Monday, March 26, 2012

Lauk Untuk Dinner Malam Ni!!!

Assalamualaikum

Mentang-mentang la baru balik dari Terengganu dengan ice-box, maka wifey pun tak sabar nak menghabiskan hasil tangkapan sebelum tahap kesegarannya menurun. 

Malam ni, nasi putih berlaukkan udang masak tomato dan sotong goreng celup tepung Agromas sahaja la yer. 

Penat mulut nak mengunyah 2 ekor sotong yang agak besar ni. Tapi, memang puas hati la beli udang dan sotong ni. Usha harga sotong kat Jusco tadi pun RM21 sekilo untuk saiz kecik dan RM24 sekilo untuk saiz besar sket dari yang kecik tuh, tapi still jauh lebih kecik dari yang kitorang beli kat Kuala Kemaman tuh...

Alhamdulillah...kenyang!

Sunday, March 25, 2012

Kuantan; Checking Out & Off To KemamanG...

Assalamualaikum

Hari ni kitorang akan check out pada pukul 1 tengahari. Sebelum check-out, semua ramai yang amik kesempatan lagi sekali untuk merendamkan diri dalam swimming pool sebaik saja selepas breakfast. Aku makan 2 keping roti canai untuk breakfast hari ni. Lepas breakfast aku merayau sekitar resort untuk amik gambar sket.
pemandanganG Laut China SelatanG
Pagi-pagi ni memonyet dan kekera banyak yang masih nyenyak tidur kot. Tak macam petang semalam. Memang terkejut beruk, monyet dan kera aku tengok keluarga diorang pun ramai stay kat resort ni dan jugak area berdekatan. Ye la, area ni kan dekat dengan hutan dan bukit. 

Pesanan mesra alam aku kepada sesiapa yang berhajat nak bercuti dan stay kat Kuantan Tembeling Resort; jangan tinggalkan pintu di balkoni unit anda terbuka sebab kawan-kawan kita ni akan menyerang menceroboh masuk dalam rumah dan cilok apa-apa sahaja yang boleh dimakan! Aku sendiri nampak sekor monyet berjaya mencilok satu mangkuk tingkat yang ada nasi, dan dengan bergayanya menjamu selera kat parking bay resort tuh. Ntah rumah mana la yang kena ceroboh tu...

Dan lagi satu, sekiranya anda terserempak dengan monyet yang agak besar saiznya, jangan provoke/buat monyet tu takut, nanti dia pulak yang akan kejar korang! Kepada yang datang dengan anak-anak yang masih kecik/baby, please watch your kids ok! Kang ada pulak yang kena gigit dengan monyet! Bahaya ok!
sungguh inviting!!!
Pukul 1 lebih kitorang semua checked-out. Aku memang dah planned nak pergi ke Kemanan; nak beli keropok lekor, nak makan sata, otak-otak dan yang paling aku beria-ia nak pergi, pasar ikan segar kat Kuala Kemaman.

Asalnya kitorang berempat (1 kereta) je yang nak ke Kemaman. Bila dah nak keluar dari gate resort tuh, aku dapat tahu yang ada 5 buah kereta lain nak follow! Tetiba je kena jadi leader convoy ke Kemaman. Kena la jadi driver yang slow and steady dan selalu kena observe follower kat belakang. No problem la sebab aku bukan jenis driver yang drive macam Schumacer. 

Pukul 2 lebih kitorang sampai Kuala Kemaman. Destinasi pertama ialah, berhenti untuk lunch kat Warung Aziz Sata. Tapi sebab masa tu dah pukul 3 petang, banyak lauk-pauk dah habis. Terpaksa la kitorang semua makan je apa yang ada. Lepas lunch Zack ajak aku pergi beli ice-box polistrine (RM8 untuk saiz paling kecik); tu untuk isi hasil tangkapan kat pasar ikan nanti la. 
ikanG! ikanG! Mari beli ikanG! He he...
Aku memang dah bawak ice-box dari KL lagi. Semangat betul nak shopping seafood! Padahal tak pernah sampai pun ke tempat nelayan memunggah hasil tangkapan ni. Semua berpandukan pada GPS. 

Dekat je la pasar tu dari warung Aziz Sata tuh. Tak sampai pun 10 minit. Tapi aku tersalah masuk ke kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Sampai kat situ memang la nampak banyak bot nelayan dan jugak lori-lori dengan ice-box nak bawak hasil laut ke pasar-pasar lain. Wifey dan MiL turun untuk bertanya orang-orang kat situ lokasi pasar yang jual ikan segar tuh. Kitorang ingatkan dah sampai tempat yang betul tapi semua hasil laut dah habis diborong, rupanya salah tempat. 

Pasar yang betulnya ialah kat luar dari LKIM tuh je. Ada simpang ke kiri sebelum sampai gate LKIM kalau korang dari warung Aziz Sata tuh. Untuk lebih tepat, amik koordinat GPS ni untuk pasar ikan tuh;

4°14'19.84"N 103°26'44.61"E

Pasar tu takde la sebesar pasar Pasir Penambang kat Kuala Selangor tuh, kecik je. Tapi memang best la tengok seafood yang available masa kitorang sampai tuh. Zack beria-ia nak cari ketam, udang dan sotong. Dan memang murah rezeki dia sebab semua yang dia nak tu ada! 

Wifey pun beli sotong besar yang sangat segar, RM16 sekilo. Serius murah dan segar! Dah la besar saiz sotong tuh. Udang pun ada gak beli sket. Tapi harga udang agak mahal. RM50 sekilo. Tapi yang penting, segar... 

Tak semua shopping kat sini sebab tak semua ada ice-box. Tu la, lenkali, nak datang Kuala Kemaman, ice-box bawak siap-siap. Nak travel balik ke KL tuh kena la make sure hasil laut dalam keadaan baik. Bila selesai urusan kat pasar tuh, kitorang cari sata dan keropok lekor pulak.
Kitorang stop depan Banglo Bank Rakyat sebab kat area tuh banyak kedai dan gerai-gerai yang menjual sata dan keropok lekor. Aku beli keropok lekor kat kedai dalam gambar atas ni la. Siap beli homemade chili sauce lagi untuk diri sendiri dan jugak as souvenir untuk member-member kat office.
Pantai Geliga, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Selesai shopping keropok, sata etc, kitorang pergi lepak kat Pantai Geliga sekejap sebelum singgah masjid Geliga untuk solat. Layan la air laut China Selatan lagi sekali sebelum balik KL kan. Sempat la jugak aku feed stray cat sekor kat sini dengan wetfood yang aku bawak... he he.

Lepas selesai solat kat masjid Geliga, rombongan kitorang pun bawak haluan masing-masing untuk balik ke KL. Dekat pukul 11 malam jugak la kitorang sampai KL. Nasib baik hiway LPT dan Karak tak jammed. Tak cukup la 3 hari 2 malam ke Pantai Timur ni. Next time kena plan stay lama sket, baru boleh enjoy lebih banyak fresh seafood!

Saturday, March 24, 2012

Kuantan ; Lepak Dan Makan!

Lepas selesai majlis resepsi tuh, semua balik semula ke resort untuk rehat, gossip dan lepak. Ada yang tak sabar nak terjun swimming pool yang besar tuh. Aku teruja jugak nak berendam kalau rules tak strict la. Kalau kena guna proper swimming attire, terpaksa la aku lupakan niat nak terjun dalam jacuzzi pool. 

Dekat pukul 6.30 petang, aku ke Pantai Teluk Cempedak, tempat yang dah lama gila aku tak jejak. Masa dekat nak sampai ke pantai tuh, aku nampak kereta bersesak-sesak nak cari parking. Memang pack! Ada Restoren McDonald's pulak tu kat pantai. Happening gila Teluk Cempedak sekarang ni. 
Parking kat pantai ni RM2 sekali masuk sebelum pukul 12 malam. Lepas pukul 12, parking free. McDonald's tu pulak dibuka 24 jam! Memang tak putus la kot pengunjung ke TC sebab ada McD yang bukak 24 jam. 

Air laut China Selatan masa tu tenang je. Ombak pun kecik-kecik je. Sesuai la untuk rendam-rendam kaki. Ramai la jugak orang bermandi-manda. Batu-batu besar tepi pantai yang wujud zaman aku kecik dulu still there. Siap ada platform/track jalan kaki kat tepi batu/bukit. Tapi aku tak sempat la nak jalan kat track tuh sebab masa dah nak senja.   
McDonald's berkonsep taman...
Sebelum balik ke resort, kitorang singgah ke McD untuk hilangkan dahaga. Dinner malam ni katanya pengantin baru sponsor!!! He he... thank you pengantin! 
berdiri sambil tunggu meja kosong!
Lepas solat maghrib, kitorang semua (50 orang dewasa dan kanak-kanak) bergerak ke Tanjung Lumpur for dinner. Exact destination kitorang ialah, Ana Ikan Bakar Petai! Aku ingatkan kat Bangi je yang ada AIBP ni. Rupa-rupanya kat Tanjung Lumpur ni la asal-usul AIBP ni ek? 

Lokasi AIBP ni betul-betul kat tepi pantai. Banyak lagi gerai seafood lain sepanjang pantai ni, tapi kedai AIBP ni la yang paling penuh dan padat. Dah la kedai ni 2 tingkat, aku nampak ramai giler orang berdiri sebab nak tunggu turn meja dikosongkan. Memang digalakkan untuk buat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke AIBP. Kalau tak, memang terpaksa la berdiri menunggu macam kitorang dan orang-orang lain. 
sebahagian kecil dari 50 orang itu..he he
Sebab group kitorang ni besar, terpaksa la kitorang makan bergilir-gilir bila ada meja kosong! Bagi priority kat orang-orang tua dan kanak-kanak duduk dan makan dulu. Kitorang semua makan nasi putih dengan lauk... err..segala jenis makanan laut. Ketam, tiram semua tuh takde la. Ikan, sotong, udang dan kerang semua tuh ada la. Tapi memang best la makan ramai-ramai dengan lauk yang aku rasa lagi banyak dari nasi! Aku join group lelaki yang terakhir makan. Memang terpaksa jadi DBKL/MPK untuk habiskan segala jenis lauk! Tapi memang enjoy dan best! Makan sampai tak larat nak bergerak. Nak tinggalkan nanti membazir pulak.

Aku dengar bil untuk 50 perut makan dan minum tuh hampir-hampir mencecah RM700! Agaknya berapa la collection AIBP ni sehari ek? Kalau korang berada di Kuantan, aku rekemen la korang datang dinner kat AIBP ni. Buat tempahan dulu! Aku takde nombor telefon AIBP kat Kuantan ni. Korang cari la sendiri kat FB pun mungkin ada kot!

Aaahh..ta larat...nak balik bilik nak pengsan! Esok banyak program dan jauh perjalanan! I'm going to KemamanG to makanG-makanG and beli ikanG! He he...

Majlis Resepsi Ikhwan & Saffiah

Aktiviti hari ni diteruskan dengan agenda utama. Majlis resepsi la, apa lagi kan? Majlis dilangsungkan di dewan, dewan apa namanya aku dah lupa. Tapi jarak perjalanannya kira-kira 15 ke 20 minit menaiki kereta dari Teluk Cempedak.
Sebelum bertolak ke dewan tuh, adalah pulak insiden yang agak mengecohkan suasana berlaku. Tapi Alhamdulillah, insiden tuh takde la menjejaskan majlis pun. Semuanya smooth. Cuma yang mungkin slack sket ialah family photo la kot akan jadi kurang seragam...he he. Lawak pun ada jugak insiden tuh... 
pelamin yang cantik dan sweet

kek ni pun aku suka jugak...

one of the door-gift untuk keluarga pengantin perempuan
Masa sesi fotografi, kepala otak aku dah sampai ke Pantai Teluk Cempedak dah. Dah tak sabar nak jejakkan kaki ke tempat yang aku selalu pergi masa kecik-kecik dulu. Nak tengok banyak mana perubahan yang dah berlaku kat TC.

Apa-apapun, aku enjoy majlis resepsi tu. Semuanya best. Makan, pelamin, door-gift etc. Semoga pasangan pengantin diberkati, berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin.  
sebelum balik... aku takde dalam group photo ni sebab aku cameraman!

Kuantan Tembeling Resort

Assalamualaikum

Kitorang sampai kat resort ni dah dekat pukul 2 pagi. Semua dah tidur kepenatan. Diorang sampai lebih awal sebab diorang bertolak tengahari Jumaat. 

Aku masuk Kuantan dari Lebuhraya Pantai Timur melalui exit Gambang. Kadar tol yang kena bayar ialah RM16.90 dari Karak. Nak lalu jalan lama tak sanggup la pulak aku, dah la tengah-tengah malam pulak tu kan.

Rindu betul aku dengan bandar Kuantan ni. Betul-betul banyak perubahan. Masa masuk ke Jalan Gambang dari LPT tuh, sempat la jugak aku lalu kat TUDM Airbase, tempat aku lepak masa kecik-kecik dulu. Kalau dapat lepak kat airbase ni lagi sekarang ni kan best, boleh jugak aku usha MiG-29 tiap-tiap hari.
boleh nampak Laut Cina Selatan kalau tak silau 
Kuantan Tembeling Resort ni letaknya memang dah dekat sangat dengan Pantai Teluk Cempedak, satu lagi kawasan yang aku selalu pergi masa kecik-kecik dulu.  

Aku berjaya sampai ke resort ni dengan bantuan Garmin GPS. Hmm, tak la susah sangat sebenarnya, ikut je direction yang minah Garmin tu cakap, gerenti sampai! Cuma kalau korang drive sensorang pukul 2 pagi, memang sangat saspen la bila tengok direction ke resort tuh bila dah betul-betul dekat nak sampai sebab jalannya dah kena mendaki bukit kat tepi pantai yang banyak pokok-pokok dan hutan-hutan. Scary gak woo!!!
nampak garden macam ni pun dah segar jugak mata memandang
Resort ni aku perasan dah ramai owner yang tinggal, jadi tak boleh la kita nak beriang-ria huhahuha buat kecoh sesuka hati. Swimming pool attire pun memang strict. Swimming poolnya pun memang best sebab besar dan luas. Budak-budak kecik pun gerenti suka dengan pool kat sini. 

Next entry aku akan tunjuk gambar swimming pool yang agak cool tuh... sekarang nak kena bersiap untuk ke majlis resepsi pengantin lelaki pulak untuk pasangan pengantin baru, Saffiah dan Ikhwan!

Interested nak lepak sini, sila buat tempahan atau pertanyaan di sini.

GPS coordinate 3°48'9.42"N 103°22'17.81"E

Friday, March 23, 2012

Trip To Kuantan

Assalamualaikum

Balik kerja terus bersiap sedia nak gerak ke Kuantan, for another wedding reception wifey's cousin. Dah lama gila tak masuk bandar Kuantan. Sure banyak perubahan kot. 

Destinasi nak tuju hari ni ialah Kuantan Tembeling Resort di Teluk Chempedak. Masa aku kecik-kecik dulu, time duduk kat Kuantan, TC ni memang selalu la jugak aku pergi. Buat aku tak sabar je nak ke TC, mengimbas semula kenangan zaman kecik-kecik dulu. 

Asalnya nak bertolak pukul 9, tapi rileks-rileks kejap, dalam pukul 10 lebih jugak baru gerak...

Saturday, March 17, 2012

Kenduri Kahwin; Nurul & Fadhillah, Saffiah & Ikhwan.

Assalamualaikum

Hari ni ada 2 kenduri kahwin! Satu kenduri anak kepada orang kat office, lagi satu cousin wifey. Aku nak pergi 2-2 tempat kenduri tuh. The later tuh memang la nampak lebih penting, sebab sedara mara. Wifey pun dah ada kat sana dari malam tadi lagi masa majlis akad nikah.
meow dengan pattern yang unik kat dewan kenduri...
Mula-mula aku ke kenduri kahwin Nurul & Mohamad Fadhillah di Dewan Serbaguna AU5, Lembah Keramat. Aku sampai agak awal. Lepak dulu dalam Kelly sementara menunggu kroni-kroni lain sampai. 

Aku nampak Arman sekeluarga sampai. Aku joined diorang makan. Malas nak tunggu lelama sebab lepas kenduri ni nak kena menempuh traffic MRR2 ke Bangi pulak.  
pelamin simple, tapi cantik...
Sebelum ke Bangi aku singgah beli goreng pisang dan jugak cendawan goreng kat tepi Giant Taman Permata.  Memang aku akan ke gerai ni kalau terasa nak makan goreng pisang dan jugak cendawan goreng. Bukan 2 menu ni je yang ada, banyak lagi kuih goreng-goreng yang sungguh 'menyihatkan' yang dijual kat gerai ni. 
my favourite goreng pisang stall
Ni coordinate untuk Gerai Pisang Akak;  3°12'28.31"N 101°45'3.83"E. Kalau ramai tetamu kat rumah, boleh la datang borong goreng pisang atau kuih-muih lain kat gerai ni.

Aku selamat sampai ke Sg Merab untuk kenduri Saffiah & Ikhwan tanpa mengharungi traffic jam yang teruk kat MRR2. 

Tuesday, March 13, 2012

AAx Route To CHC Suspended?

Assalamualaikum

Pagi ni aku terbaca kat Morning Buzz, berita yang agak mengejutkan dan sangat mengecewakan aku.

AirAsia X dah stopped flying ke Christchurch!!! Biar betul ni labu??? Takkan aku nak ke sana naik MAS kot? Ke kena naik AAx to Melbourne pastu amik JetStar ke Christchurch? 

Kecewa 6 juta kali...just tell me it's not true...

Saturday, March 10, 2012

Ana Ikan Bakar Petai, Bangi, Selangor DE

Assalamualaikum

Malam ni brother-in-law aku belanja dinner kat tempat ni. Aku pun baru first time dine sini. Selama aku duk lalu-lalang ke Sungai Merab dari Plaza Tol Bangi ni, aku tak pernah perasan pun kewujudan tempat ni.

Camne aku boleh missed out this place?
Aku tak prepare pun untuk amik gambar beria-ria, so, first visit ni, aku snapped satu gambar je la. Tapi kalau sesiapa yang suka dengan seafood, boleh la datang menjamu selera kat sini. Dan dah nama tempat ni pun ada perkataan 'petai', jadi ada la menu-menu tertentu yang dimasak dengan petai ni. 

Untuk aku yang suka petai dan suka seafood, memang aku akan datang lagi ke sini bila ada duit lebih sket.

AIBP ni terletak kat sebelah balai bomba Bandar Baru Bangi. Lepas Plaza Tol Bangi, jumpa roundabout, amik first exit. AIBP on your right about 100 meters from the first exit tuh. Selamat mencari, dan selamat menjamu selera.

GPS coordinate N2.936368, E101.762897.

Waktu AIBP beroperasi aku tak 100% sure la, tapi aku rasa AIBP start business waktu petang dalam pukul 4-5 camtu la kot sampai la ke tengah malam. Dalam pukul 12 malam tuh rasanya diorang dah mula mengemas dah kot. Crowd pun aku tengok memang ramai, so, kalau boleh, datang la awal, or buat tempahan dulu. Kat FB pun ada kot page AIBP ni. Tak ye pun cari je kat blog review dari blogger-blogger lain yang lebih arif pasal AIBP ni, sure ada nombor telefon AIBP ni. 

Friday, March 9, 2012

Mamat Kampung Baru Yang Suka Posing

Assalamualaikum

Hari Jumaat yang mulia ni, macam biasa la lokasi lunch aku kat Kampung Baru. Dan gerai yang aku lunch tu memang banyak meow melepak; join lunch dengan pengunjung lain. 
lapar la bro!
Mangsa kamera aku hari ni ialah seekor/seorang mamat yang nampak agak tegap sasa dan berdada bidang. Aku memang suka dengan meow kaler macam mamat ni; mungkin sebab dah lama sangat takde meow kaler ni kat rumah.  
Dan mamat ni pulak, bila nampak aku nak snap gambar dia, dengan rela hatinya dan bersungguh-sungguhnya memberikan gayanya yang terbaik dan jugak penuh perasan hensem.
control macho giler!!!
Tak cukup dengan gaya berdiri, lepas tu duduk pulak. Geram je aku nak cilok bawak balik rumah!!! 
Dan seperti biasa, tulang dan isi-isi lebihan nasi ayam lunch aku tu dapat la dikongsi bersama mamat ni. Semoga kau kenyang la yer... 
memana kucing betina yang berminat yang berkenalan dengan i, carilah i kat Kampung Baru ok!
Seperti yang aku dah janjikan kat mamat ni, gambar kamu memang aku nak publish kat blog aku. Nak kasi kau glamour, hopefully ramai la awek-awek satu dunia yang berminat nak add kau kat FB!!!

Thursday, March 8, 2012

Banjir

Assalamualaikum

Semua tajuk utama surat khabar hari ni cerita pasal banjir kilat kot. Takziah jugak kepada keluarga yang kehilangan anak lelaki mereka akibat tanah runtuh yang mungkin berpunca dari hujan yang lebat ni kot. Wallahualam. 

Kesian dengan pemilik-pemilik kenderaan yang tak sempat nak alihkan kenderaan diorang, tenggelam habis. Macam yang aku nampak kat open parking Jalan Kia Peng semalam la masa on the way balik dari kerja. Yang masyuk mesti lah pemilik tow truck kot. Berapa banyak kereta tenggelam malam tadi kan? 

Simpati jugak aku dengan officemate aku. Rumah dia kat area Hulu Langat, memang terjejas teruk kali ni. Betapa besarnya dugaan Allah beri kat dia. Semoga dia tabah. Aku dengar dari kawan-kawan kat opis cakap, banjir kali ni menenggelamkan rumah dia sampai nak cecah bumbung rumah. Sebelum ni memang kawasan rumah dia selalu terlibat dengan banjir kilat ni. Tapi selalunya takda la tenggelam sampai tinggal bumbung rumah je. Kalau air naik sampai paras bumbung rumah, bayangkanlah apa jadi kat barang-barang kat dalam rumah tuh. Sedihnya. Pasti ada hikmah di sebalik dugaan ni. 

Ada satu je perkara yang aku tak sedih bila banjir kilat semalam; ada bar tempat manusia-manusia meneguk arak ditenggelami air. Biar business diorang ni lingkup pun takpe. Aku ingat lagi, tempat ni la dulu kantoi sebab buat pakej buka puasa, tapi serve liquor jugak at the same time. Apa nak jadi la... 

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday; Flash Flood KL

Jalan Raja Chulan next to Pavillion Mall

Jalan Kia Peng before Novotel

Jalan Kia Peng from pedestrian walkway

one of the flash flood victim

and many more at open parking next to Novotel

photo taken from pedestrian walkway 

Sunday, March 4, 2012

Betapa Bersihnya Kualiti Air Paip Sekarang...

Aktiviti ke 2 hari ni, ye... tukar filter Bio Aura!!! Dah lebih setahun dah filter A, B dan C bekerja. Memang dah sampai masa untuk tukar!!!
Ni dia filter A yang aku order, RM79 satu. Mahal ke murah ni ek? Ke ada lagi stockist yang boleh kasi lagi murah daripada yang aku dapat ni? Aku tengah cari filter B dan C pulak ni.  
Tengok perbezaan penapis air kat atas ni pun sure korang rasa ngeri kan? Yang atas tu penapis yang aku baru amik tu la, kat bawahnya penapis yang dah bekerja setahun lebih... 
Tu kalau ada penapis kat rumah. First filter pulak tu, hopefully dengan 6 filters, boleh la bersihkan air paip tu sebersih yang boleh. Kalau kat rumah takde penapis air, asyik guna air masak directly dari paip tuh, macamana la agaknya organ-organ dalam badan kita ni ek? Berkarat jugak macam besi ke? 

Padan Muka Kena Mandi!!!

Assalamualaikum

Walaupun cuaca asyik mendung je lately, tapi kewujudan matahari yang terik hari ni telah berjaya merisaukan Ronaldo! Dah nampak tuan dia balik Gombak, lepas tu pulak dengan badan Ronaldo yang macam baru lepas berkubang, hmm, Ronaldo dah boleh predict apa yang bakal berlaku!!!

Macam biasa la, gambar masa mandi memang kena censored takut menjatuhkan maruah Ronaldo!
berjemur di atas Kelly

menyesal aku tayang muka kat rumah hari ni...
Ayat syahdu Ronaldo,

"Ku sangke mendung sampai bile-bile, rupenye matahari terik pulak di petang hari ni..."

Saturday, March 3, 2012

Kenduri Kesyukuran Faiz

Assalamualaikum

Petang tadi ada majlis menyambut menantu/kenduri kesyukuran sempena perkahwinan Mohd Faiz Abu Samah di kediaman keluarganya di Ayer Panas. Aku dan wifey sempat la pergi sekejap sebab sebelum tu ada event lain yang kitorang attended.
sorang merajuk tak dapat popia, bapaknya pulak sibuk membukak tali belon yang terbelit...
Asalnya kenduri ni nak buat simple je dan jemputan hanya keluarga terdekat. Tapi ntah macamana, jadi meriah dan ramai gila tetamu dan jemputan yang datang. Alhamdulillah.

Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini berkekalan dan diberkati selamanya, Amin.

Thursday, March 1, 2012

Mode; Malas

Assalamualaikum

Lately macam malas nak update blog walaupun bertimbun-timbun bahan yang nak dikongsi. Rasanya, semua blogger pernah lalui fenomena malas nak update blog ni. Mungkin sebab takde mood, terlampau sibuk dengan urusan keluarga, kerja dan sebagainya, ataupu keadaan kesihatan tak mengizikan. 

Aku memang totally malas sekarang ni. Ni merajinkan diri sekejap dengan harapan dapat motivate diri sendiri untuk buat posting yang banyak tertangguh tuh. 

Ada gak terasa nak tukar nama blog ni dengan photo headernya tuh. Dah ramai jugak kawan-kawan blogger yang tukar photo header dan tukar nama blog. Bukan apa, dah agak boring dengan photo header ni, memang dari dulu lagi guna gambar yang sama je...tapi bukan bermakna aku dah tak suka tengok gambar MU tuh. Semangat keMUan tuh tak terjejas ponggg... ha ha. 

Nak tukar nama blog ni pun nak tukar ke nama apa pulak ek? Ada apa-apa idea menarik?

Terasa nak pergi ke New Zealand pun ada jugak. Excited pulak rasanya bila tengok Aizat Amdan dan seluruh kaum keluarga dia pergi bercuti ke sana kat dalam TV tu. Tapi ongkosnya takda... kena la survey Air Asia X, mana la tau ada promosi yang berbaloi ke NZ tuh. Come on Mijoe...cepat kumpul duit dan buat draft cuti ke NZ!!!

Dah...stop melalut dan balik rumah lagi bagus. Hopefully dapat sampai rumah pada masa yang wifey cadangkan tuh... 2130hrs. Ada projek besar pulak my darling ni.

Projek Untuk Esok

Mantop jugak nasi beriyani longkang neh; kena plak dengan lauk ayam goreng panas. Tapi macamana aku nak menikmati kalau ulcer kat atas bibir aku ni tengah membesar dengan jayanya.

Lebih sesuai tapau je. Sebab kalau nak makan kat warung tuh, memang takde feel la. Dah la nak kena mengadap dinding, kalau usha bawah meja kang, hilang selera pulak. Lorong tu pulak agak panas kalau pada hari-hari biasa kat Malaysia ni. Malaysia pun memang khatulistiwa... gila lama aku tak guna term ni!!!

Hopefully kawan aku mampu la bawak bungkusan nasi beriyani tu dengan motor esok. TQ Bro!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...