Kelly 3572

Saturday, January 28, 2012

Restoren Pen Mutiara, Batu Maung, Penang

Penat balik dari kenduri kawin di Bagan Serai tak hilang lagi. Aku planned nak balik ke KL selewat-lewatnya pukul 1600hrs petang sebab nak tengok bola FA Cup, Liverpool lawan Manchester United di Anfield kat rumah. Tapi, pukul 1630hrs pun semua orang belum bersiap, dan PLUS hiway pun dah mula penuh dengan kenderaan, maka terpaksa la aku lawan game tu kat memana restoren mamak yang terdekat. Fama balik KL dulu. Kitam dan Zura decided nak join aku dan wifey balik malam ni lepas game LFC-MUFC tuh.

Maka sesi petang ni dapat la aku rilek sekejap. Tort & Apai pulak nak bawak kitorang pergi makan-makan kat pulau. Hmm. Selepas perbincangan ringkas, kari kepala ikan jadi menu untuk dinner malam ni. 

Nama restoren tu ialah Restoren Pen Mutiara. Letaknya dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Dekat la jugak dengan kawasan pembinaan jambatan ke 2 menghubungkan Penang dan tanah besar. Lagi satu landmark yang boleh dijadikan panduan or senang untuk tanya orang nanti ialah, Lembaga Kemajuan Ikan Batu Maung. Restoren tu memang terletak dalam kawasan LKI tuh.

Kalau tengok dari luar, takde la nampak macam tempat makan pun. Nampak macam tempat ntah apa-apa pun ada gak. Tempat parking agak terhad la. Tapi bila masuk dalam restoren tuh, memang nampak agak ekslusif. Gambar pun aku tak sempat nak amik. Boleh je google restoren ni kalau nak tengok rupa bentuknya. Dah banyak jugak review dan entry pasal Pen Mutiara ni.
Kitorang semua makan nasi putih, dengan kari kepala ikan merah la jadi menu utama. Kerabu mangga, sotong goreng celup tepung, ulam-ulaman dan ayam masak merah, jadi lauk-pauk tambahan. Minuman pulak, air epal asam boi.
bekas isi kepala ikan merah tu paling besar
Kalau siapa yang suka maka kari memang akan suka tempat ni. Memang kari kepala ikan merupakan specialty restoren ni. Rasa kari tuh memang kena dengan selera aku. Tak pedas, kuahnya tak cair dan tak la pekat sangat. Dan seriously memang sedap bagi aku la. Kerabu mangga tuh pun best.  
mantop mantop mantop!!!
Sesiapa yang pergi Penang lepas ni, kalau nak makan kari kepala ikan, datang dan cuba la makan kat sini. Jumlah semua sekali untuk 6 orang dewasa dan 2 budak kecik makan kat sini dengan lauk-pauk yang kitorang order ni ialah RM140. Ok jugak la dengan tempat yang nampak agak ekslusif macam ni.

Kat luar restoren ni ada disediakan surau. Dan menurut wifey, surau restoren ni pun sangat cantik, macam surau kat hotel 5 bintang. Aku tak solat kat surau ni sebab aku jamak takhir kat rumah adik aku je. Lepas ni memang aku kena datang makan kat sini lagi la kalau nak makan kari kepala ikan. 

Habis urusan dinner, aku, wifey, Kitam and Zura bertolak balik ke Seberang Perai untuk ke Restoren Kapitan kat Perda. Plus aku nak tengok game LFC-MU kat situ. Berpandukan Garmin, aku sampai la kat Restoren Kapitan. Menu favourite kat sini ialah roti nan cheese dengan ayam tandoori la. 

Makan lagi??? Memang tak larat nak makan terus sebab kepala ikan baru je masuk dalam perut. Layan la bola dulu. 

Game LFC-MU ni berkesudahan dengan kemenangan kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-1. Tahniah kepada Liverpool. Suasana kat dalam restoren Kapitan ni pun dah macam stadium dengan majoriti penyokong Manchester United memenuhi ruang makan. Sebab kesukaran mendapatkan meja kosong, aku terpaksa berkongsi meja depan TV bersama seorang penyokong LFC yang kebetulan duduk sorang je kat meja 6 seater tuh. Dia tak kisah aku join dia. Aku pun cakap la aku sokong MU. He he...tapi takde la jadi apa-apa provokasi pun. Walaupun aku fanatik MU, tapi aku ok...he he. 

Back to the game. Aku agak berpuas hati walaupun FA Cup MU season ni sampai takat ni je. Dan yang penting, MU memang bermain dengan baik dari awal perlawanan sampai la ke wisel penamat. Aku tak sangka pun MU boleh score goal dan performed macam malam ni, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Wayne Rooney, Nani dan defender otai macam Vidic dan ramai lagi la yang injured tuh. Credits to all United players. Even, brader LFC semeja dengan aku pun cakap MU memang main laju dan best. Liverpool berjaya memanfaatkan 2 peluang keemasan yang diorang dapat melalui tandukan Daniel Agger dan penyudah Dirk Kuyt yang gagal diselamatkan oleh de Gea. 

Kesilapan David de Gea? Kali ni aku rasa mungkin dia melakukan kesilapan dalam gol yang pertama tu je la kot. Tak pe la. Boleh cuba lagi musim akan datang. Lepas ni tumpukan pada liga tu yang penting. Europa League tuh bagi aku 2nd priority. Kalau dengan bertimbun-timbun injury list boleh maintain dan sampai tahap ni, dah kira bonus bagi aku...takde la frust sangat walaupun kalah dengan musuh ketat. 

Habis je game, cepat-cepat aku balik rumah adik aku untuk bersiap nak bertolak balik KL. Dekat jam 2345hrs jugak la kitorang bergerak dari Seberang Jaya tuh. Aku drive dalam keadaan yang agak penat. Tapi still terkawal. Sampai R&R Sungai Perak je, tukar driver pulak.

Awal-awal tuh aku nampak Kitam ok je. Lepas setengah jam aku perasan adik aku tuh dah mula mengantuk. Aku tak jadi nak tido to make sure adik aku ok. Agaknya dia jadi lesu sebab kari kepala ikan dah campur dengan roti nan plus tak boleh nak pecut laju takut ada speed-trap lagi kot. 

Sampai R&R Tapah, aku suruh Kitam berhenti untuk tukar driver lagi sekali. Kali ni aku bawak dengan wifey duduk kat seat depan. Kitam terus krooohhh kat seat belakang. Sure penat tuh. Aku minum Livita Honey konon nak kasi segar sikit, tapi lain pulak yang jadinya. Mengantuk la pulak. Aku pun bawak je la pelan-pelan, seslow 90km/j. Kejap-kejap bukak tingkap amik angin malam. Sampai la satu ketika, semua orang dah tido, tinggal la driver sorang je yang maintain macho dalam kegelapan...ha ha ha.

Dan bila sampai area Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Hulu Selangor tuh, ada la sekali tuh bulu roma aku meremang kejap. Aku buat derk je la...teruskan memandu dengan perlahan dan make sure ada kenderaan lain kat depan ataupun belakang aku. 

Masa dah nak sampai area toll Jalan Duta tuh baru la ada sekali aku terlelap masa kat lane tengah. Aku rasa ada la dalam setengah saat kot. Nasib baik takde kereta kat belah kanan aku. Cuma ada satu 4WD je kat belakang sebelah kiri aku yang tengah laju tapi dia hon aku mungkin sebab dia nampak Piji dah tersasar ke kanan kot. TQ to that driver. Masa tu, semua orang dalam Piji pun tido. 

Kitorang selamat la sampai di Gombak dekat pukul 0400hrs. Fuhh..Alhamdulillah. Lepas ni kena rest banyak-banyak ni...

2 comments:

aby said...

24 thn dok kt utara,
7 thn dok kt pulau ..
entry mijoe buat aby mcm kt sana la ..
jln dari jambatan ke Batu maung tu pun dah senang berbanding bberapa thn dulu ..

Mijoe said...

nanti dah siap 2nd bridge tuh lagi la senang nak keluar masuk pulau tuh... nanti lama-lama feri pun dah tak wujud sebab semua orang nak drive lalu jambatan, lebih cepat.

naik feri jimat minyak kete sket...he he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...