Kelly 3572

Monday, February 6, 2012

Beli Belah Di Parkson KL Festival City

Assalamualaikum

Pergi jenjalan kat Parkson cawangan KL Festival City petang tadi bukan la shopping sebarangan. Kalau ikut harga betul, memang beratus juta Ringgit duit aku dah habis! Tapi sebab ni miniature ataupun replika je, maka, dapat la harga yang lebih murah. Tambah lagi murah sebab aku ada Bonuslink card.
Lepas puas merayau kat toys section, aku dapat jumpa 2 model ni je untuk menambahkan kekuatan air fleet aku kat rumah tuh.  
Mula-mula aku terjumpa dengan Grumman F-14 Tomcat. Setahu aku, pesawat ni banyak digunakan oleh tentera laut Amerika Syarikat yang menggunakan kapal-kapal pengangkut. Itu dulu la, sekarang ni, kalau mengikut sumber Wikipedia, US Navy dan jugak USAF pun dah tak guna dah pesawat ni. Mungkin tentera udara Republik Iran je yang menggunakannya sekarang ni. 

Lepas jumpa Tomcat, aku usha lagi toys section tuh sampai la aku terjumpa dengan replika jet yang selalu buat airshow secara berpasukan tuh, General Dynamics F-16 Fighting Falcon. Berbeza dengan Tomcat, F-16 ni masih lagi digunakan dalam kebanyakan angkatan tentera udara. Dan model ni jugak masih lagi dalam production, demand masih ada la tuh. 
Kalau sesiapa yang pernah dengar pasal Thunderbirds tuh, ha ni la pesawat yang digunakan dalam pertunjukkan aerobatik tuh. Aku pun pernah tengok sendiri airshow diorang ni masa diorang datang ke Subang Airport (Subang Skypark) dulu. 

Kalau diorang datang lagi ke Malaysia, aku nasihatkan korang pergi la tengok kalau ada kelapangan. Best dan puas hati!
Dengan kewujudan 2 model ni, maka bertambah best la koleksi aku yang tak seberapa ni. Nasib baik jugak skala ketiga-tiga model ni sama, nampak la smart dan seragam sket.

Lepas ni nak kena survey lagi kat toys section kat Parkson. Russian made Sukhoi & MiG aku masih belum jumpa. Nama brand yang buat replika ni Maisto. Sama la dengan model Hornet yang aku beli dulu tuh.
Masa aku sibuk-sibuk shopping aircraft, wifey pulak sibuk shopping barang-barang keperluan yang lain; pelengkap kepada keperluan asas masa nak jalan-jalan nanti.

  1. 2 helai disposable rain coat
  2. gel rambut untuk aku
  3. ubat gigi Colgate yang kecik
  4. set syampu, shower cream dan lotion brand Watson
  5. sikat
  6. padlock untuk luggage
  7. gula-gula Ribena untuk menguyah time boring-boring dalam perjalanan nanti..
Ada tak apa-apa lagi yang perlu dibeli?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...