Kelly 3572

Friday, February 3, 2012

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum

Pagi tadi seperti biasa aku naik bas ke Stesyen LRT. Bila sampai area Taman Bunga Raya tuh aku perasan kenderaan beratur panjang dari depan TAR College sampai la melepasi warung Mali's Char Kuew Teoy tuh. Ni mesti ada apa-apa ni, sebab tak pernah-pernah jalan kat area ni jammed macam ni.

Bila nak turun bukit dari Taman Bunga Raya ke Jalan Genting Kelang tuh aku dah nampak orang ramai berkumpul kat simpang 3 nak masuk ke Jalan Malinja 3 ni. Bila bas yang aku naik tuh dah dekat dengan simpang 3 tuh, ni la gambar yang aku berjaya rakam. Gambar tak berapa cantik sebab bas tengah bergerak.

Aku perasan ada motor sebijik dan kereta Proton Wira Aeroback ni tersadai kat tepi jalan. Bila bas nak masuk Jalan Genting Kelang, baru la aku perasan satu mayat yang dah ditutup dengan surat khabar terlentang kat tengah-tengah jalan. 
Masa aku amik gambar ni ialah pukul 0809hrs. Untuk cerita yang lebih lengkap, sila baca blog Ondscene.

Ada jugak sorang-dua office-mate aku yang lalu jalan ni tengok kemalangan ni. Memang macam baru berlaku jugak ni. Berhati-hati la ketika berada di mana sahaja, terutama sekali ketika berada di jalanraya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...