Thursday, March 1, 2012

Mode; Malas

Assalamualaikum

Lately macam malas nak update blog walaupun bertimbun-timbun bahan yang nak dikongsi. Rasanya, semua blogger pernah lalui fenomena malas nak update blog ni. Mungkin sebab takde mood, terlampau sibuk dengan urusan keluarga, kerja dan sebagainya, ataupu keadaan kesihatan tak mengizikan. 

Aku memang totally malas sekarang ni. Ni merajinkan diri sekejap dengan harapan dapat motivate diri sendiri untuk buat posting yang banyak tertangguh tuh. 

Ada gak terasa nak tukar nama blog ni dengan photo headernya tuh. Dah ramai jugak kawan-kawan blogger yang tukar photo header dan tukar nama blog. Bukan apa, dah agak boring dengan photo header ni, memang dari dulu lagi guna gambar yang sama je...tapi bukan bermakna aku dah tak suka tengok gambar MU tuh. Semangat keMUan tuh tak terjejas ponggg... ha ha. 

Nak tukar nama blog ni pun nak tukar ke nama apa pulak ek? Ada apa-apa idea menarik?

Terasa nak pergi ke New Zealand pun ada jugak. Excited pulak rasanya bila tengok Aizat Amdan dan seluruh kaum keluarga dia pergi bercuti ke sana kat dalam TV tu. Tapi ongkosnya takda... kena la survey Air Asia X, mana la tau ada promosi yang berbaloi ke NZ tuh. Come on Mijoe...cepat kumpul duit dan buat draft cuti ke NZ!!!

Dah...stop melalut dan balik rumah lagi bagus. Hopefully dapat sampai rumah pada masa yang wifey cadangkan tuh... 2130hrs. Ada projek besar pulak my darling ni.

4 comments:

Ninie Hanis said...

ha tukau2..sy dah tukau..haha! Cadangan saya sila gantikan gamba Man U dengan kelab lain..~aaa larik!

p/s semalam tgk England vs Holland. Terpana jap tgk rubben (eh eja betul ke?) punya last goal tu. serously buat sy teringat kt zinedine zidane. :)

Mijoe said...

hepppp...sape tuh suh tukau photo header gambau kelab lain tuh??? biasa dia neh... nak kena ghotan neh... :p

congrats to LFC sebab menang CArling Cup..he he.

x tgk pun game tu Ninie. Tgh kroooohhhh pengsan. tapi dari apa yang newspaper report tuh, macam menarik aa goal Arjen Robben tuh.. :)

Ninie Hanis said...

td terbaca post anda pi kenduri kawin Norazlin & Irwan Wahed di Jitra.hehe..sy kenal itu Kak Lin (family kitorang sama2 kenal since sy kecik lg)..sgtlah kecik donia ini..dia senior di uia juga. :)

Mijoe said...

ha ha..Ninie..Ninie..mmg small la this world. Norazlin tuh satu batch dgn wifey den la kat UIA tuh..ha ha.
Geng jugak dgn adik pompuan den..he he... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...