Kelly 3572

Sunday, April 29, 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus Di Masjid As-Syakirin, Gombak

Assalamualaikum

Hari ni, hajat di hati nak tengok Ustaz Azhar Idrus in person telah termakbul. Alhamdulillah. Bukan sahaja dapat tengok, dapat dengar ilmu-ilmu yang beliau sampaikan dan terangkan. 
big screen kat belakang aku
Sebelum ni kan asyik tengok kat YouTube je kan. Hah nah kau hari ni, dapat join beribu-ribu saudara seagama bersama menimba ilmu di samping bergelak ketawa sebagai selingan. Aku rasa, kehadiran orang ramai di masjid malam ni mengalahkan kehadiran masa solat Jumaat dan jugak solat sunat hariraya. Seriously! 
big screen dalam dewan solat 
Dan memang betul, UAI memang sangat disenangi oleh golongan muda. Tengok je la gambar kat bawah ni. Aku yang dari golongan yang rasanya muda la jugak kan, pun susah nak menyelit nak bergambar dengan ustaz! He he.. takde rezeki nak bersalaman dan bergambar dengan UAI! 
peminat-peminat berebut nak bergambar... aku tak sempat..he he
Wifey solat kat tingkat atas. Dapat la dia tengok UAI jugak dengan lebih jelas. Aku bernasib baik sebab walaupun tak dapat masuk ke dalam dewan solat, tempat aku duduk dan solat Maghrib kat luar tuh dapat view 2 big screens. Satu yang dalam dewan solat dan lagi satu kat bahagian belakang sekali, dekat dengan tempat muslimah solat. 
trafik sesak dari arah Medan Idaman ke arah masjid
Walaupun keadaan dalam dewan solat agak panas tanpa aircond, tu semua tak menjadi masalah, UAI punya pasal. Kan lebih baik kalau masjid sesak macam ni setiap kali masuk waktu solat fardu? Bukan time ada event macam ni je...hopefully, one day, fenomena masjid sesak masa solat fardu akan berlaku...Amin! 
trafik sesak menghampiri masjid 
Kitorang tapau dinner kat gerai-gerai yang berniaga kat luar kawasan masjid tu je. Parking pun agak jauh sebab kitorang sampai lewat; tu pun sebelum azan maghrib. Dekat 300 meter dari masjid la aku park Cik Kelly tuh. 

Aku noticed UAI ni, masa dia baru sampai, pengurusi majlis tengah berucap, UAI pulak yang sibuk amik gambar jemaah dalam dewan solat dengan handphone dia. Lepas tu terus dia tepek (tampal) kat wall Facebook dia...cayalah UAI! 

Harap-harap lepas ni Masjid As-Syakirin panggil Ustaz Don Daniyal pulak bagi kuliah dan ceramah!!!

Friday, April 27, 2012

Dah Submit Borang Cukai Pendapatan?

Assalamualaikum

Bulan April dah nak habis. Due date income tax dah dekat dah ni. 30 April 2012 kan?

Korang dah submit ke Borang BE tu? 

Guna e-Filing lagi senang...cepat dan tak membazir kertas!

Tuesday, April 24, 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Gombak?

Assalamualaikum

Pagi tadi masa on the way ke stesyen LRT, aku ternampak satu banner pasal ceramah agama. Penceramahnya ialah USTAZ AZHAR IDRUS! Pergh!!!! Biar betul ni? Ok, sebenarnya aku ternampak banner tu pagi semalam lagi, so tak payah la aku nak buat expression terkejut tuh masa buat entry hari ni. (Kiranya aku terkejut tu pagi semalam la...)

Aku yakin Ustaz Azhar Idrus dah ramai peminat sekarang ni. So, baik aku share info pasal ceramah tuh, setakat apa yang aku baca kat banner tuh la...
  1. Tarikh ceramah; 29hb April 2012, Ahad
  2. Tempat : Masjid As-Syakirin Gombak (Opposite Balai Polis Gombak dan sebelah Taman Kamariah)
  3. Waktu : selepas Maghrib 
Itu saja untuk kali ni. Jom sama-sama kita layan hiburan jiwa dan minda ni, semoga semua dapat kebaikan, Amin.

Friday, April 20, 2012

Kenduri Kahwin; Lokman Hakim & Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum

Balik kerja hari ni, aku kelam kabut jugak la bersiap sebab nak attend jemputan kenduri kahwin anak perempuan kawan/surau-mate/soon to be travelmate (InsyaAllah), Haji Rasol di Paya Indah Wetlands, Dengkil. 
aku suka invitation card ni!
Aku excited la jugak sebab tak pernah lagi pergi ke tempat tu. Dengar cerita dan jugak review dari bloggers,  macam menarik, cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah keluarga la tempat tu. Tapi sebab kenduri kahwin ni malam, jadi tak dapat la aku nak snap gambar surrounding taman tu. 
Agak jarang la ada kenduri pada weekdays lepas waktu kerja macam ni. Jadi, agak rushing la nak bersiap semua. Yusseri pun memula nak follow sekali, tetapi sebab isterinya kena stay back kat office, maka terpaksa dibatalkan hajat nak join tuh. Sani pun nak follow jugak tapi anak-anak dia pulak kena attend tuition class, terpaksa jugak batal niat nak pergi. 
pelamin kat khemah ni...simple jugak!
Dengan bantuan Garmin Mobile, aku dan wifey sampai la ke Paya Indah Wetlands tu dekat-dekat pukul 10 malam kot. Ingatkan tak ramai la jemputan yang datang sebab hari kerja, tapi rupa-rupanya penuh dan ramai gila! Tempat tu pulak aku nampak memang cantik la bila dihiasi lampu-lampu dan khemah-khemah yang kemas disusun.
door-gift yang simple! i like!
Siap ada kambing bakar lagi tuh! Best! Dan jugak ada instant photo booth untuk tetamu dan jemputan bergambar kenangan. Something new!!!
aku prefer door-gift like these... sangat berguna!
Cuma mungkin kitorang takde rezeki kot malam ni, terpaksa balik lebih awal sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Takpe la, janji dah datang menunaikan jemputan tuh pun dah kira ok kan. Tetamukan membawa berkat dan doa untuk pengantin. 

Apa-apapun, selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin Lokman Hakim & Rabiatul Adawiyah. Semoga diberkati, dimurahkan rezeki dan berkekalan selamanya, Amin!

Thursday, April 19, 2012

Ole-Ole Dari Kota Singa

Assalamualaikum

Balik kerja hari ni, aku sekali lagi ke Sepang; KLIA to be exact to pick-up wifey balik dari Singapore. Flight dari Changi tu delay tapi manage to arrive on time at KLIA. Mesti speeding gila captain yang bawak flight tu kot. Ada kena speed-trap tak kalau aeroplane bawak laju-laju? Dan ada hadlaju tertentu ke untuk pesawat komersial?

Sebelum proceed ke KLIA, sempat la aku pergi amik laundry kat kedai dobi kat Greenwood tu. Dengan 4 pasang baju kurung tuh dan jugak 12 kgs IAMS ikut aku ke KLIA. Hebat betul!
Aku ni tak pernah jejak kaki ke Singapore tuh. Mungkin sebab dekat sangat, takde rasa teruja nak ke sana sebab memikirkan anytime je boleh pergi. One day, murah rezeki nanti, sampai la aku ke sana. Dan sekiranya dimurahkan rezeki lagi, nak la merasa menginap di Swissotel The Stamford, hotel ke 15 tertinggi di dunia masa entry ni aku buat, dengan ketinggian 73 tingkat. And wifey stayed at 60th floor!

Tapi aku bukan la nak stay kat sini sebab tinggi, cuma nak merasa macamana layanan hotel 5 bintang kat negara orang. Macam la pernah rasa layanan hotel 5 bintang kat negara sendiri kan? Memang tak pernah. Dengar wifey cerita macam sangat best hotel ni. Mana tak bestnya, rate satu malam pun dah lebih USD400 +...satu malam ok? 

Tapi tu la, tak berbaloi sangat, sebab, bayar mahal-mahal, tapi takleh nak menikmati semua kemudahan, especially the complimentary buffet breakfast. Maklumlah, bukannya dijamin halal pun. Even kat Malaysia sendiri pun sekarang ni memang dah susah nak dapatkan makanan halal kan? 
Aku sampai Nilai lebih kurang pukul 2130hrs. Sempat la lagi aku melepak kat McD Nilai sementara menunggu flight wifey touchdown pada pukul 2215hrs kalau ikut jadual ketibaannya la. Lepas tu aku drive slow and steady ke KLIA sambil-sambil usha flight take-off bila aku dah sampai area Salak Tinggi tuh. Huh..excited gila nak fly. 

Lebih kurang pukul 2215hrs, wifey called cakap dah sampai, tengah tunggu luggage. Aku lepak kat tepi jalan sebelum balai ketibaan tu sambil menikmati bunyi-bunyian enjin pesawat yang baru lepas take-off. 

Bila wifey dah settle segala urusan, aku pun jemput la dia kat gate 5. Terus cabut balik KL. Penat! Dah 2 hari berturut-turut ulang-alik ke KLIA ni. Esok nanti ada kenduri kahwin pulak kat Dengkil, dan lepas tu balik Pajam. Jadi 3 hari berturut-turut la aku tawaf area ni kan? Takpe, aku suka sebab dapat tengok KLIA and the planes!

Sampai rumah dah pukul 12 lebih. And surprise surprise...wifey bought something for me for the April 10th occasion from Manchester United merchandise outlet in Singapore! Thank you very much darling!  

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday; Wifey Off To Singapore!

departure from Gate G4 & G6

this Boeing 737 just landed

downloading luggage upon arrival

note the GPS coordinate in the yellow boxes to indicate aircraft parking bay

KLIA 2 in progress

bye-bye darling... see you tomorrow!

Tuesday, April 17, 2012

Kenapa Saya Suka Naik LRT RapidKL?

Assalamualaikum

Jawapan kepada soalan di atas ialah, sebab kita boleh makan sesuka hati di dalam tren RapidKL tanpa dihalang oleh pegawai-pegawai RapidKL, walaupun masa kita tengah sedap mengunyah sandwich Subway tuh, 2-3 orang pegawai RapidKL tengah rancak berborak kat sebelah kita. 

Jadi, kita janganlah risau dengan papan tanda yang melarang kita makan/minum di dalam tren tu dengan risiko bakal dikenakan denda RM500 tuh. Diorang saja je tampal larangan itu. Bukan nak kuatkuasakan pun. Gerenti diorang tak tegur dan tak ambil apa-apa tindakan pun. 

Jadi, selepas ni, kalau susah sangat nak cari lokasi untuk berkelah bersama keluarga, ataupun dah boring asyik pergi berkelah di tepi pantai, tepi air terjun, jom kita ramai-ramai picnic dan berkelah di dalam tren RapidKL!!! 

Sunday, April 15, 2012

PetsMore Sale At KL Festival City, Danau Kota

Assalamualaikum

Hajat hati hari ni nak pergi ke Petsave Jusco AU3 sebab nak beli IAMS pack 9kgs. Tapi lepas keluar dari Gombak, aku dan wifey ke KL Festival City sebab wifey ada last minute shopping nak buat sebelum dia nak outstation ke Singapore.

Lepas dropped wifey kat KLFC, aku balik rumah kejap sebelum keluar semula untuk pick-up wifey. Park Kelly kat Platium Walk sebab murah (RM1 per entry after 6pm!) 

Tengah best merayau kat concourse level tuh, sekali aku ternampak ada kedai pet buat sales kat tengah-tengah alam tuh. Aku pun dengan perasaan suka dan excited pergi la check it out. 
RM1 membership valid till 2014
Dan aku punya finding, memang agak mengejutkan! Banyak premium pet food on sale! IAMS included! IAMS for kitten pun ada gak! Wooo...ini sudah lebih!!! 

Bila aku usha harga IAMS kitten macam pack 3.08 kgs yang aku beli kat Petsave semalam, aku lagi la sentap dibuatnya. Semalam aku beli pack tu RM66. Hari ni Petsmore buat sale, buy the 3.08kgs, get 1 pack  free smaller pack; aku tak pasti yang free tuh berapa beratnya. Lepas tu harga dapat diskaun pulak tuh, it's not RM66 ok!

Bila aku usha pack 9 kgs, nampak la promotion buy 1 pack of 9 kgs, free 1 pack of 3.08kgs! Dan promoter Petsmore tu cakap, kalau aku sign up for membership (RM1), aku boleh dapat pack 9kgs tu plus free pack 3.08kgs tu for RM125 sahaja! Sekian terima kasih... terus aku rembat la, plus aku angkut sekali Frontline flea spray tuh pada harga RM35 untuk 100 ml. Kebetulan, Frontline yang aku beli tahun lepas dah tinggal sikit sangat dan expired dah bulan April ni.
one of the coupons
Wifey pun called adik dia to check out food for Teh & Tam kat Pajam. Ridzuan mintak tolong belikan Science Plan for hair and skin untuk budak-budak Pajam yang 2 ekor tuh. Wifey pergi ke outlet Petsmore kat LG floor untuk cari Sciene Plan tuh, saje je usha kat kedai untuk dapat lebih banyak pilihan. 

Banyak la jugak kupon yang kitorang dapat lepas shopping kat Petsmore tu. Diorang pulak dah buat sale tu dah dekat seminggu dah. Rezeki meow-meow la kot sebab kebetulan hari ni dah last day promotion tu. Bersusah payah la aku mengangkut 12 kgs IAMS kitten dan 3 kg Science Plan ke Kelly yang agak jauh tuh. 

Lepas ni memang kena alert sket la dengan kewujudan sale dan promo Petsmore ni. Ni website PetsMore.

Saturday, April 14, 2012

Iams Kitten Untuk Budak-Budak Dan Mak Bapak Budak!

Assalamualaikum

Hari ni aku pergi Pet Save Taman Melati Utama sebab nak cari makanan budak-budak bulu dan jugak untuk bapak dan maknya join sekali. Nak order Blackwood Kitten macam kena tunggu timing kewangan yang betul baru boleh rembat yang 24kgs tuh.

Sebelum ni aku tak pernah kasi lagi Iams Kitten ni. Tapi sebab ada 4 makhluk belum bernama dan belum akil baligh kat rumah tu, tu yang kena kasi diekor premium food supaya diekor lebih sihat dan tuan diekor lebih kurus dan miskin lagi...ha ha ha. Dan bukan budak kecik je yang makan Iams Kitten tuh, Kaka, Ronaldo dan Semah Sharapova pun join sekali, walaupun dah tua dan bangka! 
Iams Kitten 3.08kgs
Mulanya aku nak beli Iams pack yang paling besar; dalam 9kgs, konon bajet nak beli untuk stock sebulan, tapi kat outlet Pet Save tu kehabisan pack besar tuh. Ada yang 3.08kgs sahaja. Dan harganya RM66. Aku tak pasti harga tu mahal ke tak sebab aku tak familiar dengan harga Iams, dan jarang feed diekor Iams, kecuali zaman dulu kala, itupun aku fed Iams Adult.

So, mahal ke harga untuk Iams Kitten 3.08kgs tu RM66? Ada kedai lain tak yang jual lebih murah? Aku memang nak kena cari pack besar brand Iams ni ataupun Blackwood Kitten secepat mungkin. Kot-kot budak-budak kecik itu super kuat makan! Umur diekor baru sebulan lebih. Gambar nanti dulu la... 
my Pet Save membership card!
Staff Pet Save suggest aku sign up as a Pet Save member to enjoy a lower price when shopping at their outlet. And it's free to become a membership. Apa lagi, aku sign up je la. Lepas ni aku nak usha Pet Save kat AEON Jusco Setiawangsa pulak untuk shopping barang-barang dan jugak aksesori meow!

Friday, April 13, 2012

Bila Masa Pulak Aku Jadi Businessman Ni?

Assalamualaikum

Sejak bila pulak aku jual Corelle ni? Takpe, ini semua fakta buat masa ni. Sekarang ni, memang ada 2 kotak Corelle set 16 keping ni kat rumah. Dan sesiapa kat Lembah Kelang dan jugak Seremban yang berminat, boleh la menyatakan minat korang kat ruangan komen kat bawah ni ye.
2 sets of Floral Connection 16 Pc Set for sale!!!
2-2 kotak tu design yang sama; Floral Connection. Harga jualan RM295 sekotak; kalau agak-agak nak rembat 2-2 kotak tuh, boleh la dikurangkan sikit harganya. 
ni la dia set Corelle itu; photos credit to Corelle.com
Tetiba je jadi businessman ek? Oh ye, fenomena jadi businessman Corelle ni berkemungkinan besar akan berterusan sehingga bulan Julai ni kot InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Status: SOLD. Alhamdulillah

Tuesday, April 10, 2012

Happy 7th Anniversary To Us!!!

Assalamualaikum

Hari ni dah genap 7 tahun sejak aku terima nikahnya itu. Still berdua, still happy dalam suka dan duka. Alhamduliilah dengan segala yang Allah berikan selama ini. Walaupun masih ada yang Dia belum kurniakan, tetapi, itu semua dugaan dan cubaan dariNya. Reda dan pasrah menerimanya.

Semoga suatu hari nanti, apa yang kitorang inginkan selama ini akan tercapai dan dimakbulkan olehNya. Amin.

Kasih sayang aku pada si dia yang terchenta Alhamdulillah sentiasa utuh dan tak pernah terjejas atau tercalar sedikit pun, semoga ianya akan berterusan dan bertambah baik untuk hari-hari yang mendatang!

Lepas kerja tadi, aku jumpa wifey di JJ untuk dinner. Ingatkan wifey nak buat surprise kat aku pasal anniversary ni, rupa-rupanya takde pape pun. Dia lupa kot hari ni...ha ha ha. Tak pe la. Aku belikan wifey hadiah. Tapi aku tak wish dia pun. Saje je, nanti kalau aku wish kang, risau pulak dia akan bersusah payah nak belikan aku hadiah jugak! So aku buat derk je la. Tak perlu wish!

Kitorang pun dinner kat Kenny Rogers. Best giler sebab dah lama aku tak dine kat sini. Lepas dinner, balik rumah pun, wifey tak wish jugak! Eh...lupa ke??? Ha ha. Takpe la, yang penting aku ingat dan buat-buat lupa.

Thursday, April 5, 2012

Meowing For Help!!!

Assalamualaikum

Tengahari tadi, masa lunch kat Restoren Mulia ni, aku ternampak si Oren ni yang dulunya bersih dan sihat tanpa luka-luka. Tapi tengahari tadi, aku dikejutkan dengan pemandangan kat bawah ni. Apa dah jadi dengan Oren???

Bergaduh ke? Terkena jangkitan ke? Orang pukul or aniaya ke? 

Kepada kawan-kawan kucing sedunia, mintak tolong sesiapa yang berdekatan dengan Jalan Semarak tuh, datang rescue or treat Oren. Aku rasa macam takde owner je Oren ni. Kalau tak takkan tuannya nak biarkan dia macam ni?

Oren takde la nampak kelaparan since dia pun lepak kat restoren, aku cuma risau kesihatan dia je. Kalau ada kawan-kawan rescuer yang datang nak treat or amik Oren, aku alu-alukan sangat-sangat. Kalau takde orang nak, aku pun nak, tapi aku tak leh la nak amik Oren hari ni sebab takde transport yang sesuai untuk bawak hero hensem ni. 

Oren jinak dan tak garang. Don't worry!







Semoga ada kawan-kawan yang akan datang rescue/treat Oren ASAP. Thanks for reading and please spread around. Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kalian. Amin.

Kat mana nak cari Oren?

GPS coordinate 3°10'4.04"N 101°42'48.81"E

Tuesday, April 3, 2012

Hari Lupa Kebangsaan 2012

Assalamualaikum

Hari ni memang hari yang ntah apa-apa. Hari Selasa yang aku sendiri pun tak tahu kenapa terjadinya benda-benda yang tak diingini kat aku. Bunyi macam serius sangat. Yes, yang kes pagi  tadi tuh memang seriously serious. It will cost me RM12 for replacement of a new ATM card! Alhamdulillah! Daripada hilang banyak, baik hilang RM12. 

Tapi aku still tak puas hati dan tak faham, macamana aku yang selalunya sangat cermat, boleh terlalai sekelip mata. He he... itulah manusia, tak perfect dan apa-apa pun terjadi walau secermat mana sekalipun. Tu pun aku sedar kad tu hilang bila aku nak buat deposit lagi sekali on the way balik keje. Kalau tak, sure aku belum buat report to 1 300 88 66 88; Maybank Customer Care-Line. Alhamdulillah, menurut Marlina; Maybank Customer Care-Line yang attending to my call, last transaction kat akaun aku ialah deposit yang aku buat pagi tadi la. Lepas tu memang takde transaction dah. 

Huh...panik panik...

Pasal kerja pulak, aku lupa nak switch-off the machine PC lepas buat ad-hoc back-up. Nasib baik takde pape yang tahap serius serta tak diingini berlaku. Panik kot sebab boss aku tetiba kena amik cuti hari ni. Habis sistem aku haywire dari pukul 0857hrs sampai la pukul 1940hrs. 

Semoga 'Hari Lupa Kebangsaan' ni takkan berulang lagi. Amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...