Saturday, May 26, 2012

Kucing Pun Nak Makan Makanan Yang Halal Dan Suci Jugak...

Assalamualaikum

Niat nak kasi kucing-kucing kat rumah parent tu makan dari bahan-bahan yang baik dan bersih tu dah lama terpasang dalam hati. Cuma nak implement tu yang macam liat sket. Biasalah kan, kalau kita nak ubah atau bertukar ke benda yang baik ni, ada je halangan yang melengahkan niat kita tuh.
Carrefour Wangsa Maju; RM71.60
2-3 minggu lepas dalam TV Al-Hijrah ada tayangkan rancangan Agen (Ajen?) Halal. Slot malam tuh berkisar tentang makanan halal untuk binatang peliharaan. Lepas tengok rancangan tuh barulah macam datang satu azam dan semangat untuk aku beli pet food yang lebih sesuai untuk kucing dan juga penjaganya yang beragama Islam.

Harap-harap kekucing aku tuh tak kira umur dan jantina boleh la terima dry food yang aku dah beli tadi. Aku memang mencari produk Vita Cat. Tapi menurut info di laman sesawang Vita Cat, produk ni hanya boleh didapati di pasaraya Carrefour, Giant dan Tesco. Kedai-kedai runcit dan jugak kedai binatang haiwan peliharaan memang takde!
Ong Tai Kim Gombak; RM9.90 (1.4kg)
Tengahari tadi aku pun ke Carrefour Wangsa Maju untuk cari Vita Cat ni. Dan usaha aku dan Kelly tak sia-sia sebab ada lagi 3 paket Vita Cat 500 gram kat rak bahagian makanan kucing tuh. Dengan tamak haloba dan riaknya aku rembat ke 3-3 paket Vita Cat tuh. 

Sesambil tuh, aku usha jugak produk lain. Snappy Tom, keluaran dari Thailand. Meow Mix, jenama yang aku baru pertama kali nampak, keluaran dari USA. Tak pasti berapa harga. Mulanya macam teruja nak beli jugak, tetapi bila teringat niat asal nak cari sekurang-kurangnya yang ada tanda 'Bersih & Suci', maka tak jadi la nak cuba Meow Mix tuh.
Carrefour Wangsa Maju; RM6.05 (500gram)
Bila belek-belek ProDiet, ada la tanda 'Bersih & Suci' tuh, dan nampak pulak ada tinggal 1 pek 8 kg sahaja kat rak tuh. Aku terus ambil sebelum terlambat! Kalau dah tinggal 1 tuh maknanya memang laku jugak la kan? 

Aku tak pernah beri kucing aku makan biskut ProDiet ni. Biasanya aku beli wetfood yang dalam tin macam dalam gambar kat bawah ni je untuk Kaka dan budak-budak junior yang 4 ekor tuh; anak luar nikah Semah Sharapova.
ab
Ong Tai Kim Gombak; RM3.50 (400gram)
Jenama Friskies pun kalau tak silap aku ada je tanda 'Bersih & Suci' tapi aku dah lama tak bagi diekor makan Friskies ataupun Whiskas, kecuali la kalau dah betul-betul terdesak dan tiada pilihan.

Lepas selesai urusan di Carrefour, aku ke Pasaraya Ong Tai Kim pulak untuk membeli dan top up lagi sikit makanan kucing. Aku cari wetfood ProDiet ni la. Ada la tinggal lagi 7 tin perasa Fresh Tuna. Aku rembat kesemuanya tanpa rasa bersalah. Dan tak tahu la betul ke tak tuna dalam tin tu segar sebagaimana yang dinamakan dan dicetak di tinnya tuh.

Selain dari ProDiet wetfood, aku beli 2 pek dry food jenama Misha. Jenama ni pun ada tanda 'Bersih & Suci'. Bila bekalan Iams Kitten dah habis nanti boleh la aku tukar dengan makanan-makanan yang baru dibeli ni.

Semoga kekucing aku jadi lebih sihat dan panjang umur dengan makanan yang InsyaAllah halal, bersih dan suci ni. Amin!

25 comments:

aby said...

salam mijoe ..
aby ada stock sebulan makanan Pro diet ..
wet food dan dry food,
dalam tin, dalam paket kecil dan juga paket beasr ..
dapat free. minggu lps Bear overall champion katogori kitten ..
kt cat show hari ni pun no 1 juga ..
bertambah2 pro diet kt umah ..

Mijoe said...

salam aby

ok la tuh. dah jimat duit utk sebulan..he he. kucing aby kan banyak, memang patut ada stock yang banyak.

rajin masuk competition, murah la rezeki kalau menang :)

semoga meow2 aby akan terus menang di setiap pertandingan yang disertai.. Amin! :)

eita said...

memang suka bela kucing ke?

Mijoe said...

@eita

salam Eita.

memang sangat suka. dari kecik sampai dah tua dan bangka! tapi tempat tinggal skrg melarang penghuninye dari membela binatang peliharaan, + my other half tak berapa geng sangat dgn meow..he he he.

Lily Jaafar said...

eh eh...terserempak dgn blog ni plak. Salam kenal2 dr kak lola :)

Mijoe said...

salam Kak Lola,

terima kasih sebab terserempak dgn blog yg tak semengah ni..

semoga dapat manfaat :)

AuntiCat said...

Hi! Saya Ami, kucing saya dah mkn Pro Diet kibbies 8 buln ni. Skrng masalah timbul,
satu demi satu dah tak bolh kencing. sama juga mkn /whiskas.
Dah kena Urinary Tract Disease. Mula-mula makan IAMS sama juga...
Apa tah brand lain lagi. Semua sama yg mahal jua pun yg murah.
Kena bagi mkn fresh ikan atau ayam

Mijoe said...

@AuntiCat...

salam kenal! Overlooked pulak komen AuntiCat.

Kucing2 saya yang veteran dulu ada jugak yang kena UTD ni. Yang skrg ni so far belum ada yang kena, Alhamdulillah dan mintak dijauhkan la. Tapi betul jugak kan, bagi makan ikan atau ayam fresh ni lagi baik rasanya untuk meow2...processes food ni mmg banyak keburukan...sama jugak kepada kita sebagai manusia kan?

teringat masa kecik2 dulu, selalu gaulkan ikan goreng/bakar dgn nasi untuk meow2... :)

~jiwa kudus~ said...

assalamualaikum..

encik..
saya tumpang bertanya..
tahu tak mana2 kedai yang menjual kucing di area wangsa maju, setiawangsa..
terima kasih. ;-)

Mijoe said...

salam ~jiwa kudus~

kalau cik nak beli kucing kat kawasan yang cik mention tuh, saya rasa banyak pet shop yang jual. Kat KL Festival City tu ada gak Pet Shop kat level yang sama dengan parking kereta. tak ingat dah apa nama kedai tuh. Kalau kat area Ong Tai Kim Gombak tuh pun ada pet shop yang jual kucing. Kat shophouse Taman Melati mengadap mrr2 tuh pun ada kedai Pet Save. Ada gak jual kucing. Cuba la ~jiwa kudus~ pergi tengok2 dulu kat tempat yang saya cakap ni ye.

kalau nak lebih jimat, pergi SPCA kat Ampang tuh ataupun kat tempat DBKL collect haiwan2 terbiar. Daripada diorang tidurkan, baik kita selamatkan.

Stray pun cik boleh selamatkan jugak.

hopefully saya membantu. Kalau ada apa2, sila la bertanya ok. TQ :)

azilastory said...

Kat tempat sayya prodiet 8kg ni rm59.80

Mijoe said...

azilastory,

murah jugak tu kalau RM59.80 utk pack 8kgs. Skrg saya selalu beli kat area greenwood, gombak. Harga RM58.65... :)

WanDianna said...

A'kum.. sy pun suka kucing.. ada lapan ekor.. sy pun beli prodiet 8kg harga 59.90. Tp di ktn, phg ni. setiap hari separuh dr kuantiti mknan utk 'dieorang' tu sy campur dengan air masak mati. Jd lembab dan basah skit. Air mmg SENTIASA ade dan banyak. Sy pun selang seli dgn mknan basah yg lain. Tidak dinafikan sgt2 murah rezeki dgn pelihara kucing ni. Alhamdulillah..

Mijoe said...

@WanDianna

Wslm. Setuju dengan komen anda. Berbakti pada binatang macam kucing ni dapat la menambah pahala selain dari isi masa lapang dengan lebih berfaedah daripada berlumba haram kat jalanraya.

:)

nurulainghani said...

Hai mijoe ..ain suka kucing jugak sjak kecik lg.. ain x la berada..tp ain puas bila blh tgk kucing mkn.. so ain x kisah perabih duit utk kucing.. malah ain smakin happy dan mng rezki alhamdulillah x pernah putus.. ain bg mkn pada kucing ain bela.. dan kucing d jalanan..ain stndby mknan dlm kereta..happy bila tgk depa mkn smpai kekenyangan... dengan relahati ain buat smua ni.. to all cats lover.. msti paham apa perasaan ain.. just sharing kt komen2 mijoe ni.. tq mijoe

Mijoe said...

Salam Ain,

TQ sebab singgah mengomen di sini. :)

semoga ain teruskan berbakti pada kekucing sampai bila2 tanpa jemu. InShaaAllah, kekucing tu akan doakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat.

Az Zainal said...

salam mijoe..
saya memang suka kucing, anak2 pon..masaalahnya makann kucing, banyak sangat sampai tak tahu yg mna paling elok tuk my bella. masih sunti lagi..hehehe suka jadi org tengah bila nampak kucing lain bergaduh..penyelesain masaalah..kononnn...tapi sekarang bulu die kerap gugur... gambar mkanan yg ade kat blog mijoe ni ygbetul2 ok ker..penah gi vet..makann tu memang la elok...tapi mahai ya amat. ade tengok makan biskut mia michel, ok tak mijoe rase?harap mijoe dpt la membantu saya dah kompius. la ni saya bagi makann yg kilo jer.member kata tak elok...pas tu bila bace kat mmber blog auntiecat tentang prodiet risau plak...

Mijoe said...

wslm Az!

saya ni pun bukan la pakar sangat pasal meow ni. Semuanya atas pengalaman sendiri dan kawan2 sebulu yg lagi expert pasal makhluk Allah yg comel ni. Semua jenama yg saya duk ngomel tuh mungkin saya beli sebab bersih dan suci, dan jugak faktor poket yg tak berapa nak comel ni..he he.
Kalau macam Az ni bela Bella sorang je, mungkin la untuk bagi makan mkanan premium tu masih ditahap mampu lagi kot, lain la kalau Az bela 4-5 ekor. Tapi kalau Az prefer yg murah, saya rasa Prodiet tu pun ok, cuma selang selikan dgn wet food, dan yg penting, macam kata kawan2 yg dah komen tu, AIR mesti sentiasa ada.
Campur biskut dengan sedikit air masak pun ok jugak, mungkin boleh mengurangkan risiko UTD dan kerosakan buah pinggang diekor.
Ada jugak kawan2 yg rekemen seminggu sekali bagi makan ikan/ayam rebus. Kurang la sikit bahan pengawet dalam diet Bella. Masa saya kecik2 dulu dan sampai sekarang pun, ikan rebus gaul dgn nasi putih masih lagi ada dalam menu meow2 kampung kat rumah parent saya.
Dan, since Bella sentiasa jadi pihak pengaman bila ada abg long kawasan bergaduh, ada baiknya Az bawak Bella ke vet secara berkala + vaksin, biar antibodi Bella tu power rangers sket. Risau jugak kan since meow ada penyakit HIV kalau tak silap saya.
Semoga saya dah dapat membantu ataupun sekurang2nye memberi Az idea/info.
Papehal boleh tanya saya kat sini ataupun di hangout google plus...

wassalam dan kirim salam kat Bella! :p sorry sebab lambat respon!

Ainiey Zainal said...

assalamualaikum.

saya pun ada bela kucing jugak. kalau nak beli dryfood, elakkan yg berwarna. elok beli yg warna dia 1 jenis je. benda yg berwarna tak elok dimakan. dan saya tak galakkan beli makanan kucing jenama MISHA. sebab saya pernah beli jenama ni, dan dalamnya terdapat beberapa butir makanan anjing. Kilang Misha juga turut menghasilkan makanan anjing. jadi saya elakkan makanan itu untuk kucing saya.

Mijoe said...

salam Ainiey Zainal,

Terima kasih di atas info yg awak kongsi tu.
Terlupa jugak kenkadang pasal pewarna makanan ni..
Saya mmg dah lama tak beli MISHA tu...skrg saya maintain prodiet je.

nor raihan said...

Assalamualaikum,sy pun ade membela kucing,hihi..buat masa ni sy ade 6ekor kucing dewasa/3ank kucing/3baby & akan dtg,1ekor tgh bunting n nk beranak dh..buat masa ni sy bagi diorg semua mkn prodiet kitten,1paket harga rm14 boleh tahan 4 1/2 hari je..itu pun selalu jugak ayh sy rebuskan ikan 2ekor gaul dgn nasi,sy nk tanya mknan pro diet tu blh menyebabkan kucing sakit ke..patut tak sy bagi diorg mknan prodiet tu,di speedmart ade jual maknan prodiet 8kg rm60 dewasa(xde kitten) boleh ke sy bagi kucing kitten tu makan makanan kucing dewsa,anak kucing tu umur 2bulan lebih,sy risau jugak kakk sy ckp nanti blh menyababkan xhadam/cacing pada ank kucing tu..sory panjang sgt cerita­čśů

Royal Canin said...

Thanks for such guidance on where to get the most authentic food especially for domestic cat and dog. Join our pet food online store to check out products for your breeds at Royal Canin.
To order online directly visit store or book via http://www.royalcanin.my/contact-us

Mijoe said...

salam nor raihan

sorry lambat respond... ;p

Saya tak pasti Prodiet tu boleh sebabkan meow sakit ke tak. Sebab setakat ni kucing2 kampung perasan bandar saya tu Alhamdulillah dari segi luarannya nampak ok je. Mungkin diekor dah biasa dan Prodiet serasi dengan badan/genetik kampung diekor tuh. Cuma jgn terlampau bergantung pada Prodiet 100% la kot. Sesekali, mcm ayah nor buat tu, bagi la ikan rebus gaul dgn nasi, atau kalau ada budget lebih/durian runtuh/dapat bonus ke, bagi ayam rebus...SEKALI SEKALA je la kot. Kita pun kalau asyik mkn benda yg sama tiap2 hari pun mesti bosan kan? Tinggal lagi diekor tuh tak boleh bersuara je...mengiau pun bukannye kita paham apa yg dia ngiaukan. Tapi mmg saya yakin diekor pun boring mkn benda yg sama tiap2 hari.

kitten, kalau takde Prodiet kitten, saya akan bagi biskut prodiet utk kucing dewasa, tapi campur dgn air, kasi lembik sket supaya mudah utk anak2 kucing tu mkn. Ni nasihat dan experience salah sorg blogger jugak ni saya guna ni...so, mungkin cara campur air tu boleh menolong proses penghadaman prodiet dalam perut kitten...

jgn risau pasal pertanyaan panjang berjela2...saya tak kisah, dan saya suka sebenarnye :)

wslm

asrama said...

assalamualaikum..

sy dah banyak kumpulkan plastik prodiet sebabnya tengok kat belakang bungkusan tu ada point.so sy brcadang nak tebus point yang ada tu,saudara/saudari tau x cara nak tebus?

Mijoe said...

wslm..

sorry lambat respond.

pasal redeem point prodiet tu, saya pun belum pernah cuba redeem. Mungkin cara paling baik untuk tahu bagaimana cara nak redeem tu ialah dgn menghubungi Prodiet; call atau email je diorang. Ataupun tanye kat kedai pet mungkin diorang tahu kot.

sorry lagi sekali sebab tak dapat nak sediakan jawapan yang pasti dan memuaskan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...