Kelly 3572

Monday, May 28, 2012

Malaysia, Tanahairku; Kebanggaan Kita Semua!

Assalamualaikum

2 gambar dalam posting hari ni menunjukkan suasana dan pemandangan biasa di celah-celah bangunan rumah kedai di ibu negara kita yang tercinta! Bukan calang-calang kawasan ni, Bukit Bintang tau! 
Aku dalam perjalanan untuk ke tempat makan tengahari selepas selesai urusan membayar hutang piutang di beberapa buah bank. Ni memang laluan ke tempat aku nak makan tu la, kalau aku berjalan kaki. Kalau dengan menaiki sebarang kenderaan, memang tak akan lalu la kat kawasan ni.

Bau lorong ni, memang sangat best. Dah ada sebuah restoren pulak baru dibuka berhampiran kawasan longgokan sampah ni. 
Ok tak? Maksud aku, pemandangan indah ni. Ni realiti yer... aku jugak perasan, kebanyakkan penduduk di sekitar kawasan ini terdiri daripada bukan warga negara. Memang dah jadi kawasan antarabangsa dah ni. Sesuai jugak la dengan seruan mereka supaya ramai orang luar datang dan contribute menyumbang sesuatu yang macam dalam gambar ni.

Itu belum lagi mengambil kira sumbangan rakyat negara sendiri lagi yang segelintir mereka memang menjadikan budaya kebanggaan negara dengan membuang bungkusan sampah dari tingkat atas pangsapuri, membuang sampah ke dalam sungai, membuang mayat, bayi dan macam-macam lagi la.

Syabas kepada semua! 

4 comments:

eita said...

teruk nyer...
tengok gambo dah boleh bayang kan memang bau nyer tidak menyenang kan..

Mijoe said...

ha ha...itu lah ibu negara kebanggaan kita yang dicemarkan oleh 'rakyat malaysia'...

Dwen Ihsan said...

INI semua adalah angkara pakatan :P

Mijoe said...

kite perlukan kekotoran macam ni, sebab BERSIH kan diharamkan.. ha ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...