Thursday, May 31, 2012

Malam Tak Berbau

Assalamualaikum

Aku dalam perjalanan balik ke rumah bersama isteri tercinta dari Pajam bila aku tersangkut dalam kesesakan jalanraya yang agak teruk di Jalan Lingkaran Tengah selepas Pasaraya Giant Taman Permata menghala ke Gombak, bersebelahan dengan Wangsa Melawati.

Biasanya kalau kesesakan macam ni pada lewat malam selepas pukul 12 ni disebabkan kerja-kerja pemasangan papan iklan di jejantas, kerja-kerja penyelenggaraan jalan, kemalangan ataupun takde pape berlaku, memang sesaja je jalan sesak tak tentu pasal. 
Tapi, kali ni memang kemalanganlah penyumbang kepada kesesakan MRR2 ni. Masa Piji dah menghampiri jejantas, aku nampak budak-budak berlari menuju ke arah jalan yang sesak tu. Begitu jugak dengan orang ramai yang memerhati dari atas jejantas. Siren polis atau ambulan pun tak kedengaran. Yang aku dengar cuma tiupan wisel, mungkin ada anggota polis yang sedang mengawal lalu lintas.

Bila dah semakin dekat, baru la aku nampak jalan yang 3 lorong ni hanya tinggal 1 lorong sahaja yang boleh dilalui. Semua kenderaan menghimpit ke lorong paling kanan sebab kemalangan yang aku rasa baru sahaja berlaku. Aku anggarkan kemalangan tu berlaku sebelum pukul 12 malam memandangkan kesesakan jalan tak la sampai ke Zoo Negara. 

Aku nampak sebuah kereta dah terbalik di lorong kiri jalan dengan cermin hadapannya pecah. Dan sebelum tu aku nampak seorang mangsa; kemungkinan besar seorang wanita terbaring di lorong tengah jalan tersebut. Aku yakin mangsa tu masih lagi bernyawa. Biasanya kalau mangsa dah meninggal dunia, mesti orang dah tutup muka mangsa kan?

Aku harap sangat-sangat mangsa tu akan survive. Keadaan di dua lorong jalan tu memang agak bersepah dengan kaca dan jugak barang-barang dari dalam kereta tu la kot yang berterabur. Aku tak nampak ada mangsa lain. Wallah'uaklam. Tak pasti la kemalangan ni membabitkan sebuah kenderaan atau lebih. Ikutkan hati memang aku nak je berhenti jadi tukang sibuk. Tapi sebab esok nak kerja, jadi aku pun terus balik je la.

Kalau tak silap aku, kawasan yang sama jugak pernah berlaku kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal yang mati di tempat kejadian akibat digilis kenderaan berat sebelum ni, aku tak ingat dah kat mana aku baca. Kalau dah ingat nanti aku sertakan pautan berita tuh.

Apa-apapun, berhati-hati la ketika memandu, dan kepada pemandu yang merasakan diri mereka hebat sangat di jalanraya tuh, sudah-sudahlah perasan tu. Anda tak hebat pun, cuma menyusahkan orang lain je.

4 comments:

Ninie Hanis said...

Dimanakah itu Pajam? supermarket baru ke?

Mijoe said...

Ish ish mummy Fahim ni, sejak dah bertapa kat Stafford neh dah kurang arif pasal geografi Malaysia... :p

Pajam tu sebuah pekan di Nilai, NS, dekat dah dengan Mantin.

GPS coordinate disertakan di sini...he he

2.855474, 101.839035

Google dah update Map diorang!!! Best! :)

Ninie Hanis said...

oh..hahaha!sorry,ingatkan nama pasaraya.teruk betul diriku ini..

p/s tapi SPM geografi saya tak fail.lol..

Mijoe said...

takpe Mummy Fahim...dimaafkan :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...