelum ni kalau kat Malaysia (dan Asia Tenggara), kita boleh ingat berapa orang je yang pakai jersey replika team tuh. Tapi sejak orang kaya Arab tu jadi owner dan beli semua star player, terus ramai je yang jadi penyokong team tuh. Agaknya, diorang sebelum ni takde team EPL untuk disokong kot, tu yang tetiba je amik kesempatan la bila ada team baru yang penuh dengan player glamour, sokong je la. Janji takmo sokong dan anti-MU! Ha ha ha. Lagipun, MU dah ramai sangat penyokong. Sampaikan referee kat EPL pun sokong MU kan? Keh keh keh...

Dan tetiba jugak ada team tuh nak datang main friendly kat Malaysia bulan July nanti. Ish..perasan glamour betul! Padahal dalam team diorang tuh, penuh dengan traitors dan mata duitan semata-mata. Pening la manager dia nak beli player muda lagi. Diorang kena beli player yang dah establish dan glamour je, kalau tiru MU, sure diorang tak boleh survive sebab pemain-pemain yang baru nak meningkat ni lebih pandang reputasi dan pengurusan kelab dari gaji yang tak munasarawak yang kelab tu offer kot. Aku rasa football academy team Liverpool, Arsenal, Aston Villa dan Everton lagi menarik kot dari team MC tuh. Harap duit je la kan...

MU jugak mampu bersaing dengan jirannya yang kebiruan tuh walaupun dengan pemain muda, pemain yang dah bersara dan jugak tanpa ketiadaan ramai pemain-pemain utama akibat kecederaan. Still berkongsi mata yang sama tanpa Vidic, Fletcher, Anderson, Lindegard, Cleverly etc. Ok kan? Cuba bayangkan jiran biru tuh tanpa duit orang Islam itu. Rasa-rasanya kat mana kedudukan diorang ek? Ntah-ntah boleh relegated ke Championship... ha ha. 

Ok la tuh, MU against 19 other clubs. MU still maintain consistent, menang la jugak Community Shield tuh, against lawan yang sama jugak. Walaupun akibat kecederaan, performance United season ni dalam semua pertandingan yang diorang masuk agak hambar, terutama sekali Champions League dan jugak selepas itu, Europa League. Itu MU dengan pemain muda, dan dengan ketiadaan beberapa pemain utama ok. Kita tengok la bila semua regular 1st 11 dah muncul balik season depan, mesti akan ada perubahan yang ketara dengan persembahan sekarang ni. Rasanya tak perlu beli player dah kot, kalau terdesak sangat pun, get one established midfielder pun dah cukup la. Sorang pun cukup la kalau tengah sengkek kan? Ha ha... tu la, sapa suruh kaya dengan trophies kan? 

Separuh masa ke 2 tadi baru la MU nampak lebih organized. Lebih-lebih lagi dengan kemasukan sorang lagi player muda MU, Danny Welbeck dan jugak yang tak berapa muda, Antonio Valencia diikuti oleh Ashley  tak berapa Young yang pantang tersentuh opponent's defender inside penalty box! He he... Jiran biru tu ada ke player muda macam Danny Welbeck, Tom Cleverly, Paul Pogba semua tuh? Ada ke? Ada ke? 

Dengan Maradona sekali aku kesian tengok celebrating lepas final whistle tadi, konon cakap menantu dia paling sesuai main dengan jiran biru tu. Padahal sebab duit gaji yang banyak yang boleh jamin hidup anak pompuan dia senang lenang, dan sponsor dia hisap dadah lagi la kot...he he. Lepas ni baru la Patrick Viera (another traitor yang seriously tak malu dengan Arsenal) boleh bising-bising balik kalau diorang menang EPL nanti. Tak sabar pulak aku nak tengok diorang berjaya beli piala paing mahal tuh.

So, kalau nak diikutkan, the season is virtually over. Kalau MU version 19.0 nak successfully upgrade ke version 20.0, MU wajib menang baki 2 perlawanan menentang Swansea di Old Trafford dan jugak Sunderland di Stadium of Light dengan jaringan yang sangat besar tanpa bolos sebarang gol. Itu kalau jiran biru menang jugak la baki 2 game diorang lawan Newcastle dan jugak team Malaysia; QPR la! Any points dropped will hand the title to either two Manchester teams.

Akhir sekali untuk pagi hari buruh yang mulia ini, biasanya kalau orang sebut Manchester je kan, sure orang-orang yang neutral akan terus teringat or kaitkan nama tuh dengan kelab bolasepak Manchester United kan?   
Manchester City? Apa benda tu? Ooo bandar Manchester la... ha ha ha.

Selamat Hari Buruh, Maaf Zahir dan Batin!

GLORY GLORY MAN UNITED!!!

tak sabar pulak nak tengok rancangan Kaki Bola kat TV9 hari Isnin minggu depan, nak gak tengok macam mana geng-geng MU aku yang 2 orang tuh (Kieran dan Diana Rusdi) tuh kena sakat dengan supporter team-team yang anti-MU...he he he! Dan aku jugak tak sabar nak gi keje esok dengan perasaan bangganya, walaupun tahu akan diejek oleh mereka yang anti dan jealous dengan record, prestasi dan sejarah MU! Seriously tak sabar!!! Kalau boleh hari ni pun aku nak pergi kerja...he he he!

5 comments:

aby said...

salam mijoe ..
aby tk le tengok live,
tp tengok kt ESPN news td,
nampak furguson mengasak mancini ..
apa yg buat furguson tu hangin ..

ada 2 gama lg ..
mcm mcm boleh jadi ..

Mijoe said...

he he..oo pasal Ferguson mengamuk tu sebab one of MC last defender tackle Danny Welbeck masa MU tengah counter attack. Dan tackle tu agak bahaya, tu yang dia mengamuk tuh. Tapi Mancini pulak macam tak puas hati dan nak backing player dia buat tackle yang bersih! :p

nasib baik Ferguson sporting, lepas game shake hand dgn Mancini wpun MU kalah..he he.

Ninie Hanis said...

haihh,sabo jelah (tu le yg kucakap kat kat incek zaid)..huhu.

smalam kami berempat (my dad n menantunya, me n Fahim) tgk game tu.kenapalah park ji sung dah tak fit,asek jatuh je.kang ada yg kena jual..dulu sikit punya hebat dia :(

p/s perasan tak before game start tevez main2 piat tinge rooney?hehe.. (tringat dulu 3 sahabat karib evra,park ji sung & tevez) :(

Mijoe said...

salam mummy Fahim, he he..cute kan panggil mummy fahim! :)

lupa pulak Pakcik Hamdan peminat City! Kalau la dia baca entry Encik Mijoe neh, mau kena bakar blog den ni..he he he.

rasanya Park dah macam semlm sebab dia kan dah jarang diturunkan. Turun-turun je, terus big and important match! Tapi, semlm tu dia dah cuba buat sehabis baik, walaupun sebenarnya obvious giler MU main way below par.

Tevez tu mmg baik dan rapat dgn Park n Evra. 3 stooges kat MU dulu. Dgn player2 MU lain pun dia ok except for Gary Neville je..he he. tu mmg super die hard MU supporter! :)

...keajaiban boleh berlaku dalam bolasepak...he he he...

p/s.. MF (mummy Fahim), Zaid tak gaduh ke dgn bapak mertuanye? he he he..

Ninie Hanis said...

gaduh?eh takkk...redho jelah sang menantu.sang pak mertua senyum aje,takleh kata lebih2 satgi sapa nak bukak channel bola streaming kt internet.hoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...