Saturday, January 28, 2012

Ke Utara Sekejap; Selamat Pengantin Baru Syaida & Hafiz

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, terus bersiap-siap sebab dah decided to leave for Penang malam ni jugak. Sebab kemungkinan besar nak balik ke KL semula petang esok. Kitam dengan Zura dah tunggu kat Gombak, aku dengan Wifey pergi dinner dulu, kemudian amik diorang dah terus gerak ke Utara pada pukul 2245hrs.

Kali ni bawak Piji pulak. Isi minyak penuh-penuh dan melalui Rawang sebelum masuk ke PLUS Hiway. Kenderaan kat hiway tak la banyak sangat. Drive la semaksimum kelajuan yang dibenarkan; 110km/j. 

Bila sampai area Bukit Tagar, Bukit Beruntung dan Hulu Selangor tuh, terus aku teringat kes-kes kemalangan yang pelik dan tak pelik yang aku selalu baca kat blog Ondscene. That automatically put me in extra alert and cautious. Aku drive kat slow lane dengan 90km/j. Kena lebih berhati-hati di kawasan ni ye!!!
ROADBLOCK!!!
Alhamdulillah takda apa-apa yang tak diingini berlaku. Aku pun tak mengantuk walaupun perut penuh diisi dengan nasi dengan lauk tomyam, telur dadar dan jugak ayam goreng kunyit masa dinner tadi. Sepanjang lebuhraya tuh, aku memang dah perasan papantanda polis pasal operasi had laju yang diorang pacak kat tengah-tengah hiway tuh, tapi aku nampak agak ramai jugak la pemandu-pemandu Malaysia yang konon bagus tuh memecut macam nak cari toilet sebab nak tercirit adanya. Aku lebih selesa drive kat lorong perlahan dari lorong kanan, sebab risau jugak kot-kot ada pulak Micheal Schumaccer dari laluan bertentangan yang tengah bawak 140km/j melambung masuk ke laluan sebelah...naya je kan.

Aku stopped kejap kat R&R Sungai Perak untuk ke toilet, regang-regangkan urat dan otot biar lebih segar sebelum meneruskan perjalanan ke Seberang Jaya untuk bermalam di rumah Hanani.

Lepas jalan beberapa minit, kat laluan lurus, tetiba aku nampak kereta tengah beratur panjang dan bergerak perlahan. Kemalangan ke sekatan jalanraya? Ooo ada polis tengah buat operasi rupanya. Lebuhraya 2 lorong dah jadi 1 lorong. Ramai gila aku nampak polis tengah berdiri kat tengah-tengah lebuhraya tuh. Diorang check  nombor plat kenderaan dan yang mana yang dah terkena 'tembak' sepanjang hiway sebelum ni semua diarahkan ke tepi untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya. Hmm, padan muka eksyen sangat bawak laju-laju. Bila Piji lalu kat depan polis tuh, terus polis tuh suh jalan je...Alhamdulillah. Patuhi had laju yang ditetapkan ok! 

Kitorang selamat sampai di Tingkat Pauh Jaya dekat pukul 0300hrs. Semua orang dah selamat pengsan, tapi aku difahamkan anak-anak buah aku baru je lelap. Ha ha. 

Lepas berehat sekejap, kitorang semua keluar semula lebih kurang jam 1030hrs untuk ke Bagan Serai, rumah pengantin lelaki. Agak awal la kitorang sampai kat masjid dalam gambar kat bawah ni. Bila semua korum dah cukup, baru la gerak ke rumah pengantin lelaki. 
Masjid tempat rombongan pengantin perempuan berkumpul
Selamat pengantin baru kepada pasangan Nor Syaida dan Nurul Hafiz. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan dan diberkati selamanya, Amin. Aku tak sempat nak pergi ke kenduri di Kota Bharu masa CNY hari tuh sebab sangat kesuntukan masa. 

Lepas selesai kenduri ni, ada ura-ura macam nak pergi makan ketam lembut yang popular dekat Kuala Gula. Tapi atas sebab timing yang tak berapa bagus, maka niat tuh terpaksa la ditunda ke waktu lain. Banyak jugak review dan entry blogger pasal ketam lembut Kuala Gula ni. Next time ok!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...