Thursday, May 24, 2012

Bakal Gengster Bukit Bintang

Assalamualaikum

Tadi aku lunch kat tempat biasa di rumah panjang Jalan Walter Grenier. Tengah sedap makan, tetiba je nampak budak kecik dalam gambar kat bawah ni berlari ke sana-sini. Sihat dan ceria kucingnya.
Umur dia ni mungkin dalam lingkungan 2 hingga 3 bulan kot berdasarkan saiznya. Aku tak nampak pulak adik-beradik ataupun ibu dia kat situ. Mungkin dia ni the only survivor kot. Geram pulak macam nak catnap bawak balik Gombak!

Aku bagi dia kulit ayam goreng tepung sebab aku dah takde benda lain nak offer dia. Nasib baik la dia makan. Semoga budak ni akan terus survive ataupun lebih elok lagi kalau ada cat-lover datang selamatkan dia dari terjerumus ke lembah hina di kota metropolitan yang mencabar ini.

1 comment:

meowwmania said...

moga baby cat ni sntiasa sihat dan dilindungi oleh yg Maha Kuasa, amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...