Thursday, April 5, 2012

Meowing For Help!!!

Assalamualaikum

Tengahari tadi, masa lunch kat Restoren Mulia ni, aku ternampak si Oren ni yang dulunya bersih dan sihat tanpa luka-luka. Tapi tengahari tadi, aku dikejutkan dengan pemandangan kat bawah ni. Apa dah jadi dengan Oren???

Bergaduh ke? Terkena jangkitan ke? Orang pukul or aniaya ke? 

Kepada kawan-kawan kucing sedunia, mintak tolong sesiapa yang berdekatan dengan Jalan Semarak tuh, datang rescue or treat Oren. Aku rasa macam takde owner je Oren ni. Kalau tak takkan tuannya nak biarkan dia macam ni?

Oren takde la nampak kelaparan since dia pun lepak kat restoren, aku cuma risau kesihatan dia je. Kalau ada kawan-kawan rescuer yang datang nak treat or amik Oren, aku alu-alukan sangat-sangat. Kalau takde orang nak, aku pun nak, tapi aku tak leh la nak amik Oren hari ni sebab takde transport yang sesuai untuk bawak hero hensem ni. 

Oren jinak dan tak garang. Don't worry!







Semoga ada kawan-kawan yang akan datang rescue/treat Oren ASAP. Thanks for reading and please spread around. Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kalian. Amin.

Kat mana nak cari Oren?

GPS coordinate 3°10'4.04"N 101°42'48.81"E

4 comments:

meowwmania said...

ya Allah kesiannya Oren

rasanya dia sakit tu :((

nnti kita tlg war-warkan yerk...mudah-mudahan ada yg sudi merawat si Oren ni

Mijoe said...

thank you KK!

InsyaAllah ada org tolong, sama-sama kite doakan.

Biasanya kalau KK tolong war2kan, gerenti nasib meow malang akan terjamin macam Siti Zaynab kat LRT Setiawangsa tuh.. :)

thanks again Katrina :)

Mialia said...

alahai ksiannye :(
ni la nasib kucing2 di restoran.. kalau dpt dgn org yang baik, dptlah makanan, kalau yg geli tu, di tendang, di pukul.. kesiann :)

i hope someone will take this poor cat home.. animal deserves to have good life too

Mijoe said...

itu la pasal. Dulu Oren ni badan dia takde luka2 camni. Nak kata luka bergaduh, macam tak logik je sebab banyak sangat injuries kat muka, kaki semua tuh..

kalau ada manusia yg buat Oren jadi macam ni, hopefully manusia tuh akan terima balasan yang setimpal dari Allah di dunia dan akhirat.

thanks Mialia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...