Kelly 3572

Friday, May 18, 2012

Dalam Tindakan; Tidur Lepas Solat Jumaat

Gambar ke 2 dalam entry ni menceritakan situasi sebenar setiap kali lepas selesai solat Jumaat di masjid As-Syakirin, KLCC. Lebi-lebih lagi kalau dah lunch siap-siap sebelum solat Jumaat tuh.
gambar yang takde kena-mengena...
Dengan perut yang kekenyangan sambil duduk mendengar khutbah Jumaat, tu la ramai jemaah menjadi super khusyuk sampai dahi hampir-hampir nak cecah lantai tuh. Aku pun sama la... tapi memang aku cuba melawan sekuat yang boleh.

Kalau taknak terlentok senang je, dengar khutbah sambil berdiri. Gerenti tak terlentok. Kalau terlentok jugak sambil berdiri, memang kes berat la ni. 
Lepas solat Jumaat la masing-masing nak balas dendam terhadap mata yang sibuk sangat nak tertutup masa khutbah tuh. Kena pulak hari hujan lebat lepas solat Jumaat, ada kemungkinan la tak tersedar dan lupa nak balik office!!!

Pemandangan indah macam ni juga terdapat di Masjid Negara sebab kawasan lapang dalam masjid tu sangat luas. Nak best lagi, boleh tengok masa bulan Ramadhan, bersepah macam tak cukup tempat dah semua pakat berebut nak ber'iktikaf' dalam masjid lepas solat Jumaat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...