Kelly 3572

Saturday, February 4, 2012

Selamat Pengantin Baru Mona Zamira & Helmie Ansarie

Siang tadi dah penat dengan majlis pernikahan sepupu wifey kat Cheras, malam pulak ada lagi satu kenduri kawin yang aku dan wifey attended. Kali ni kenduri anak perempuan salah sorang boss kat office aku pulak.
Gambar dari kamera kawan aku
Aku dan wifey keluar rumah lepas selesai solat maghrib memandangkan jarak rumah aku dengan lokasi Hotel Grand Seasons tempat majlis tu diadakan tak la jauh mana. Less than 10 minutes je. 

Kroni aku pun dah sampai lebih awal sebab diorang solat maghrib kat surau hotel tuh. 
mak Ali, bapak Ali dan Ali the baby...
Aku dan kroni ditempatkan satu meja yang boleh memuatkan 10 perut dewasa, tapi setakat ni cuma ada 4 sahaja perut dewasa diikuti oleh ketibaan seorang lagi kroni bersama isteri dan baby kesayangannya.  So, all together dah 6 perut dewasa dan 1 perut baby. He he. 
Bila semua tetamu dah sampai, maka semua orang menunggu saat yang dinanti-nantikan, iaitu makan..ehh..ketibaan pengantin dan tetamu VVIP yang lain. 

Pengantin sampai lebih awal. Lepas tu semua orang pun menunggu ketibaan para VVIP. Pengacara majlis pada malam ni ialah pelakon fofuler iaitu Radhi Khalid. Tapi sayangnya aku tak sempat nak jumpa dan bergambar dengan public figure itu. Aku suka jugak la dengan brader tuh. 
bapak Ali rasa macam ada lagi menu yang diorang belum serve...he he
Bila semua VVIP sampai, maka, acara merenjis pun dijalankan. Dimulakan oleh VVIP yang baru sampai tuh.. baru sampai ke atau yang agak lambat sampai? Aku tak sure... biiiiiiggggg boss aku la tuh...ha ha. 

Lepas tu baru la acara makan-makan dimulakan... nampak sangat aku ni memang tunggu time makan je..cheh! Wat malu kaum je. Tapi okay la time makan sebab duduk pun dengan kroni-kroni sekepala so tat perlu table manners dan control macho dan ayu sangat...ha ha. Door gift? Toblerone yang panjang 5-6 inci tuh. Sempat la amik lebih sket sebab meja tak penuh.   
what a lovely pelamin!!!
Balik rumah dengan perasaan gembira sebab kekenyangan dan dapat toblerone lebih..he he!

Ohh, lupa pulak. Kepada pasangan pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan ni diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...