Kelly 3572

Saturday, February 25, 2012

Travel North; Wedding Shahrul & Shuhada

Assalamualaikum

Checked-in kat homestay somewhere around Taman Desa Jaya, Taiping, almost 0400hrs. Ni sebab aku mengantuk, stopped lama kat R&R Tapah. Kesian pulak Pak Anjang lama kena tunggu kitorang sampai untuk bawak kitorang ke homestay tuh.
kad jemputan
Majlis resepsi diadakan di dewan. Jarak dari homestay ke dewan tu tak la jauh sangat. Dalam 10 minit je dengan kereta. Kitorang pun keluar dari homestay tu dalam pukul 1100hrs. Sampai awal so that boleh la tolong apa-apa yang patut.

dewan; di awal majlis
Cuaca nampak agak baik, tetapi memandangkan ni adalah Taiping; kawasan paling lembab di Semenanjung Malaysia, maka kenalah be prepared takut hujan pulak anytime. Memang dah ada nampak awan nano di kaki  langit.   
ketibaan pasangan pengantin
Pasangan pengantin tiba di dewan lebih kurang jam 1345hrs. Macam biasa la dengan diiringi paluan kompang; ayat skema dalam karangan. Masa ni cuaca tengah panas terik.  
dewan; selepas majlis hampir tamat
Bila majlis dah hampir selesai, baru la hujan turun dengan sederhana lebat. Aku, wifey dan Zack si bapak Tisya balik ke homestay untuk kemaskan semua barang-barang yang masih lagi kat dalam rumah tuh. Settled kemas barang, kitorang balik semula ke dewan majlis kenduri tuh sebab Pak Anjang kasi special treat; mee udang! Baru je planned nak pergi cari mee udang kat Kuala Sepetang. Kansel la nampak gayanya sebab dah dapat makan mee udang free yang Pak Anjang tempah. Next time la kot ke Kuala Sepetang!

Terdengar desas-desus macam ada kumpulan konvoi dari KL ni akan ke Penang dan jugak Cameron Highland. Aku rasa lebih cenderung untuk ke Penang memandangkan penginapan pun tak menjadi masalah, plus excited nak tengok new toys for big boys.  
kalau tak hujan, bukan Taiping la maknanyakan...
Bila semua dah selesai, maka, 3 buah kenderaan bergerak ke Penang dan lagi 2 buah ke Cameron Highland. Aku dengan wifey je yang akan ke Seberang Jaya untuk bermalam di rumah TortApaiHanaHani. The rest, diorang pergi checked-in kat Bayan Lepas. 

On the way ke Penang tuh hujan lebat, nasib baik la Taiping ke Penang tuh tak jauh sangat. Terpaksa bawak Piji dengan slow sebab hujan yang sangat lebat.

Sampai destinasi pun memang tak ke mana-mana dah malam tuh sebab penat. Dinner pun dengan lauk-pauk lebihan kenduri yang sangat banyak tuh. Esok je la masuk pulau sebelum balik KL.

Friday, February 24, 2012

Travel Ke Utara Di Malam Hari

Assalamualaikum

Lepas balik kerja, aku lepak kejap dan bersiap lebih kurang. Tunggu bakal pengantin sampai sebab dia tumpang kitorang naik Piji.

Destinasi; Taiping for majlis resepsi belah pengantin lelaki, Shahrul, anak Pak Anjang.

Bakal pengantin sampai agak lewat sebab balik kerja dia nak kena rest dulu. Pukul 11 lebih macam tu baru la  pick-up bakal pengantin kat post guard dan terus gerak ke arah Rawang. Macam biasa la, nak jimat tol punya pasal la ni...ha ha. 

So, bersedia la aku nak dengar gossip-gossip hangat terbaru sepanjang perjalanan nanti...

Sunday, February 19, 2012

Alamak!!! Roadblock...

Assalamualaikum

Kejadian yang sangat mencemaskan ni berlaku masa aku nak pergi tapau lunch kat Ayam Kampung Salai Batang Benar. 

Dah la aku drive sorang pulak tuh. Kenderaan lain takde langsung. Aku drive Nurul Kelliah je la untuk jimatkan minyak.

Bila aku approach terowong yang melalui bawah highway LEKAS tu, aku dah nampak kelibat beberapa anggota cawangan trafik berdiri kat tengah-tengah jalan. Tapi sebab aku confident road tax Nurul Kelliah ni masih lagi valid dan lesen memandu aku pun lambat lagi expiry date, aku pun tenang je la sampai la aku dah dekat dengan pegawai yang bertugas.
Dan, syukur Alhamdulillah, takde apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku. Aku drive seperlahan yang boleh untuk mengelak dari terlanggar atau tercederakan lembu-lembu itu. Phewww...

Friday, February 10, 2012

Oak Park, Melbourne, Victoria, Australia

Masa booking ticket AAx dulu, wifey added in-flight entertainment, meals dan jugak extra baggage. Saja je amik entertainment sebab long flight kan. Meals dan extra baggage untuk masa balik tu memang WAJIB la amik sebab dah tahu nak balik nanti mesti beg yang ada ni akan beranak-pinak dan bertambah berat!
in-flight entertainment, tak berbaloi amik...
Lepas ni kalau nak fly dengan AAx, aku rasa macam tak berbaloi nak amik entertainment ni sebab agak tak berbaloi, dan yang lebih penting tak selesa memandangkan skrin tablet tu dah menggunakan ruang meja tempat letak makanan tu. Rasanya lebih baik tengok movie dari laptop, netbook ataupun tablet sendiri. Takpe la, ini cuma pendapat aku je la. Ataupun, fly ke destinasi yang jauh dengan premium airline lain yang ada built-in screen kat depan setiap penumpang, senang dan lebih selesa.

Akhirnya, kitorang tak gunakan sangat pun tablet yang AAx kasi tuh, sebab sepanjang flight tuh, kitorang lebih banyak menghabiskan masa dengan makan dan tidur! Penat rushing dari KL ke LCCT petang tadi menempuh trafik jam peak hours sebab tersalah pilih laluan nak ke Nilai asalnya, tapi sebab dah lewat, terus ke LCCT.
Melbourne International Airport, Tullamarine
Lepas 7 jam 50 minit di udara, akhirnya flight kitorang mendarat dengan selamatnya, walaupun tak berapa smooth, di Melbourne International Airport, Tullamarine pada pukul 0915hrs (GMT+11). Keluar je dari flight tuh, kena aa snap gambar 2-3 keping. Lepas tu baru la pergi ambil luggage.

Selesai urusan mengambil beg, tiba la saat yang agak menggerunkan, nak beratur melepasi immigration Australia yang terkenal dengan peraturan yang ketat dengan barang-barang yang kita bawak, terutama sekali barang makanan. Tapi aku dan wifey dah sepakat dari awal lagi untuk tak bawak segala jenis makanan sebab takmo kerugian; in case barang-barang tu dirampas. 

Cuma masa dalam flight tuh, aku baru tersedar yang aku ada terbawa sample makanan kucing; 4 paket kecik dalam beg galas Nike aku. Masa baca Australia passenger arrival card tuh pun, dah ada stated that animal or pet food strictly not allowed. Maka terpaksa la aku buang 4 paket sample makanan kucing tuh; tinggalkan kat seat aku dan jugak buang dalam dust bin toilet AAx tuh.

Beratur kat immigration tuh pun satu hal, barisan panjang gila!!! Memang dekat sejam jugak la kitorang beratur. Alhamdulillah, tiada apa-apa drama ataupun insiden yang tak diingini berlaku pada kitorang masa kat immigration tuh. Terus je diorang kasi kitorang dan segala beg keluar ke arrival hall dengan jayanya.
rumah kitorang tumpang menginap di Oak Park
Sebaik keluar dari arrival hall, wifey pun cuba contact kawan dia masa kat IIUM dulu, Khairul Azami (KA) yang tengah buat program PhD di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT). Kitorang akan bermalam di rumah KA untuk malam ni dan jugak malam terakhir sebelum balik semula ke KL nanti.

Bila dah berjaya contact KA, kitorang tak melepaskan peluang untuk berposing sakan kat luar Melbourne Airport sambil menunggu KA datang kutip kitorang...he he.

Tak lama lepas tu, KA sampai bersama dua anaknya. Kitorang sampai ke rumah KA di Oak Park kira-kira 15 minit perjalanan dari airport. Cuaca pagi ni dingin, berangin dan jugak ada matahari?? Isteri KA menyambut kitorang dengan homemade breakfast. Aku dan wifey tak melepaskan peluang untuk check out kawasan rumah diorang yang penuh dengan sayur-sayuran tanaman sendiri. Rajin betul Puan Rozi (PR) neh! Daun kesom, serai, tomato, strawberry, chili, tembikai semua ada diorang tanam!
selepas solat Jumaat di Oak Park 
Aku join KA untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan. Kitorang berjalan kaki je untuk ke masjid tu sebab aku nak tengok suasana sekitar Oak Park. Sebenarnya premis tu pada asalnya bukan la sebuah masjid. Menurut KA, ianya adalah sebuah rumah yang telah diubah suai untuk menjadi masjid. 

Aku rasa terharu bila nampak jemaah yang ramai memenuhi ruang masjid tu masa solat Jumaat tu. Kebanyakkan dari mereka aku nampak berketurunan Arab. Ada la jugak beberapa orang Melayu Malaysia yang kelihatan di masjid tu selain daripada aku dan KA.
view masjid An-Nur dari luar
Selesai solat Jumaat, kitorang balik ke rumah KA semula. KA pulak terpaksa ke RMIT. PR akan hantar kitorang ke DFO Essendon untuk program shopping pertama kitorang. KA ke RMIT dengan menaiki tren, isterinya akan menghantar kitorang dengan menaiki kereta untuk ke DFO Essendon. Sebenarnya boleh je kalau kitorang nak pergi sendiri tanpa perlu menyusahkan PR, tetapi memandangkan ini pertama kali kitorang sampai sini, PR mempelawa untuk menghantar kitorang ke DFO tu yang letaknya kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kereta dari Oak Park. Cuma masa balik nanti kitorang akan cuba balik sendiri dengan menaiki bas dan jugak tren setelah diberi penerangan yang detail oleh PR.

DFO Essendon ni terletak kat sebelah Essendon Airport. Benda yang pertama sekali kitorang wifey cari masa kat DFO ni ialah set pinggan mangkuk Corelle dari US yang terkenal dengan daya tahan lasaknya dan jugak corak-corak yang menarik. Bila dah jumpa outlet Corelle, terus wifey menjalankan operasi membeli dan membelah...

Hasilnya, 2 kotak set Corelle 16 pieces berjaya dirembat oleh wifey. PR tolong bawak balik 2 kotak Corelle ni sebab dia nak terus balik rumah sementara kitorang terus sambung shopping dan jalan-jalan di DFO tuh.

Masa kat DFO tu jugak, kitorang lepak kat foodcourt. Ternampak pulak satu outlet kat situ Hava Kebab yang menyajikan makanan halal. Teruja nak mencuba, kitorang order la Cheese & Spinach Borek (AUD$7.50) dan jugak Chips (AUD$3.00).

Lepas makan, wifey masuk pulak kedai kasut sebab nak beli sport shoes yang baru. Kebetulan kasut yang sedang dipakai dah mula buat hal, maka dapat la sepasang kasut Sketchers yang comel yang berharga AUD$39.00. Tengah sale! Minah Aussie promoter kat Sketchers tu seriously sangat friendly dan baik. Walaupun dia sorang-sorang je dalam outlet tu masa kitorang masuk, customer pulak ramai, tapi dia layan each of the customer very well. 

Dah settled dapat kasut baru, baru la kitorang bergerak ke bus stop DFO untuk ke stesyen tren Essendon; nak balik ke rumah KA. Sistem pengangkutan awam di Melbourne ni memang efisyen jugak la. Bus stop kat DFO Essendon ni pun ada jadual elektronik ketibaan bas mengikut laluan masing-masing. Kitorang tunggu bas bernombor 903 - Altona untuk ke stesyen tren Essendon. Selepas sampai di stesyen tren, kitorang naik pulak tren untuk ke Oak Park. Dan setelah sampai di stesyen Oak Park, kitorang menapak je la sejauh 15 minit ke rumah KA di Snell Grove. Kitorang beli 2 hours Metcard ticket yang berharga AUD$4.00 per person yang boleh digunakan untuk menaiki bas, tren dan jugak tram dalam jangkamasa 2 jam selepas tiket itu dibeli.

Sampai kat rumah KA, kitorang lepak dan merehatkan badan. Malam ni ada sorang kawan wifey masa kat IIUM dulu; Naimah yang kebetulan tengah sambung belajar jugak di Melbourne ni akan datang untuk berjumpa dengan tetamu dari Malaysia ni.

Esok kitorang akan ke Melbourne CBD, check-in di Nova Stargate Apartment-Hotel untuk selama 3 malam, lebih dekat untuk buat aktiviti-aktiviti meneroka negeri Victoria ni. Bawak barang yang diperlukan je la untuk 3 hari berikutnya. Beg-beg besar dan barangan lain yang dah dibeli tuh, tumpang tinggal kat rumah KA dulu la sebab kitorang pun memang akan bermalam lagi di sini sebelum balik ke Malaysia nanti. So, tak payah la nak angkut semua ke hulu ke hilir kan. Terima kasih yang tak terhingga buat KA dan PR untuk accomodation dan layanan 5 star yang superb. Jasamu dikenang!

Penat...

Thursday, February 9, 2012

Malaysia, LCCT (KUL) - Australia, Melbourne Tullamarine (MEL)

Assalamualaikum

Sambil-sambil menunggu boarding gate bukak, boleh update blog kejap. Flight kitorang ke Melbourne dijangka berlepas pada jam 2230hrs dan dijangka mendarat dalam masa 8 jam berikutnya; 0630hrs waktu Malaysia ataupun 0930hrs waktu Melbourne (GMT+11).
Flight D7 214 A330-300 at Gate T16 LCCT
Flight yang bakal kitorang naik ni nampak macam penuh je. Ramai gila manusia dah start que kat depan gate tu walaupun gate belum bukak. Kitorang tunggu je la, lagipun dapat seat tengah, so memang confirm la tak de view pape kan... boring betul!

Gi toilet kat LCCT ni siap-siap so that dalam flight nanti takyah la sibuk banyak kali nak gi lepak toilet. Ok la, aku dah nak kena start join the que sekarang ni. Papehal, aku update dari Melbourne la pulak.

Excited giler... maklumlah, first time pergi Australia, maafkanlah kejakunanku ini... he he. Adios Malaysia! See you on February 15th!

Berat semua luggage aku dan wifey : 20.1kgs
Flight take-off at 1041hrs from runway berapa aku tak dengar sangat Captain Lim announced!
Flight duration: 7 hours 50 minutes

Kren Bangunan Dalam Pembinaan Jatuh!

Assalamualaikum

Hari ni aku cuti. Maka berjalan-jalan la aku kat sekitar KL dan area office untuk menyelesaikan beberapa perkara penting. Bawak Kelly, parking kat depan Pusat Kraftangan kat Jalan Conlay. Bayar parking DBKL untuk 3 jam, dah cukup.

Lebih kurang jam 1300hrs, aku menapak ke Bangunan Tabung Haji untuk buat simpanan sikit dan misi mencari sejadah nipis yang senang untuk dibawa ke mana-mana. Aku menapak melalui Jalan Binjai tu la. Bila dekat nak sampai simpang ke PNB Darby Park tuh, aku dengar siren polis yang agak kuat dan berbondong-bondong!???

2 buah kereta peronda melepasi aku. Uih? Sure ada pape yang super urgent ni kot. Ada rompakan ke? Ada pergaduhan ke? Aku dah tak perasan mana kereta peronda tu menghilang. Sampai Tabung Haji, selesaikan urusan, lepas tu berjaya jugak jumpa dan beli sejadah nipis tu kat kedai runcit di pintu belakang Tabung Haji tuh. RM10 sehelai harganya. Balik!!!
Bila aku sampai dekat simpang nak masuk ke Jalan Binjai semula, aku nampak ramai orang berkumpul kat simpang tuh, kereta nak menuju ke arah Menara Citibank dan Hotel Nikko berpatah balik. Lepas tu aku nampak 2 buah kereta peronda polis parking melintang menghalang dan menutup laluan ke arah Citibank tuh. 

Aku approached 2 brader yang tengah lepak atas motorsikal kat simpang tuh dan tanya diorang pekejadahnya yang dah jadi? Diorang bitau la pasal kren kat top floor bangunan under construction tuh jatuh. Aku dengar pun seriau jugak, tu memang kawasan laluan aku jugak kalau balik dari lunch kat Kampung Baru ataupun pergi bayar hutang kat Citibank tuh.

Kawasan tuh memang agak sibuk dengan kenderaan dan pejalan kaki. Lebih-lebih lagi waktu lunch. Tapi aku lega dan bersyukur sebab takda kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Cuma ada kereta yang kena hempap je la. Nasib baik takda orang dalam kenderaan tu. Nak baca laporan yang lebih baik, sila baca kat Ondscene ni ok!

Lepas ni memang aku akan lebih berhati-hati bila melalui kawasan bangunan dalam pembinaan!!! Buat la lagi banyak-banyak bangunan tinggi ye!!!

Happy Birthday to my beloved Mama! Panjang umur, murah rezeki dan diterima segala amal ibadah selama ini, Amin!

Wednesday, February 8, 2012

Going Down Under?

Assalamualaikum

Ok, nak pergi jalang-jalang cari makang kang? Selain dari passport dan jugak Visa (diperlukan untuk ke negara-negara tertentu), apa lagi yang perlu dibawa bersama anda? Tak kisah la nak kena beli ke, pinjam ke, curi ke..(haram).
Yezza...adapter untuk gadget anda. Handphone, laptop, tablet anda pun perlukan makan minum jugak during travel. Boleh la beli bila dah sampai ke destinasi nanti, tapi harganya tak tahu la lebih murah ataupun sebaliknya.
Harga adapter ni kat Tulla Airport ialah AU$10.95. Ce convert kalau nak tahu dalam MYR. AU$10.95 * MYR3.20 = MYR35.04! Survey dulu kat Malaysia ni yer, especially kat kedai-kedai letrik ataupun kedai-kedai yang menjual peralatan dan kelengkapan untuk mengembara.
Haa, lagi satu, ni lagi la wajib dan amat penting. Duit dah tukar ke belum? Nilai AUD sekarang melonjak-lonjak mengatasi nilai USD! Sekarang memang AUD lebih mahal dari USD. Kena la check timing yang betul untuk tukar duit tuh. 
Ausie notes
Kat area Bukit Bintang pun banyak money changer. Ada orang cakap, nak tukar duit yang lebih murah, boleh usha kat area Masjid India. Kadang-kadang aku perasan, kat Pavillion dan Suria KLCC pun menarik jugak rate yang diorang tawarkan. 

Dan kena la pandai bargain jugak. Dapat tawar dalam 1 atau 2 sen dari rate yang diorang publish tu pun dah kira ok la tu.

Yang best pasal Ausie notes ni ialah saiznya yang tak besar gedabak macam Pound Sterling tuh. Warna Ausie notes pun nampak sangat meriah dan colourful!

Tuesday, February 7, 2012

Anfield Cat Yang Glamour Tu...

Assalamualaikum

Ni la kucing comel yang buat lawak ataupun cari publisiti ataupun mengiklankan diri for adoption di Anfield malam tadi masa game EPL antara pasukan tuan rumah, Liverpool menentang Tottenham Hotspurs yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Apa-apa pun, meow comel ni dah menjadi popular dalam sekelip mata dan aku rasa meow ni lagi penting dari game EPL tuh! Video ni aku upload dari YouTube. Credits to them.

Suka tengok steward ambik meow tuh dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Dari apa yang aku terbaca, kucing tu memang tak bertuan. Macamana boleh tersesat dalam stadium tuh aku tak tahu. Semoga lepas ni ramai la cat lover kat sana yang sudi menjadi tuan baru meow tuh. 

Monday, February 6, 2012

Birthday Mama & Hani a.k.a Ria a.k.a Puteri Sekunder?

Oleh kerana esok cuti sempena perayaan Thaipusam, maka malam ni kitorang semua kecuali Abang Besar dan familynya keluar makan-makan ke Cyberjaya. Kebetulan jugak TortApaiHanaHani bawa MamaPapa  check-in kat Pullman Putrajaya Lakeside, tu yang acara makan-makan pun dibayar kat Restoren Saba, Cyberjaya.
lapar lapar...
Diorang semua checked-in tengahari tadi. Aku, wifey dan KitamZura je yang bertolak dari rumah ke Cyberjaya. Dah lama jugak aku teringin nak makan kat Saba ni. Kononnya nak dine dekat Saba Setiawangsa, tapi tak jugak pergi, padahal dekat je dengan laluan pergi balik kerja tiap-tiap hari.  
Alhamdulillah...dah kenyang!
Sebab dah selalu sangat makan menu dari Middle East ni, malam ni aku makan nasi mandy ayam je. Kebiasaannya memang aku belasah kambiang je kan. Oo tidak...dah muak la pulak dengan mandy kambiang tuh. Tapi aku order jugak sup kambiang. Kata dah muak dengan kambiang...memang dasar kambiang! Aku dan kambiang memang tak boleh dipisahkan...ha ha ha.
Selepas memenuhkan perut masing-masing, semua ke Pullman untuk usha-usha bilik hotel ni. TortApai booked 1 unit that came with 2 rooms, one for them and the other one for MamaPapa. Sebelum ke hotel, aku, wifey dan Kitam ke Secret Recipe untuk beli birthday cake untuk Mama dan Hani.  
Hotel ni agak unik. Ada 4 blok hotel ni yang dibezakan mengikut reka bentuk serta tema etnik Melayu, Cina, India dan jugak Dayak. Lobby hotel ni pun kat underground, jadi takda masalah sangat kalau keadaan cuaca yang tak berapa elok masa nak check-in ataupun check-out. Gerenti tak kena hujan atau berpeluh kepanasan. Menarik jugak la hotel ni.
kalau siang hari boleh la nampak tasik tuh...
Ada duit lebih sket nanti, boleh la try stay kat sini 1 malam. Mana la tau buffet breakfast menarik.
yummy!!!
Lepas acara potong dan makan kek tuh, baru la aku, wifey dan KitamZura bergerak balik ke rumah masing-masing. Nasib baik la esok cuti. Kalau tak, sure akan rasa malas bermacam-macam je nak pergi keje.
birthday girls!

Beli Belah Di Parkson KL Festival City

Assalamualaikum

Pergi jenjalan kat Parkson cawangan KL Festival City petang tadi bukan la shopping sebarangan. Kalau ikut harga betul, memang beratus juta Ringgit duit aku dah habis! Tapi sebab ni miniature ataupun replika je, maka, dapat la harga yang lebih murah. Tambah lagi murah sebab aku ada Bonuslink card.
Lepas puas merayau kat toys section, aku dapat jumpa 2 model ni je untuk menambahkan kekuatan air fleet aku kat rumah tuh.  
Mula-mula aku terjumpa dengan Grumman F-14 Tomcat. Setahu aku, pesawat ni banyak digunakan oleh tentera laut Amerika Syarikat yang menggunakan kapal-kapal pengangkut. Itu dulu la, sekarang ni, kalau mengikut sumber Wikipedia, US Navy dan jugak USAF pun dah tak guna dah pesawat ni. Mungkin tentera udara Republik Iran je yang menggunakannya sekarang ni. 

Lepas jumpa Tomcat, aku usha lagi toys section tuh sampai la aku terjumpa dengan replika jet yang selalu buat airshow secara berpasukan tuh, General Dynamics F-16 Fighting Falcon. Berbeza dengan Tomcat, F-16 ni masih lagi digunakan dalam kebanyakan angkatan tentera udara. Dan model ni jugak masih lagi dalam production, demand masih ada la tuh. 
Kalau sesiapa yang pernah dengar pasal Thunderbirds tuh, ha ni la pesawat yang digunakan dalam pertunjukkan aerobatik tuh. Aku pun pernah tengok sendiri airshow diorang ni masa diorang datang ke Subang Airport (Subang Skypark) dulu. 

Kalau diorang datang lagi ke Malaysia, aku nasihatkan korang pergi la tengok kalau ada kelapangan. Best dan puas hati!
Dengan kewujudan 2 model ni, maka bertambah best la koleksi aku yang tak seberapa ni. Nasib baik jugak skala ketiga-tiga model ni sama, nampak la smart dan seragam sket.

Lepas ni nak kena survey lagi kat toys section kat Parkson. Russian made Sukhoi & MiG aku masih belum jumpa. Nama brand yang buat replika ni Maisto. Sama la dengan model Hornet yang aku beli dulu tuh.
Masa aku sibuk-sibuk shopping aircraft, wifey pulak sibuk shopping barang-barang keperluan yang lain; pelengkap kepada keperluan asas masa nak jalan-jalan nanti.

  1. 2 helai disposable rain coat
  2. gel rambut untuk aku
  3. ubat gigi Colgate yang kecik
  4. set syampu, shower cream dan lotion brand Watson
  5. sikat
  6. padlock untuk luggage
  7. gula-gula Ribena untuk menguyah time boring-boring dalam perjalanan nanti..
Ada tak apa-apa lagi yang perlu dibeli?

Sunday, February 5, 2012

Selamat Pengantin Baru; Shuhada & Shahrul

aku suka dengan pelamin diorang ni
Tengahari tadi kitorang semua ke Cheras untuk majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. Hidangan untuk kenduri hari ni takde la macam lauk-pauk selepas majlis akad nikah petang semalam.

Majlis berjalan lancar, cuaca pun baik. Dan pelamin pun cantik. Lepas ni giliran keluarga Pak Anjang pulak menyambut kedatangan pengantin perempuan dan keluarganya di Taiping. Nampaknya aku akan travel ke utara lagi la lepas ni...he he he.

Selamat pengantin baru Shuhada & Shahrul!

Salam Maulidurrasul

Assalamualaikum

Kepada sesiapa sahaja yang terbaca entry ni, mari la sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w di hari yang mulia ini. InsyaAllah. 

Semoga amalan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah ni akan terus dijadikan amalan harian anda semua sepanjang masa, bukan setakat dalam solat je ok, InsyaAllah.

Saturday, February 4, 2012

Selamat Pengantin Baru Mona Zamira & Helmie Ansarie

Siang tadi dah penat dengan majlis pernikahan sepupu wifey kat Cheras, malam pulak ada lagi satu kenduri kawin yang aku dan wifey attended. Kali ni kenduri anak perempuan salah sorang boss kat office aku pulak.
Gambar dari kamera kawan aku
Aku dan wifey keluar rumah lepas selesai solat maghrib memandangkan jarak rumah aku dengan lokasi Hotel Grand Seasons tempat majlis tu diadakan tak la jauh mana. Less than 10 minutes je. 

Kroni aku pun dah sampai lebih awal sebab diorang solat maghrib kat surau hotel tuh. 
mak Ali, bapak Ali dan Ali the baby...
Aku dan kroni ditempatkan satu meja yang boleh memuatkan 10 perut dewasa, tapi setakat ni cuma ada 4 sahaja perut dewasa diikuti oleh ketibaan seorang lagi kroni bersama isteri dan baby kesayangannya.  So, all together dah 6 perut dewasa dan 1 perut baby. He he. 
Bila semua tetamu dah sampai, maka semua orang menunggu saat yang dinanti-nantikan, iaitu makan..ehh..ketibaan pengantin dan tetamu VVIP yang lain. 

Pengantin sampai lebih awal. Lepas tu semua orang pun menunggu ketibaan para VVIP. Pengacara majlis pada malam ni ialah pelakon fofuler iaitu Radhi Khalid. Tapi sayangnya aku tak sempat nak jumpa dan bergambar dengan public figure itu. Aku suka jugak la dengan brader tuh. 
bapak Ali rasa macam ada lagi menu yang diorang belum serve...he he
Bila semua VVIP sampai, maka, acara merenjis pun dijalankan. Dimulakan oleh VVIP yang baru sampai tuh.. baru sampai ke atau yang agak lambat sampai? Aku tak sure... biiiiiiggggg boss aku la tuh...ha ha. 

Lepas tu baru la acara makan-makan dimulakan... nampak sangat aku ni memang tunggu time makan je..cheh! Wat malu kaum je. Tapi okay la time makan sebab duduk pun dengan kroni-kroni sekepala so tat perlu table manners dan control macho dan ayu sangat...ha ha. Door gift? Toblerone yang panjang 5-6 inci tuh. Sempat la amik lebih sket sebab meja tak penuh.   
what a lovely pelamin!!!
Balik rumah dengan perasaan gembira sebab kekenyangan dan dapat toblerone lebih..he he!

Ohh, lupa pulak. Kepada pasangan pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan ni diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin!

Akad Nikah Shahrul & Shuhada

Assalamualaikum

Hari ni kitorang ke Bandar Tun Razak untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu wifey, Shahrul Saidudin dengan isterinya yang tercinta, Shuhada. 
Alhamdulillah majlis tu berjalan lancar dengan sekali lafaz je. Cuaca pun baik je. Harap-harap cuaca baik berterusan sehingga la selesai majlis resepsi tengahari esok.

Lepas selesai majlis akad nikah, keluarga pihak lelaki dijemput untuk ke rumah pengantin perempuan untuk sedikit jamuan makan tengahari. Sebelum jamuan makan, dibuat sedikit bacaan tahlil ringkas bagi memberkati pengantin baru dan mendoakan kesejahteraan semua yang masih hidup ataupun yang telah tiada.

Lauk makan tengahari yang dihidangkan oleh keluarga pengantin perempuan tu memang best. Lauk-pauk kampung, siap ada ulam-ulaman dan ikan masin. Favourite la pulak. Boleh tak agaknya lauk kenduri esok pun buat macam ni? Ha ha ha...tapi memang best!  
Kitorang nampak kedai dan kilang Ramly Burger kat seberang jalan rumah pengantin perempuan. Lepas jamuan makan tuh, semua pakat serbu kilang dan kedai Ramly Burger tuh. Macam-macam produk berasaskan perniagaan burger dijual kat sini. Kalau sesiapa ada terasa nak mulakan business burger, boleh la beli kat sini. Nak lagi murah, apply for membership, dapat diskaun sket.
Kat dalam kilang ni jugak ada kaunter jualan burger ala-ala kaunter fastfood restaurant lain la. Boleh order bermacam-macam jenis burger keluaran Ramly ni. Minuman pun dijual jugak. Patut aa diorang letak kerusi dan meja kat luar premis ni. 

Selesai urusan membeli belah di sini, kitorang pun bergerak la balik. Malam ni ada kenduri kawin pulak nak kena attend kat Hotel Grand Season!

Hmm, Ramly Burger ni, siapa pemilik sebenarnya sekarang ni ek? 

Friday, February 3, 2012

Dinner Kat TLG

Dinner malam ni sebab nak treat wifey for her big helps on my work assignments. Walaupun sebenarnya dinner ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pertolongan si dia, tapi cukup la kalau dah dapat berikan penghargaan macam ni. Janji wifey suka!!!
Big Ass Burger RM12
Keadaan kat TLG masa kitorang sampai agak crowded. Cuaca pulak lembap, sebab baru lepas hujan. Kebetulan ada satu meja 6 seater yang kosong. Serba salah jugak nak duduk situ memandangkan aku dengan wifey je. Takut pulak kalau ada family datang dah tak dapat nak duduk.  
Aku lupa apa nama menu wifey ni, something with salmon RM27
Chef Aidy macam biasa la melayan customer dengan ramahnya. Nak je aku claim kat dia coleslaw aku yang tak dapat masa first visit dulu...he he. Tapi segan la pulak. Lagipun dah lama dah kan.

Big Ass Burger tuh memang mantop la. Lama jugak la aku nak ngabihkan burger tuh. Kena pulak aku selang-selikan dengan minum Vanilla Latte tuh, lagi la buat perut aku cepat kenyang. Tapi, Alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku. Semua berjaya dihabiskan dengan jayanya. 
tiramisu for dessert; RM8
Tiramisu tu slack sket la, sebab aku dan wifey rasa agak pahit. Kalau kurang sket pahit tuh baru lagi best. Tengah makan tiramisu tuh boleh pulak aku teringat beef lasagna hari tuh. Hmm, beef lasagna kat sini memang terbaik la so far!!! Kalau korang datang sini, aku suggest korang order lasagna tuh. 
vanilla latte & asam boi; RM6 each
Aku punya vanilla latte tuh pun memang best! Walaupun agak susah nak habiskan sebab saiz gelas tuh yang agak besar. Aku recommend jugak vanilla latte ni. 

Balik rumah dengan kekenyangan tahap maksima. Alhamdulillah.

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum

Pagi tadi seperti biasa aku naik bas ke Stesyen LRT. Bila sampai area Taman Bunga Raya tuh aku perasan kenderaan beratur panjang dari depan TAR College sampai la melepasi warung Mali's Char Kuew Teoy tuh. Ni mesti ada apa-apa ni, sebab tak pernah-pernah jalan kat area ni jammed macam ni.

Bila nak turun bukit dari Taman Bunga Raya ke Jalan Genting Kelang tuh aku dah nampak orang ramai berkumpul kat simpang 3 nak masuk ke Jalan Malinja 3 ni. Bila bas yang aku naik tuh dah dekat dengan simpang 3 tuh, ni la gambar yang aku berjaya rakam. Gambar tak berapa cantik sebab bas tengah bergerak.

Aku perasan ada motor sebijik dan kereta Proton Wira Aeroback ni tersadai kat tepi jalan. Bila bas nak masuk Jalan Genting Kelang, baru la aku perasan satu mayat yang dah ditutup dengan surat khabar terlentang kat tengah-tengah jalan. 
Masa aku amik gambar ni ialah pukul 0809hrs. Untuk cerita yang lebih lengkap, sila baca blog Ondscene.

Ada jugak sorang-dua office-mate aku yang lalu jalan ni tengok kemalangan ni. Memang macam baru berlaku jugak ni. Berhati-hati la ketika berada di mana sahaja, terutama sekali ketika berada di jalanraya.

Wednesday, February 1, 2012

Selamat Hari Wilayah

Assalamualaikum

Selamat Hari Wilayah kepada semua yang kerja dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan jugak Labuan. Selamat bercuti. 

Entry hari ni tak boleh nak jadi wordless Wednesday sebab banyak aktiviti yang berlaku. Wifey pun kerja hari ni sebab tak masuk dalam kawasan WPKL..he he. Aku macam biasa la jadi driver hari ni.
Lepas hantar wifey ke office, aku ke Ampang Point untuk settlekan housing loan kat Ambank. Kena la cari branch terdekat yang dalam negeri Selangor since KL branch semua cuti. Nak cari parking area Ampang Point tuh pun memang agak susah. Ramai jugak orang-orang yang bercuti hari ni ambik kesempatan pergi bank dan jugak bawak anak-anak breakfast bersama kat kedai-kedai dan warung-warung. Terkejut jugak aku bila ternampak ada HSBC Amanah kat situ! Padahal branch tu memang dah lama wujud. Boleh aa kuakan RM untuk bayar hutang pulak nanti.

Yang best tentang parking kat area Ampang Point ni ialah parking meter yang murah. Chargenya RM0.10 sen untuk setiap 12 minit! Bestnya... sejam baru RM0.50 sen kan? Aku sumbat RM0.30 sen, pastu terus pergi ke HSBC Amanah. Lepas tu ke Ambank. Lengang je compared to Maybank kat sebelah Ambank tuh. Urusan kat Ambank settled in less than 5 minutes. Ambank memang efisyen! Kat KL branch yang aku selalu pergi tuh pun memang efisyen.

Keluar je dari Ambank, aku terus ke Piji, tengok balance ada tinggal 24 minit lagi. Takkan nak chow pulak kan, rugi la RM0.20 sen aku tuh. Terus aku masuk Restoren Pelita, order roti telur bawang dengan teh tarik untuk habiskan masa 24 minit tuh.

Lepas breakfast, balik rumah untuk lepak kejap dan keluar balik dengan Kelly. Isi perut Kelly sampai penuh, then ke Damai untuk replace card Touch N Go wifey yang dah expired. Tapi bila aku sampai depan office TnG tuh, tengok tutup la pulak sebab cuti Hari Wilayah. Dah tertunda satu plan. Terus aku ke Citibank untuk bayar hutang. Jalan dalam KL memang lengang hari ni, memang best drive dalam town time public holiday ni. Kejap je sampai Citibank, kejap je settle hutang-piutang.

Dari Citibank, aku terus ke Gombak untuk hantar baju wifey untuk dry-cleaning kat dobi di Greenwood. Dari kedai dobi, aku balik rumah Fama pulak untuk lunch dan solat Zuhur.
Aku keluar dari rumah Fama dalam pukul 1515hrs untuk ke Samsung Service Centre, Petaling Jaya, nak amik bateri netbook yang aku dah order minggu lepas. Menurut email yang Samsung hantar kat aku hari tu, harga bateri netbook tu RM284.20 dan warantinya selama 6 bulan. Ok la dari aku beli kat Low Yat. Aku tanya kat Samsung Low Yat, diorang cakap harga bateri RM180, tapi warantinya seminggu je.

Samsung Service Centre ni letaknya kat tepi Lebuhraya Persekutuan, berdekatan dengan Avon, Mazda dan beberapa showroom kereta lain. Memang boleh nampak dari hiway tu. Cuma kalau dari KL, bagi orang macam aku yang tak familiar sangat dengan area PJ ni, kena la study map dulu kot sebelum ke sini. Aku buat u-turn kat Jambatan Pulau Pinang (LDP) tu. 
Nak dapat parking depan Samsung tuh pun agak susah jugak. Tapi sebab bawak Kelly, senang la menyelit. Masuk dalam service centre tuh, aku amik tiket untuk product collection dan tunggu giliran. Ramai jugak la orang masa tuh. Most of them aku perasan datang untuk hantar dan collect smartphone la. 

Masa aku amik bateri netbook tuh, aku tanya la staff yang attend aku tuh pasal waranti bateri ni. Dia cakap waranti cuma sebulan je. Aku control je la masa tu sebab dah ada perasan confused dan bengang jugak. Masa customer service Samsung called aku untuk collect bateri ni pun, dia cakap waranti 6 bulan. Sekarang minah yang attend aku ni cakap 1 bulan pulak! Nak kena buat official complaint kat Samsung HQ kat Korea la ni...

Dah selesai urusan bateri ni, aku pun balik la semula ke rumah sementara tunggu wifey call to pick her up kat office. Habis satu hari cuti yang berjaya aku manfaatkan untuk settlekan banyak hal, kecuali replace TnG tu je yang tak berjaya. Aku kena charged bateri baru netbook tuh 8 jam. Nak tengok berapa lama bateri ni boleh bertahan. Apa-apa hal pun, Selamat Hari Wilayah, maaf zahir dan batin! Ha ha ha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...