Monday, May 21, 2012

Cara Nak Menyusahkan Orang...

Assalamualaikum

Mata dah mengantuk. Tapi sementara aku tengah ada mood lagi nak sharing is caring ni, baik aku teruskan je niat baik demi kesejahteraan kawan-kawan dan mereka yang terbaca benda ni.

Kebanyakan rumah sekarang ni, mesti ada jerisi besi dan juga mangga untuk mengunci jeriji besi tersebut. Tapi, kalau setakat macam dalam gambar kat bawah ni, tak sampai 1 minit je orang boleh pecahkan dan masuk ke dalam premis yang kita diami tuh. 

Guna la apa brand mangga sekalipun, sekali diorang potong 'telinga' tempat sangkut mangga tuh, terus diorang boleh bukak jeriji besi tuh. Kalau kunci jeriji besi tuh, takde masalah pun bagi diorang. Rentap je jeriji tuh, settle!
mangga dan telinga jeriji besi yang biasa 
Untuk melengahkan masa membuka dan memecah masuk sesuatu tempat, eloklah juga dibuat satu lagi telinga jeriji besi disebelah dalam macam kat dalam gambar di bawah ni. Walau dengan ada telinga di sebelah dalam pun sebenarnya orang boleh jugak pecah masuk, tetapi, sekurang-kurangnya, masa yang terpaksa diambil lebih lama daripada meletakkan satu telinga sahaja di sebelah luar jeriji besi tu.

Jangan buat je telinga kat sebelah dalam tuh, manggakan la sekali bila-bila masa, tak kira la anda keluar rumah ataupun anda berada di dalam rumah.   
satu pilihan yang lebih selamat, telinga tambahan sebelah dalam
Dan, lagi satu pilihan ialah, membuat pelindung kepada telinga itu sendiri macam dalam gambar kat bawah ni la. Kesan hitam terbakar tuh sebab pelindung tuh baru je lepas dipasang, nanti cat la balik cantik-cantik ok!
pelindung telinga sebelah luar
Nampak jelas tak apa yang aku nak cuba sampaikan ni? Dengan adanya pelindung kepada telinga ni; tak kisahlah kat sebelah luar atau dalam, aku yakin ianya akan berjaya menyusahkan lagi orang nak buat kerja tak berfaedah tersebut. 

Ni sekadar pesanan khidmat masyarakat je la. Ada juga faedah buat entry ni kan. Semoga bermanfaat dan dapat menyumbang idea kepada mereka yang sedang mencari cara-cara untuk melindungi harta benda dan keluarga dari manusia yang kurang bijak tu.
Ni cara yang kita nampak dengan mata kasar la. 

Secara halus dan baik untuk amalan harian kita sebagai orang Islam, bacalah ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan pendinding kepada diri, keluarga dan harta benda. 

Sebelum tidur, baca la Al-Fatihah (1x), Ayat Qursi (1x), 4 Kul (1x setiap surah) dan juga Bismillah (21x). Sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, balik kampung atau ke mana sahaja, sesambil bukak pintu nak keluar rumah dan nak kunci pintu dan jeriji besi tuh, baca la sekurang-kurangnya Ayat Qursi tu sekali dan jugak 4 Kul tuh sekali. Doa, usaha dan tawakkal kepada Allah. InsyaAllah selamat diri, keluarga dan harta benda. Jadikanlah amalan. Ada banyak lagi pendinding yang lagi power rangers dari yang ni, kena tanya ustaz-ustaz yang mahir la ye. 

Tapi jangan la amalkan ayat-ayat tadi tapi solat 5 waktu tak buat, dan banyak buat maksiat lain pulak yer... tak mujarab nanti... 

Selamat beramal untuk semua, semoga mendapat manfaat!

1 comment:

meowwmania said...

Ooo camtu ekk...

maceh incik Mijoe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...