Tuesday, April 17, 2012

Kenapa Saya Suka Naik LRT RapidKL?

Assalamualaikum

Jawapan kepada soalan di atas ialah, sebab kita boleh makan sesuka hati di dalam tren RapidKL tanpa dihalang oleh pegawai-pegawai RapidKL, walaupun masa kita tengah sedap mengunyah sandwich Subway tuh, 2-3 orang pegawai RapidKL tengah rancak berborak kat sebelah kita. 

Jadi, kita janganlah risau dengan papan tanda yang melarang kita makan/minum di dalam tren tu dengan risiko bakal dikenakan denda RM500 tuh. Diorang saja je tampal larangan itu. Bukan nak kuatkuasakan pun. Gerenti diorang tak tegur dan tak ambil apa-apa tindakan pun. 

Jadi, selepas ni, kalau susah sangat nak cari lokasi untuk berkelah bersama keluarga, ataupun dah boring asyik pergi berkelah di tepi pantai, tepi air terjun, jom kita ramai-ramai picnic dan berkelah di dalam tren RapidKL!!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...