Saturday, May 5, 2012

Sepetang Di Dusun Tua

Assalamualaikum

Petang ni aku bersama wifey menghabiskan masa di IKBN Dusun Tua. Dah lama sangat tak lepak situ. Dapat beriadah dengan basketball tu yang buat aku sangat excited nak pergi tuh.

Tapi petang ni Encik Aiman drove us to kolam air panas dalam kawasan IKBN tuh untuk aktiviti merendam kaki. Dah banyak kali datang sini, tapi sekali pun aku tak pernah cuba rendam kaki kat kolam tuh.
aktiviti rendam kaki dalam kolam air panas
Kolam tempat kitorang rendam kaki tuh bukanlah kolam yang nature, tu kolam artificial je. Buatan manusia. Mungkin ada kolam air panas yang asli kat area ni kot.

Ada jugak bau sulfur yang agak kuat kat sekitar kolam ni. Tu mungkin salah satu tanda kewujudan kolam air panas yang terbentuk dengan sendirinya. Bau sulfur yang busuk ni jugak mengingatkan aku masa pergi ke kawah gunung berapi kat Bandung dulu. Memang wap sulfur yang kuat menusuk hidung. Berasap-asap macam air mendidih. 
Aku ada la nampak jugak kawasan kolam yang berasap kat sini, tapi aku tak pasti la berapa darjah kepanasannya. Panas sampai boleh rebus telur ke? 

Ada kemungkinan tak beribu-ribu tahun dulu kawasan Dusun Tua sekarang ni merupakan satu daripada tapak ataupun bekas gunung berapi?

Lepas setengah jam berendam, kitorang pergi ke court basketball untuk mengeluarkan lagi peluh...best la jugak sebab dapat melepaskan rindu dan gian nak basketball tuh. 

2 comments:

aby said...

salam mijoe ..
mana best dgn yg kt kinabalu tu ..
air panas Porin ..

masa aby kt medan pergi kolam air panas gunung Sibayak, gunung berapi juga. bukan saja bau sulfur yg kuat malah banyaknay asap yg keluar dari kolam utama mcm asap yg keluar dari kilang besi.

Mijoe said...

rasanya kalau dapat kolam air panas yang asli baru best. kalau yang buatan manusia ni dah macam kurang umph... :)

poring dgn dusun tua tuh rasanya 2-2 kurang best la..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...