Tuesday, April 10, 2012

Happy 7th Anniversary To Us!!!

Assalamualaikum

Hari ni dah genap 7 tahun sejak aku terima nikahnya itu. Still berdua, still happy dalam suka dan duka. Alhamduliilah dengan segala yang Allah berikan selama ini. Walaupun masih ada yang Dia belum kurniakan, tetapi, itu semua dugaan dan cubaan dariNya. Reda dan pasrah menerimanya.

Semoga suatu hari nanti, apa yang kitorang inginkan selama ini akan tercapai dan dimakbulkan olehNya. Amin.

Kasih sayang aku pada si dia yang terchenta Alhamdulillah sentiasa utuh dan tak pernah terjejas atau tercalar sedikit pun, semoga ianya akan berterusan dan bertambah baik untuk hari-hari yang mendatang!

Lepas kerja tadi, aku jumpa wifey di JJ untuk dinner. Ingatkan wifey nak buat surprise kat aku pasal anniversary ni, rupa-rupanya takde pape pun. Dia lupa kot hari ni...ha ha ha. Tak pe la. Aku belikan wifey hadiah. Tapi aku tak wish dia pun. Saje je, nanti kalau aku wish kang, risau pulak dia akan bersusah payah nak belikan aku hadiah jugak! So aku buat derk je la. Tak perlu wish!

Kitorang pun dinner kat Kenny Rogers. Best giler sebab dah lama aku tak dine kat sini. Lepas dinner, balik rumah pun, wifey tak wish jugak! Eh...lupa ke??? Ha ha. Takpe la, yang penting aku ingat dan buat-buat lupa.

8 comments:

meowwmania said...

hehe...hepi anibersery cek Mijoe n wifey

moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa :))

Mijoe said...

terima kasih KK! :)

semoga jejebons KK pun mendoakan saya dan wifey, serta kesejahteraan KK sekali.. :)

Ninie Hanis said...

Happy 7th Anniversary to u n wifey..sungguh la best uncle mijoe ni slalu nak wat surprise kat wife.slalu yg lupa si suami.hehe..good2.semoga terus dilimpahkan rezeki dariNya & berbahagia selalu,ameen..

p/s tak reti nak cari email uncle mijoe kt belog ni (sunggu IT illiterate lol)..nanti email me at hanis.hamdan@yahoo.co.uk. nanti sy bg address kt sini. :)tq.

Mijoe said...

tq Ninie :)

semoga anda 3 beranak (ho ho..bestnye term baru neh!)akan sentiasa bahagia dan gumbira selalu selamanye

email address den mmg tak ditayang dibelog.. :)

p/s wifey tersalah tgk tarikh...bukan lupe..he he

aby said...

salam mijoe...
Hepi wedding aniversry ...
Bab kurniaan tu lebihkan doa kt allah swt ...
Iasyallah akan di makbulkan juga ..
Terlanjur makan di kenny rogers...
Nyanyikan la lagu Lady atau You Decorated my Life nyanyian KR juga ....
He..he..

Mijoe said...

thank you bang! :)

doa sentiasa diteruskan bersama usaha! :)

tapi masa makan tuh takde la nak nyanyi pulak lagu yg KR nyanyi tuh..he he

Afiq Flanker said...

happy anniversary bro... semoga berkekalan hingga akhir hayat... aminn...

Mijoe said...

tq bro for the doa! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...