Kelly 3572

Saturday, February 25, 2012

Travel North; Wedding Shahrul & Shuhada

Assalamualaikum

Checked-in kat homestay somewhere around Taman Desa Jaya, Taiping, almost 0400hrs. Ni sebab aku mengantuk, stopped lama kat R&R Tapah. Kesian pulak Pak Anjang lama kena tunggu kitorang sampai untuk bawak kitorang ke homestay tuh.
kad jemputan
Majlis resepsi diadakan di dewan. Jarak dari homestay ke dewan tu tak la jauh sangat. Dalam 10 minit je dengan kereta. Kitorang pun keluar dari homestay tu dalam pukul 1100hrs. Sampai awal so that boleh la tolong apa-apa yang patut.

dewan; di awal majlis
Cuaca nampak agak baik, tetapi memandangkan ni adalah Taiping; kawasan paling lembab di Semenanjung Malaysia, maka kenalah be prepared takut hujan pulak anytime. Memang dah ada nampak awan nano di kaki  langit.   
ketibaan pasangan pengantin
Pasangan pengantin tiba di dewan lebih kurang jam 1345hrs. Macam biasa la dengan diiringi paluan kompang; ayat skema dalam karangan. Masa ni cuaca tengah panas terik.  
dewan; selepas majlis hampir tamat
Bila majlis dah hampir selesai, baru la hujan turun dengan sederhana lebat. Aku, wifey dan Zack si bapak Tisya balik ke homestay untuk kemaskan semua barang-barang yang masih lagi kat dalam rumah tuh. Settled kemas barang, kitorang balik semula ke dewan majlis kenduri tuh sebab Pak Anjang kasi special treat; mee udang! Baru je planned nak pergi cari mee udang kat Kuala Sepetang. Kansel la nampak gayanya sebab dah dapat makan mee udang free yang Pak Anjang tempah. Next time la kot ke Kuala Sepetang!

Terdengar desas-desus macam ada kumpulan konvoi dari KL ni akan ke Penang dan jugak Cameron Highland. Aku rasa lebih cenderung untuk ke Penang memandangkan penginapan pun tak menjadi masalah, plus excited nak tengok new toys for big boys.  
kalau tak hujan, bukan Taiping la maknanyakan...
Bila semua dah selesai, maka, 3 buah kenderaan bergerak ke Penang dan lagi 2 buah ke Cameron Highland. Aku dengan wifey je yang akan ke Seberang Jaya untuk bermalam di rumah TortApaiHanaHani. The rest, diorang pergi checked-in kat Bayan Lepas. 

On the way ke Penang tuh hujan lebat, nasib baik la Taiping ke Penang tuh tak jauh sangat. Terpaksa bawak Piji dengan slow sebab hujan yang sangat lebat.

Sampai destinasi pun memang tak ke mana-mana dah malam tuh sebab penat. Dinner pun dengan lauk-pauk lebihan kenduri yang sangat banyak tuh. Esok je la masuk pulau sebelum balik KL.

4 comments:

Ninie Hanis said...

Taiping tempat kelahiran saya..pernah ke mkn koew teow Doli? Sy takleh cerita panjang nanti mengidam. Kalau blom cuba sila tanya pak anjang anda nanti ye. :)

Mijoe said...

kuey teow Doli? belum penah lagi. tu kat Taiping ke Ninie? nanti aa saye tanye Pak Anjang or google sendiri..he he. Kalau teringin, balik le Msia cepat2..he he

Ninie Hanis said...

ye kat tepen..kat pekan dia.sng je cari,leh je tanya local ppl.xde la ngidam,sbb dr kecik mmg mkn gerai dia (now dah kedai restoren).dulu2 tapau pun bungkus ngan daun pisang woo..

Mijoe said...

sure sambil mengomen ni air liur meleleh2 ni kat tepi bibir tuh.. :p

next time ke tepen, akan ku cari sampai lubang cacing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...