Kelly 3572

Thursday, April 19, 2012

Ole-Ole Dari Kota Singa

Assalamualaikum

Balik kerja hari ni, aku sekali lagi ke Sepang; KLIA to be exact to pick-up wifey balik dari Singapore. Flight dari Changi tu delay tapi manage to arrive on time at KLIA. Mesti speeding gila captain yang bawak flight tu kot. Ada kena speed-trap tak kalau aeroplane bawak laju-laju? Dan ada hadlaju tertentu ke untuk pesawat komersial?

Sebelum proceed ke KLIA, sempat la aku pergi amik laundry kat kedai dobi kat Greenwood tu. Dengan 4 pasang baju kurung tuh dan jugak 12 kgs IAMS ikut aku ke KLIA. Hebat betul!
Aku ni tak pernah jejak kaki ke Singapore tuh. Mungkin sebab dekat sangat, takde rasa teruja nak ke sana sebab memikirkan anytime je boleh pergi. One day, murah rezeki nanti, sampai la aku ke sana. Dan sekiranya dimurahkan rezeki lagi, nak la merasa menginap di Swissotel The Stamford, hotel ke 15 tertinggi di dunia masa entry ni aku buat, dengan ketinggian 73 tingkat. And wifey stayed at 60th floor!

Tapi aku bukan la nak stay kat sini sebab tinggi, cuma nak merasa macamana layanan hotel 5 bintang kat negara orang. Macam la pernah rasa layanan hotel 5 bintang kat negara sendiri kan? Memang tak pernah. Dengar wifey cerita macam sangat best hotel ni. Mana tak bestnya, rate satu malam pun dah lebih USD400 +...satu malam ok? 

Tapi tu la, tak berbaloi sangat, sebab, bayar mahal-mahal, tapi takleh nak menikmati semua kemudahan, especially the complimentary buffet breakfast. Maklumlah, bukannya dijamin halal pun. Even kat Malaysia sendiri pun sekarang ni memang dah susah nak dapatkan makanan halal kan? 
Aku sampai Nilai lebih kurang pukul 2130hrs. Sempat la lagi aku melepak kat McD Nilai sementara menunggu flight wifey touchdown pada pukul 2215hrs kalau ikut jadual ketibaannya la. Lepas tu aku drive slow and steady ke KLIA sambil-sambil usha flight take-off bila aku dah sampai area Salak Tinggi tuh. Huh..excited gila nak fly. 

Lebih kurang pukul 2215hrs, wifey called cakap dah sampai, tengah tunggu luggage. Aku lepak kat tepi jalan sebelum balai ketibaan tu sambil menikmati bunyi-bunyian enjin pesawat yang baru lepas take-off. 

Bila wifey dah settle segala urusan, aku pun jemput la dia kat gate 5. Terus cabut balik KL. Penat! Dah 2 hari berturut-turut ulang-alik ke KLIA ni. Esok nanti ada kenduri kahwin pulak kat Dengkil, dan lepas tu balik Pajam. Jadi 3 hari berturut-turut la aku tawaf area ni kan? Takpe, aku suka sebab dapat tengok KLIA and the planes!

Sampai rumah dah pukul 12 lebih. And surprise surprise...wifey bought something for me for the April 10th occasion from Manchester United merchandise outlet in Singapore! Thank you very much darling!  

1 comment:

aby said...

salam mijoe ..
sayang wf kt mijoe tu ..
baju MU sebagai pengikat kasih ..
he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...