Kelly 3572

Friday, April 20, 2012

Kenduri Kahwin; Lokman Hakim & Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum

Balik kerja hari ni, aku kelam kabut jugak la bersiap sebab nak attend jemputan kenduri kahwin anak perempuan kawan/surau-mate/soon to be travelmate (InsyaAllah), Haji Rasol di Paya Indah Wetlands, Dengkil. 
aku suka invitation card ni!
Aku excited la jugak sebab tak pernah lagi pergi ke tempat tu. Dengar cerita dan jugak review dari bloggers,  macam menarik, cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah keluarga la tempat tu. Tapi sebab kenduri kahwin ni malam, jadi tak dapat la aku nak snap gambar surrounding taman tu. 
Agak jarang la ada kenduri pada weekdays lepas waktu kerja macam ni. Jadi, agak rushing la nak bersiap semua. Yusseri pun memula nak follow sekali, tetapi sebab isterinya kena stay back kat office, maka terpaksa dibatalkan hajat nak join tuh. Sani pun nak follow jugak tapi anak-anak dia pulak kena attend tuition class, terpaksa jugak batal niat nak pergi. 
pelamin kat khemah ni...simple jugak!
Dengan bantuan Garmin Mobile, aku dan wifey sampai la ke Paya Indah Wetlands tu dekat-dekat pukul 10 malam kot. Ingatkan tak ramai la jemputan yang datang sebab hari kerja, tapi rupa-rupanya penuh dan ramai gila! Tempat tu pulak aku nampak memang cantik la bila dihiasi lampu-lampu dan khemah-khemah yang kemas disusun.
door-gift yang simple! i like!
Siap ada kambing bakar lagi tuh! Best! Dan jugak ada instant photo booth untuk tetamu dan jemputan bergambar kenangan. Something new!!!
aku prefer door-gift like these... sangat berguna!
Cuma mungkin kitorang takde rezeki kot malam ni, terpaksa balik lebih awal sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Takpe la, janji dah datang menunaikan jemputan tuh pun dah kira ok kan. Tetamukan membawa berkat dan doa untuk pengantin. 

Apa-apapun, selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin Lokman Hakim & Rabiatul Adawiyah. Semoga diberkati, dimurahkan rezeki dan berkekalan selamanya, Amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...