Thursday, February 9, 2012

Kren Bangunan Dalam Pembinaan Jatuh!

Assalamualaikum

Hari ni aku cuti. Maka berjalan-jalan la aku kat sekitar KL dan area office untuk menyelesaikan beberapa perkara penting. Bawak Kelly, parking kat depan Pusat Kraftangan kat Jalan Conlay. Bayar parking DBKL untuk 3 jam, dah cukup.

Lebih kurang jam 1300hrs, aku menapak ke Bangunan Tabung Haji untuk buat simpanan sikit dan misi mencari sejadah nipis yang senang untuk dibawa ke mana-mana. Aku menapak melalui Jalan Binjai tu la. Bila dekat nak sampai simpang ke PNB Darby Park tuh, aku dengar siren polis yang agak kuat dan berbondong-bondong!???

2 buah kereta peronda melepasi aku. Uih? Sure ada pape yang super urgent ni kot. Ada rompakan ke? Ada pergaduhan ke? Aku dah tak perasan mana kereta peronda tu menghilang. Sampai Tabung Haji, selesaikan urusan, lepas tu berjaya jugak jumpa dan beli sejadah nipis tu kat kedai runcit di pintu belakang Tabung Haji tuh. RM10 sehelai harganya. Balik!!!
Bila aku sampai dekat simpang nak masuk ke Jalan Binjai semula, aku nampak ramai orang berkumpul kat simpang tuh, kereta nak menuju ke arah Menara Citibank dan Hotel Nikko berpatah balik. Lepas tu aku nampak 2 buah kereta peronda polis parking melintang menghalang dan menutup laluan ke arah Citibank tuh. 

Aku approached 2 brader yang tengah lepak atas motorsikal kat simpang tuh dan tanya diorang pekejadahnya yang dah jadi? Diorang bitau la pasal kren kat top floor bangunan under construction tuh jatuh. Aku dengar pun seriau jugak, tu memang kawasan laluan aku jugak kalau balik dari lunch kat Kampung Baru ataupun pergi bayar hutang kat Citibank tuh.

Kawasan tuh memang agak sibuk dengan kenderaan dan pejalan kaki. Lebih-lebih lagi waktu lunch. Tapi aku lega dan bersyukur sebab takda kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Cuma ada kereta yang kena hempap je la. Nasib baik takda orang dalam kenderaan tu. Nak baca laporan yang lebih baik, sila baca kat Ondscene ni ok!

Lepas ni memang aku akan lebih berhati-hati bila melalui kawasan bangunan dalam pembinaan!!! Buat la lagi banyak-banyak bangunan tinggi ye!!!

Happy Birthday to my beloved Mama! Panjang umur, murah rezeki dan diterima segala amal ibadah selama ini, Amin!

2 comments:

Ninie Hanis said...

bahaya sungguh..baca kat link yg diberi ramai yg komen memang ciri2 keselmatan bgunan tu diambil mudah.teruk betul..boleh saman tak sykt cons tu?

Mijoe said...

itu la pasal Ninie...serius sekarang saye fobia gak nak lalu tepi2 bangunan tinggi yg under construction. Tapi tu la, Malaysia ni, selagi boleh nak buat banyak bangunan tinggi kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...