Friday, February 10, 2012

Oak Park, Melbourne, Victoria, Australia

Masa booking ticket AAx dulu, wifey added in-flight entertainment, meals dan jugak extra baggage. Saja je amik entertainment sebab long flight kan. Meals dan extra baggage untuk masa balik tu memang WAJIB la amik sebab dah tahu nak balik nanti mesti beg yang ada ni akan beranak-pinak dan bertambah berat!
in-flight entertainment, tak berbaloi amik...
Lepas ni kalau nak fly dengan AAx, aku rasa macam tak berbaloi nak amik entertainment ni sebab agak tak berbaloi, dan yang lebih penting tak selesa memandangkan skrin tablet tu dah menggunakan ruang meja tempat letak makanan tu. Rasanya lebih baik tengok movie dari laptop, netbook ataupun tablet sendiri. Takpe la, ini cuma pendapat aku je la. Ataupun, fly ke destinasi yang jauh dengan premium airline lain yang ada built-in screen kat depan setiap penumpang, senang dan lebih selesa.

Akhirnya, kitorang tak gunakan sangat pun tablet yang AAx kasi tuh, sebab sepanjang flight tuh, kitorang lebih banyak menghabiskan masa dengan makan dan tidur! Penat rushing dari KL ke LCCT petang tadi menempuh trafik jam peak hours sebab tersalah pilih laluan nak ke Nilai asalnya, tapi sebab dah lewat, terus ke LCCT.
Melbourne International Airport, Tullamarine
Lepas 7 jam 50 minit di udara, akhirnya flight kitorang mendarat dengan selamatnya, walaupun tak berapa smooth, di Melbourne International Airport, Tullamarine pada pukul 0915hrs (GMT+11). Keluar je dari flight tuh, kena aa snap gambar 2-3 keping. Lepas tu baru la pergi ambil luggage.

Selesai urusan mengambil beg, tiba la saat yang agak menggerunkan, nak beratur melepasi immigration Australia yang terkenal dengan peraturan yang ketat dengan barang-barang yang kita bawak, terutama sekali barang makanan. Tapi aku dan wifey dah sepakat dari awal lagi untuk tak bawak segala jenis makanan sebab takmo kerugian; in case barang-barang tu dirampas. 

Cuma masa dalam flight tuh, aku baru tersedar yang aku ada terbawa sample makanan kucing; 4 paket kecik dalam beg galas Nike aku. Masa baca Australia passenger arrival card tuh pun, dah ada stated that animal or pet food strictly not allowed. Maka terpaksa la aku buang 4 paket sample makanan kucing tuh; tinggalkan kat seat aku dan jugak buang dalam dust bin toilet AAx tuh.

Beratur kat immigration tuh pun satu hal, barisan panjang gila!!! Memang dekat sejam jugak la kitorang beratur. Alhamdulillah, tiada apa-apa drama ataupun insiden yang tak diingini berlaku pada kitorang masa kat immigration tuh. Terus je diorang kasi kitorang dan segala beg keluar ke arrival hall dengan jayanya.
rumah kitorang tumpang menginap di Oak Park
Sebaik keluar dari arrival hall, wifey pun cuba contact kawan dia masa kat IIUM dulu, Khairul Azami (KA) yang tengah buat program PhD di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT). Kitorang akan bermalam di rumah KA untuk malam ni dan jugak malam terakhir sebelum balik semula ke KL nanti.

Bila dah berjaya contact KA, kitorang tak melepaskan peluang untuk berposing sakan kat luar Melbourne Airport sambil menunggu KA datang kutip kitorang...he he.

Tak lama lepas tu, KA sampai bersama dua anaknya. Kitorang sampai ke rumah KA di Oak Park kira-kira 15 minit perjalanan dari airport. Cuaca pagi ni dingin, berangin dan jugak ada matahari?? Isteri KA menyambut kitorang dengan homemade breakfast. Aku dan wifey tak melepaskan peluang untuk check out kawasan rumah diorang yang penuh dengan sayur-sayuran tanaman sendiri. Rajin betul Puan Rozi (PR) neh! Daun kesom, serai, tomato, strawberry, chili, tembikai semua ada diorang tanam!
selepas solat Jumaat di Oak Park 
Aku join KA untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan. Kitorang berjalan kaki je untuk ke masjid tu sebab aku nak tengok suasana sekitar Oak Park. Sebenarnya premis tu pada asalnya bukan la sebuah masjid. Menurut KA, ianya adalah sebuah rumah yang telah diubah suai untuk menjadi masjid. 

Aku rasa terharu bila nampak jemaah yang ramai memenuhi ruang masjid tu masa solat Jumaat tu. Kebanyakkan dari mereka aku nampak berketurunan Arab. Ada la jugak beberapa orang Melayu Malaysia yang kelihatan di masjid tu selain daripada aku dan KA.
view masjid An-Nur dari luar
Selesai solat Jumaat, kitorang balik ke rumah KA semula. KA pulak terpaksa ke RMIT. PR akan hantar kitorang ke DFO Essendon untuk program shopping pertama kitorang. KA ke RMIT dengan menaiki tren, isterinya akan menghantar kitorang dengan menaiki kereta untuk ke DFO Essendon. Sebenarnya boleh je kalau kitorang nak pergi sendiri tanpa perlu menyusahkan PR, tetapi memandangkan ini pertama kali kitorang sampai sini, PR mempelawa untuk menghantar kitorang ke DFO tu yang letaknya kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kereta dari Oak Park. Cuma masa balik nanti kitorang akan cuba balik sendiri dengan menaiki bas dan jugak tren setelah diberi penerangan yang detail oleh PR.

DFO Essendon ni terletak kat sebelah Essendon Airport. Benda yang pertama sekali kitorang wifey cari masa kat DFO ni ialah set pinggan mangkuk Corelle dari US yang terkenal dengan daya tahan lasaknya dan jugak corak-corak yang menarik. Bila dah jumpa outlet Corelle, terus wifey menjalankan operasi membeli dan membelah...

Hasilnya, 2 kotak set Corelle 16 pieces berjaya dirembat oleh wifey. PR tolong bawak balik 2 kotak Corelle ni sebab dia nak terus balik rumah sementara kitorang terus sambung shopping dan jalan-jalan di DFO tuh.

Masa kat DFO tu jugak, kitorang lepak kat foodcourt. Ternampak pulak satu outlet kat situ Hava Kebab yang menyajikan makanan halal. Teruja nak mencuba, kitorang order la Cheese & Spinach Borek (AUD$7.50) dan jugak Chips (AUD$3.00).

Lepas makan, wifey masuk pulak kedai kasut sebab nak beli sport shoes yang baru. Kebetulan kasut yang sedang dipakai dah mula buat hal, maka dapat la sepasang kasut Sketchers yang comel yang berharga AUD$39.00. Tengah sale! Minah Aussie promoter kat Sketchers tu seriously sangat friendly dan baik. Walaupun dia sorang-sorang je dalam outlet tu masa kitorang masuk, customer pulak ramai, tapi dia layan each of the customer very well. 

Dah settled dapat kasut baru, baru la kitorang bergerak ke bus stop DFO untuk ke stesyen tren Essendon; nak balik ke rumah KA. Sistem pengangkutan awam di Melbourne ni memang efisyen jugak la. Bus stop kat DFO Essendon ni pun ada jadual elektronik ketibaan bas mengikut laluan masing-masing. Kitorang tunggu bas bernombor 903 - Altona untuk ke stesyen tren Essendon. Selepas sampai di stesyen tren, kitorang naik pulak tren untuk ke Oak Park. Dan setelah sampai di stesyen Oak Park, kitorang menapak je la sejauh 15 minit ke rumah KA di Snell Grove. Kitorang beli 2 hours Metcard ticket yang berharga AUD$4.00 per person yang boleh digunakan untuk menaiki bas, tren dan jugak tram dalam jangkamasa 2 jam selepas tiket itu dibeli.

Sampai kat rumah KA, kitorang lepak dan merehatkan badan. Malam ni ada sorang kawan wifey masa kat IIUM dulu; Naimah yang kebetulan tengah sambung belajar jugak di Melbourne ni akan datang untuk berjumpa dengan tetamu dari Malaysia ni.

Esok kitorang akan ke Melbourne CBD, check-in di Nova Stargate Apartment-Hotel untuk selama 3 malam, lebih dekat untuk buat aktiviti-aktiviti meneroka negeri Victoria ni. Bawak barang yang diperlukan je la untuk 3 hari berikutnya. Beg-beg besar dan barangan lain yang dah dibeli tuh, tumpang tinggal kat rumah KA dulu la sebab kitorang pun memang akan bermalam lagi di sini sebelum balik ke Malaysia nanti. So, tak payah la nak angkut semua ke hulu ke hilir kan. Terima kasih yang tak terhingga buat KA dan PR untuk accomodation dan layanan 5 star yang superb. Jasamu dikenang!

Penat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...