Saturday, March 24, 2012

Kuantan Tembeling Resort

Assalamualaikum

Kitorang sampai kat resort ni dah dekat pukul 2 pagi. Semua dah tidur kepenatan. Diorang sampai lebih awal sebab diorang bertolak tengahari Jumaat. 

Aku masuk Kuantan dari Lebuhraya Pantai Timur melalui exit Gambang. Kadar tol yang kena bayar ialah RM16.90 dari Karak. Nak lalu jalan lama tak sanggup la pulak aku, dah la tengah-tengah malam pulak tu kan.

Rindu betul aku dengan bandar Kuantan ni. Betul-betul banyak perubahan. Masa masuk ke Jalan Gambang dari LPT tuh, sempat la jugak aku lalu kat TUDM Airbase, tempat aku lepak masa kecik-kecik dulu. Kalau dapat lepak kat airbase ni lagi sekarang ni kan best, boleh jugak aku usha MiG-29 tiap-tiap hari.
boleh nampak Laut Cina Selatan kalau tak silau 
Kuantan Tembeling Resort ni letaknya memang dah dekat sangat dengan Pantai Teluk Cempedak, satu lagi kawasan yang aku selalu pergi masa kecik-kecik dulu.  

Aku berjaya sampai ke resort ni dengan bantuan Garmin GPS. Hmm, tak la susah sangat sebenarnya, ikut je direction yang minah Garmin tu cakap, gerenti sampai! Cuma kalau korang drive sensorang pukul 2 pagi, memang sangat saspen la bila tengok direction ke resort tuh bila dah betul-betul dekat nak sampai sebab jalannya dah kena mendaki bukit kat tepi pantai yang banyak pokok-pokok dan hutan-hutan. Scary gak woo!!!
nampak garden macam ni pun dah segar jugak mata memandang
Resort ni aku perasan dah ramai owner yang tinggal, jadi tak boleh la kita nak beriang-ria huhahuha buat kecoh sesuka hati. Swimming pool attire pun memang strict. Swimming poolnya pun memang best sebab besar dan luas. Budak-budak kecik pun gerenti suka dengan pool kat sini. 

Next entry aku akan tunjuk gambar swimming pool yang agak cool tuh... sekarang nak kena bersiap untuk ke majlis resepsi pengantin lelaki pulak untuk pasangan pengantin baru, Saffiah dan Ikhwan!

Interested nak lepak sini, sila buat tempahan atau pertanyaan di sini.

GPS coordinate 3°48'9.42"N 103°22'17.81"E

8 comments:

aby said...

melalui LPT waktu lewat malam memang best .. hiway nya lurus ..
boleh membeset sampai meter abis ..
he..he..

Mijoe said...

tapi hiway lurus la buat saye ngantuk bang.. he he..

Farahliza Isa said...

bestnyer...asik gi jln2 jer, bila nk dtg PD lak? :)

Mijoe said...

PD dah gi dah dulu...gi Avillion he he. Best gak, tapi tak buat review jer...he he

Dwen Ihsan said...

BAPER pakessshhhhhh resort ni jah?

Mijoe said...

gua tak tahu la bro, ni pengantin yang booked utk kitorang.

cuba kau try test click kat link resort yang aku bagi tuh.. :p

bile nak lepak setabassshhhh ni?

marshumallo said...

Bape no contact nk wt tempahan?

Mijoe said...

salam Marshumallo,

cuba call number ni, 09 - 515 6887 ataupun 09 - 516 4988. Ni number dari website Pasdec.

:) kalau tak dapat jugak, let me know ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...