Wednesday, February 1, 2012

Selamat Hari Wilayah

Assalamualaikum

Selamat Hari Wilayah kepada semua yang kerja dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan jugak Labuan. Selamat bercuti. 

Entry hari ni tak boleh nak jadi wordless Wednesday sebab banyak aktiviti yang berlaku. Wifey pun kerja hari ni sebab tak masuk dalam kawasan WPKL..he he. Aku macam biasa la jadi driver hari ni.
Lepas hantar wifey ke office, aku ke Ampang Point untuk settlekan housing loan kat Ambank. Kena la cari branch terdekat yang dalam negeri Selangor since KL branch semua cuti. Nak cari parking area Ampang Point tuh pun memang agak susah. Ramai jugak orang-orang yang bercuti hari ni ambik kesempatan pergi bank dan jugak bawak anak-anak breakfast bersama kat kedai-kedai dan warung-warung. Terkejut jugak aku bila ternampak ada HSBC Amanah kat situ! Padahal branch tu memang dah lama wujud. Boleh aa kuakan RM untuk bayar hutang pulak nanti.

Yang best tentang parking kat area Ampang Point ni ialah parking meter yang murah. Chargenya RM0.10 sen untuk setiap 12 minit! Bestnya... sejam baru RM0.50 sen kan? Aku sumbat RM0.30 sen, pastu terus pergi ke HSBC Amanah. Lepas tu ke Ambank. Lengang je compared to Maybank kat sebelah Ambank tuh. Urusan kat Ambank settled in less than 5 minutes. Ambank memang efisyen! Kat KL branch yang aku selalu pergi tuh pun memang efisyen.

Keluar je dari Ambank, aku terus ke Piji, tengok balance ada tinggal 24 minit lagi. Takkan nak chow pulak kan, rugi la RM0.20 sen aku tuh. Terus aku masuk Restoren Pelita, order roti telur bawang dengan teh tarik untuk habiskan masa 24 minit tuh.

Lepas breakfast, balik rumah untuk lepak kejap dan keluar balik dengan Kelly. Isi perut Kelly sampai penuh, then ke Damai untuk replace card Touch N Go wifey yang dah expired. Tapi bila aku sampai depan office TnG tuh, tengok tutup la pulak sebab cuti Hari Wilayah. Dah tertunda satu plan. Terus aku ke Citibank untuk bayar hutang. Jalan dalam KL memang lengang hari ni, memang best drive dalam town time public holiday ni. Kejap je sampai Citibank, kejap je settle hutang-piutang.

Dari Citibank, aku terus ke Gombak untuk hantar baju wifey untuk dry-cleaning kat dobi di Greenwood. Dari kedai dobi, aku balik rumah Fama pulak untuk lunch dan solat Zuhur.
Aku keluar dari rumah Fama dalam pukul 1515hrs untuk ke Samsung Service Centre, Petaling Jaya, nak amik bateri netbook yang aku dah order minggu lepas. Menurut email yang Samsung hantar kat aku hari tu, harga bateri netbook tu RM284.20 dan warantinya selama 6 bulan. Ok la dari aku beli kat Low Yat. Aku tanya kat Samsung Low Yat, diorang cakap harga bateri RM180, tapi warantinya seminggu je.

Samsung Service Centre ni letaknya kat tepi Lebuhraya Persekutuan, berdekatan dengan Avon, Mazda dan beberapa showroom kereta lain. Memang boleh nampak dari hiway tu. Cuma kalau dari KL, bagi orang macam aku yang tak familiar sangat dengan area PJ ni, kena la study map dulu kot sebelum ke sini. Aku buat u-turn kat Jambatan Pulau Pinang (LDP) tu. 
Nak dapat parking depan Samsung tuh pun agak susah jugak. Tapi sebab bawak Kelly, senang la menyelit. Masuk dalam service centre tuh, aku amik tiket untuk product collection dan tunggu giliran. Ramai jugak la orang masa tuh. Most of them aku perasan datang untuk hantar dan collect smartphone la. 

Masa aku amik bateri netbook tuh, aku tanya la staff yang attend aku tuh pasal waranti bateri ni. Dia cakap waranti cuma sebulan je. Aku control je la masa tu sebab dah ada perasan confused dan bengang jugak. Masa customer service Samsung called aku untuk collect bateri ni pun, dia cakap waranti 6 bulan. Sekarang minah yang attend aku ni cakap 1 bulan pulak! Nak kena buat official complaint kat Samsung HQ kat Korea la ni...

Dah selesai urusan bateri ni, aku pun balik la semula ke rumah sementara tunggu wifey call to pick her up kat office. Habis satu hari cuti yang berjaya aku manfaatkan untuk settlekan banyak hal, kecuali replace TnG tu je yang tak berjaya. Aku kena charged bateri baru netbook tuh 8 jam. Nak tengok berapa lama bateri ni boleh bertahan. Apa-apa hal pun, Selamat Hari Wilayah, maaf zahir dan batin! Ha ha ha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...