Saturday, April 14, 2012

Iams Kitten Untuk Budak-Budak Dan Mak Bapak Budak!

Assalamualaikum

Hari ni aku pergi Pet Save Taman Melati Utama sebab nak cari makanan budak-budak bulu dan jugak untuk bapak dan maknya join sekali. Nak order Blackwood Kitten macam kena tunggu timing kewangan yang betul baru boleh rembat yang 24kgs tuh.

Sebelum ni aku tak pernah kasi lagi Iams Kitten ni. Tapi sebab ada 4 makhluk belum bernama dan belum akil baligh kat rumah tu, tu yang kena kasi diekor premium food supaya diekor lebih sihat dan tuan diekor lebih kurus dan miskin lagi...ha ha ha. Dan bukan budak kecik je yang makan Iams Kitten tuh, Kaka, Ronaldo dan Semah Sharapova pun join sekali, walaupun dah tua dan bangka! 
Iams Kitten 3.08kgs
Mulanya aku nak beli Iams pack yang paling besar; dalam 9kgs, konon bajet nak beli untuk stock sebulan, tapi kat outlet Pet Save tu kehabisan pack besar tuh. Ada yang 3.08kgs sahaja. Dan harganya RM66. Aku tak pasti harga tu mahal ke tak sebab aku tak familiar dengan harga Iams, dan jarang feed diekor Iams, kecuali zaman dulu kala, itupun aku fed Iams Adult.

So, mahal ke harga untuk Iams Kitten 3.08kgs tu RM66? Ada kedai lain tak yang jual lebih murah? Aku memang nak kena cari pack besar brand Iams ni ataupun Blackwood Kitten secepat mungkin. Kot-kot budak-budak kecik itu super kuat makan! Umur diekor baru sebulan lebih. Gambar nanti dulu la... 
my Pet Save membership card!
Staff Pet Save suggest aku sign up as a Pet Save member to enjoy a lower price when shopping at their outlet. And it's free to become a membership. Apa lagi, aku sign up je la. Lepas ni aku nak usha Pet Save kat AEON Jusco Setiawangsa pulak untuk shopping barang-barang dan jugak aksesori meow!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...