Kelly 3572

Saturday, February 4, 2012

Akad Nikah Shahrul & Shuhada

Assalamualaikum

Hari ni kitorang ke Bandar Tun Razak untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu wifey, Shahrul Saidudin dengan isterinya yang tercinta, Shuhada. 
Alhamdulillah majlis tu berjalan lancar dengan sekali lafaz je. Cuaca pun baik je. Harap-harap cuaca baik berterusan sehingga la selesai majlis resepsi tengahari esok.

Lepas selesai majlis akad nikah, keluarga pihak lelaki dijemput untuk ke rumah pengantin perempuan untuk sedikit jamuan makan tengahari. Sebelum jamuan makan, dibuat sedikit bacaan tahlil ringkas bagi memberkati pengantin baru dan mendoakan kesejahteraan semua yang masih hidup ataupun yang telah tiada.

Lauk makan tengahari yang dihidangkan oleh keluarga pengantin perempuan tu memang best. Lauk-pauk kampung, siap ada ulam-ulaman dan ikan masin. Favourite la pulak. Boleh tak agaknya lauk kenduri esok pun buat macam ni? Ha ha ha...tapi memang best!  
Kitorang nampak kedai dan kilang Ramly Burger kat seberang jalan rumah pengantin perempuan. Lepas jamuan makan tuh, semua pakat serbu kilang dan kedai Ramly Burger tuh. Macam-macam produk berasaskan perniagaan burger dijual kat sini. Kalau sesiapa ada terasa nak mulakan business burger, boleh la beli kat sini. Nak lagi murah, apply for membership, dapat diskaun sket.
Kat dalam kilang ni jugak ada kaunter jualan burger ala-ala kaunter fastfood restaurant lain la. Boleh order bermacam-macam jenis burger keluaran Ramly ni. Minuman pun dijual jugak. Patut aa diorang letak kerusi dan meja kat luar premis ni. 

Selesai urusan membeli belah di sini, kitorang pun bergerak la balik. Malam ni ada kenduri kawin pulak nak kena attend kat Hotel Grand Season!

Hmm, Ramly Burger ni, siapa pemilik sebenarnya sekarang ni ek? 

3 comments:

mrs mamma said...

Bley bg info kt mana tmpat ni tak.tringin sgt nak pg.tq.

shehren shahadan said...

Nk try jugak location pls

Mijoe said...

Salam..

sorry lambat respon.

Kalau tak silap saya la, ni address Restoren Burger Ramly tu...

Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd
35, Persiaran Mewah, Bandar Tun Abdul Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
56000 Kuala Lumpur

Tempatnya memang tepi jalan. Parking space available. Selamat mencari. Let me know kalau tak jumpa ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...