Kelly 3572

Saturday, May 19, 2012

Apa Cer FB IPO's?

Assalamualaikum

Tajuk pun 'apa cer' tu. 

Kalau ada la orang nak tahu apa jadi dengan penyenaraian FB (NASDAQ:FB) semalam, boleh la check dan baca laporannya kat link yang aku letak ni, Bloomberg dan jugak Nasdaq.

Siap delay sampai setengah jam lagi tu. Patutnya urusniaga saham FB ni start pada jam 11 pagi waktu NY, tapi ntah apa sebabnya, delay sampai la urusniaga pertama berjaya dilakukan 30 minit kemudian. Mesti ada apa-apa yang ajaib berlaku kot. Ada last minute major shareholder ataupun sesiapa sahaja behind FB yang lambat buat decision kot. 

Apa-apa pun, memang nampak agak menarik sebab saham FB ni pernah diniagakan pada harga setinggi USD$45 seunit berbanding dengan harga tawaran USD$38 seunit. Urusniaga FB ditutup pada harga USD$38.23. Dari apa yang aku faham lepas baca berita kat Bloomberg tuh, terdapat beberapa pihak yang melindungi harga saham FB ni dari merudum atau diniagakan dibawah harga yang ditawarkan. 

Maknanya, ramai jugak la manusia yang nak let go share ni kot. Tapi macam biasa la, bila banyak pihak tetiba nak jual saham sesuatu syarikat tuh, akan wujud la satu pihak lain yang akan bertindak melindungi harga saham tersebut dari terus jatuh merudum dalam masa yang singkat. Dalam kes FB ni, underwriter la yang bertindak kot dengan membeli balik saham-saham FB ni.

Tetiba pulak blog ni jadi macam market commentary. Sekali-sekala takpe, aku bukan pandai dan arif pun dalam bab-bab ekonomi ni, tapi sekarang kan, hampir semua orang ada FB, jadi benda-benda macam ni elok la untuk diorang amik tahu jugak kan. 

Selamat berhujung minggu!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...