Kelly 3572

Monday, February 6, 2012

Birthday Mama & Hani a.k.a Ria a.k.a Puteri Sekunder?

Oleh kerana esok cuti sempena perayaan Thaipusam, maka malam ni kitorang semua kecuali Abang Besar dan familynya keluar makan-makan ke Cyberjaya. Kebetulan jugak TortApaiHanaHani bawa MamaPapa  check-in kat Pullman Putrajaya Lakeside, tu yang acara makan-makan pun dibayar kat Restoren Saba, Cyberjaya.
lapar lapar...
Diorang semua checked-in tengahari tadi. Aku, wifey dan KitamZura je yang bertolak dari rumah ke Cyberjaya. Dah lama jugak aku teringin nak makan kat Saba ni. Kononnya nak dine dekat Saba Setiawangsa, tapi tak jugak pergi, padahal dekat je dengan laluan pergi balik kerja tiap-tiap hari.  
Alhamdulillah...dah kenyang!
Sebab dah selalu sangat makan menu dari Middle East ni, malam ni aku makan nasi mandy ayam je. Kebiasaannya memang aku belasah kambiang je kan. Oo tidak...dah muak la pulak dengan mandy kambiang tuh. Tapi aku order jugak sup kambiang. Kata dah muak dengan kambiang...memang dasar kambiang! Aku dan kambiang memang tak boleh dipisahkan...ha ha ha.
Selepas memenuhkan perut masing-masing, semua ke Pullman untuk usha-usha bilik hotel ni. TortApai booked 1 unit that came with 2 rooms, one for them and the other one for MamaPapa. Sebelum ke hotel, aku, wifey dan Kitam ke Secret Recipe untuk beli birthday cake untuk Mama dan Hani.  
Hotel ni agak unik. Ada 4 blok hotel ni yang dibezakan mengikut reka bentuk serta tema etnik Melayu, Cina, India dan jugak Dayak. Lobby hotel ni pun kat underground, jadi takda masalah sangat kalau keadaan cuaca yang tak berapa elok masa nak check-in ataupun check-out. Gerenti tak kena hujan atau berpeluh kepanasan. Menarik jugak la hotel ni.
kalau siang hari boleh la nampak tasik tuh...
Ada duit lebih sket nanti, boleh la try stay kat sini 1 malam. Mana la tau buffet breakfast menarik.
yummy!!!
Lepas acara potong dan makan kek tuh, baru la aku, wifey dan KitamZura bergerak balik ke rumah masing-masing. Nasib baik la esok cuti. Kalau tak, sure akan rasa malas bermacam-macam je nak pergi keje.
birthday girls!

2 comments:

Ninie Hanis said...

berapa ek 1 malam?mcm menarik..

Mijoe said...

hari tu browse website Pullman tuh rasanya paling murah pun dalam RM500 lebih kot. Mahal kan? :(

utk special occasion ok la kot. anak2 sedara den suka swimming pool kat situ..Zaid Jr pun nanti sure suka tuh.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...