Sunday, April 15, 2012

PetsMore Sale At KL Festival City, Danau Kota

Assalamualaikum

Hajat hati hari ni nak pergi ke Petsave Jusco AU3 sebab nak beli IAMS pack 9kgs. Tapi lepas keluar dari Gombak, aku dan wifey ke KL Festival City sebab wifey ada last minute shopping nak buat sebelum dia nak outstation ke Singapore.

Lepas dropped wifey kat KLFC, aku balik rumah kejap sebelum keluar semula untuk pick-up wifey. Park Kelly kat Platium Walk sebab murah (RM1 per entry after 6pm!) 

Tengah best merayau kat concourse level tuh, sekali aku ternampak ada kedai pet buat sales kat tengah-tengah alam tuh. Aku pun dengan perasaan suka dan excited pergi la check it out. 
RM1 membership valid till 2014
Dan aku punya finding, memang agak mengejutkan! Banyak premium pet food on sale! IAMS included! IAMS for kitten pun ada gak! Wooo...ini sudah lebih!!! 

Bila aku usha harga IAMS kitten macam pack 3.08 kgs yang aku beli kat Petsave semalam, aku lagi la sentap dibuatnya. Semalam aku beli pack tu RM66. Hari ni Petsmore buat sale, buy the 3.08kgs, get 1 pack  free smaller pack; aku tak pasti yang free tuh berapa beratnya. Lepas tu harga dapat diskaun pulak tuh, it's not RM66 ok!

Bila aku usha pack 9 kgs, nampak la promotion buy 1 pack of 9 kgs, free 1 pack of 3.08kgs! Dan promoter Petsmore tu cakap, kalau aku sign up for membership (RM1), aku boleh dapat pack 9kgs tu plus free pack 3.08kgs tu for RM125 sahaja! Sekian terima kasih... terus aku rembat la, plus aku angkut sekali Frontline flea spray tuh pada harga RM35 untuk 100 ml. Kebetulan, Frontline yang aku beli tahun lepas dah tinggal sikit sangat dan expired dah bulan April ni.
one of the coupons
Wifey pun called adik dia to check out food for Teh & Tam kat Pajam. Ridzuan mintak tolong belikan Science Plan for hair and skin untuk budak-budak Pajam yang 2 ekor tuh. Wifey pergi ke outlet Petsmore kat LG floor untuk cari Sciene Plan tuh, saje je usha kat kedai untuk dapat lebih banyak pilihan. 

Banyak la jugak kupon yang kitorang dapat lepas shopping kat Petsmore tu. Diorang pulak dah buat sale tu dah dekat seminggu dah. Rezeki meow-meow la kot sebab kebetulan hari ni dah last day promotion tu. Bersusah payah la aku mengangkut 12 kgs IAMS kitten dan 3 kg Science Plan ke Kelly yang agak jauh tuh. 

Lepas ni memang kena alert sket la dengan kewujudan sale dan promo Petsmore ni. Ni website PetsMore.

1 comment:

meowwmania said...

mmg menarik!

tp sygnya kat Joho takde huhuu...


p/s: baby Mia tu anak buah kita, sbb tu bahasakan diri maklong hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...