Kelly 3572

Saturday, January 14, 2012

Syabas Kepada DBKL

Assalamualaikum

Celik mata pagi tadi, jenguk kat tingkap nampak la aktiviti yang sungguh aktif oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) ke atas tapak yang dicadangkan untuk dibuat pasar malam. Polis, DBKL dan kemungkinan wartawan akhbar pun ada jugak.
Zaman dulu kala, tatkala rumah yang aku duduk ni dalam proses pembinaan, tapak pasar malam ni kononnya nak dijadikan sekolah rendah. Tapi bila rumah aku pun dah siap, dan dah duduk lama pun, bayang sekolah ataupun bayang pagar sekolah pun ntah ke mana. 

Maka selama ini kawasan lapang ni jadi tempat orang letak kereta secara percuma, dan jugak tempat orang buat bising. Dan mungkin jugak jadi tempat aktiviti jenayah. Pokok dah berapa kali tumbuh, lepas tu kena tebang, tumbuh balik, tebang balik. Satu apa pun tak buat kat kawasan lapang ni. 

Tetiba je ada pulak yang propose nak buat pasar malam. Macam tak cukup banyak lagi ke pasar malam kat KL ni. Kalau ada pasar malam kat sini, akan wujud masalah lain pulak. Kesesakan lalu lintas, penambahan sampah sarap dan mungkin jugak masalah keselamatan penduduk di sekitarnya. Dah la penduduk pun ramai yang bukan warganegara sampai PBT pun tak larat dah halau diorang ni semua. Kalau yang warganegara pulak jenis buang sampah suka hati mak bapak dia je. Buang sampah dari tingkat 24 pun ada. Nama je belajar kat kolej. Otak letak kat hujung kuku, ataupun takde langsung sebab banyak sangat makan benda haram. Emosional la pulak...

Tapi papepun, aku nak ucapkan syabas kepada pihak DBKL kerana merobohkan rangka toilet yang telahpun diorang buat untuk tapak cadangan pasar malam ni. Maknanya DBKL tak luluskan la tuh kan. Tapi sangat menghairankan, kalau DBKL tak bagi kelulusan, macamana rangka binaan toilet dah hampir siap dibina? 

Pelik tapi benar...ha ha. Fikir-fikir la sendiri. 

4 comments:

Ninie Hanis said...

buang sampah dari tingkat 24?pehhh..ada berapa tingkat kondo anda?hehe..sabo jelah.tp kalau ada pasar malam depan rumah senang kan nk beli makanan..ni area mana ni?

Mijoe said...

tu maksimum la tu 24 tuh.. blok kiri kanan gue 22 tingkat jer. Pasar malam tu kat area Jln Prima Setapak, dah padat dgn apartment dah situ Ninie, lagi dibuat pasar malam, lagi jem jln kat situ nanti.

Zaid Jr dan Zaid Sr sure hepi giler mlm tadi...termasuk la uncle mijoe ni..he he.

Ninie Hanis said...

mmg pon...MU menang,zaid jr ikut bersorak..haish!

Mijoe said...

psst Ninie, ujung minggu ni, FA Cup, LFC vs MUFC kat enpil..camno tuh? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...