Sunday, April 29, 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus Di Masjid As-Syakirin, Gombak

Assalamualaikum

Hari ni, hajat di hati nak tengok Ustaz Azhar Idrus in person telah termakbul. Alhamdulillah. Bukan sahaja dapat tengok, dapat dengar ilmu-ilmu yang beliau sampaikan dan terangkan. 
big screen kat belakang aku
Sebelum ni kan asyik tengok kat YouTube je kan. Hah nah kau hari ni, dapat join beribu-ribu saudara seagama bersama menimba ilmu di samping bergelak ketawa sebagai selingan. Aku rasa, kehadiran orang ramai di masjid malam ni mengalahkan kehadiran masa solat Jumaat dan jugak solat sunat hariraya. Seriously! 
big screen dalam dewan solat 
Dan memang betul, UAI memang sangat disenangi oleh golongan muda. Tengok je la gambar kat bawah ni. Aku yang dari golongan yang rasanya muda la jugak kan, pun susah nak menyelit nak bergambar dengan ustaz! He he.. takde rezeki nak bersalaman dan bergambar dengan UAI! 
peminat-peminat berebut nak bergambar... aku tak sempat..he he
Wifey solat kat tingkat atas. Dapat la dia tengok UAI jugak dengan lebih jelas. Aku bernasib baik sebab walaupun tak dapat masuk ke dalam dewan solat, tempat aku duduk dan solat Maghrib kat luar tuh dapat view 2 big screens. Satu yang dalam dewan solat dan lagi satu kat bahagian belakang sekali, dekat dengan tempat muslimah solat. 
trafik sesak dari arah Medan Idaman ke arah masjid
Walaupun keadaan dalam dewan solat agak panas tanpa aircond, tu semua tak menjadi masalah, UAI punya pasal. Kan lebih baik kalau masjid sesak macam ni setiap kali masuk waktu solat fardu? Bukan time ada event macam ni je...hopefully, one day, fenomena masjid sesak masa solat fardu akan berlaku...Amin! 
trafik sesak menghampiri masjid 
Kitorang tapau dinner kat gerai-gerai yang berniaga kat luar kawasan masjid tu je. Parking pun agak jauh sebab kitorang sampai lewat; tu pun sebelum azan maghrib. Dekat 300 meter dari masjid la aku park Cik Kelly tuh. 

Aku noticed UAI ni, masa dia baru sampai, pengurusi majlis tengah berucap, UAI pulak yang sibuk amik gambar jemaah dalam dewan solat dengan handphone dia. Lepas tu terus dia tepek (tampal) kat wall Facebook dia...cayalah UAI! 

Harap-harap lepas ni Masjid As-Syakirin panggil Ustaz Don Daniyal pulak bagi kuliah dan ceramah!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...