Saturday, January 7, 2012

Cerita 5 Jam Di Pejabat Imigresen Wangsa Maju

Assalamualaikum

Aktiviti hari ni sepatutnya dah settle minggu lepas, tetapi sebab jabatan imigresen tutup pulak hari Sabtu minggu lepas, maka terpaksa la aku settlekan hal ni hari ni. Dah planned nak ke sini seawal mungkin sebab hari ni aku banyak agenda lain yang perlu diselesaikan. Nak hantar Piji ke service centre, nak balik Pajam.

Aku keluar dari rumah dalam pukul 0820hrs, sampai kat Sri Rampai dalam 10 minit kemudian. Usha dari dalam kereta, memang sah nampak Imigressen bukak hari ni. Nampak macam ramai je orang kat depan pintu masuk. Hmm, mungkin office belum bukak lagi kot...

Parked Kelly dengan selamatnya dengan RM1.00 didermakan ke tabung DBKL untuk jangkamasa 2 jam. Maka melangkah dengan penuh bersemangat ke blok bangunan Imigresen, only to find out a very long que dari pintu masuk utama sampai la hampir ke hujung blok bangunan tuh. MasyaAllah!!! Ramainya manusia nak buat passport! Sempat ke tak sampai aku punya turn ni? Aku cepat-cepat walk-in ke kedai gambar tanpa menghiraukan offer yang dibuat oleh agen-agen kedai gambar yang bersepah kat tepi jalan tuh. 

4 gambar passport RM12. Buat salinan IC depan belakang, dan terus orang kat kedai gambar tu isikan borang untuk aku renew passport. Aku sempat tanya orang kat kedai tu, memang tiap-tiap hari que panjang macam ni ke atau hujung minggu je? Dia reply, memang tiap-tiap hari que panjang lagu ni (macam ni). Terus aku flashback the last time aku renewed passport kat sini jugak, takde pun que macam ni. Sampai-sampai, terus masuk dalam office, amik nombor giliran dan tunggu kejap, pastu bayar, dan tunggu lagi passport diproses, pastu dah boleh collect. Semuanya tak sampai 2 jam. 

Jam 0845hrs, aku pun join la beratur kat belakang sekali. Dan barisan pun disambung dan dipanjangkan lagi oleh orang-orang kat belakang aku. Kat belakang aku, ada sorang adik OKU dengan ibu dan makciknya yang nak buat passport untuk pergi ke Bandung; aku dengar diorang bercerita la...dah tak tahu nak buat apa sepanjang masa beratur tuh. NI BARU BERATUR NAK AMIK NOMBOR GILIRAN. Siap caps lock lagi tu...
aku snapped gambar ni 10:05hrs, baru sampai depan pintu imigresen
Dalam gambar kat atas ni, aku baru sampai dekat dengan depan pintu utama ke pejabat imigresen tuh. Belum masuk lagi tu...aku usha belakang aku, memang dah panjang gila dah barisan ni. Macam nak kena top-up derma kat tabung DBKL ni kalau macam ni la gayanya...

Beberapa minit lepas tu, aku dah berjaya masuk ke dalam pejabat imigresen. Dah makin dekat nak dapat nombor giliran. Aku perasan security guard dah bagi arahan kat staff dia yang nombor giliran untuk hari ni dah habis. Adala 5-6 orang kat belakang aku yang sempat masuk untuk amik nombor giliran sebelum security mengarahkan orang-orang lain yang tengah beratur tu untuk datang pagi esok je sebab hari ni memang diorang dah tak sempat nak proses dah. Selamat aku... tapi kesian la dekat orang-orang lain kat belakang aku yang tak sempat tu, buang masa diorang je berjam-jam beratur, pastu kena balik dan datang semula keesokan harinya. SILA DATANG SEAWAL MUNGKIN UNTUK URUSAN PERMOHONAN/PEMBAHARUAN PASPORT.

Lepas dapat nombor giliran, aku suruh wifey bawak Piji ke service centre di Puchong sebab kalau tunggu aku memang dah tak sempat sebab service centre pun bukak sampai pukul 1230hrs je hari ni. Aku pergi top-up tabung DBKL lagi sekali memandangkan 2 jam memang sangat tak mencukupi.
10:47hrs, macam seat kat stadium pun ada gak...aircond rosak pulak tu..
Dah top-up tabung DBKL, aku joined manusia-manusia lain tunggu turn untuk buat bayaran passport dan urusan-urusan seterusnya. Tengah duk menunggu tuh, boleh pulak perut aku buat hal. Aku terpaksa la keluar cari 'public bank' yang berhampiran. Tanya kat kedai gambar tadi diorang cakap 'public bank' kat tingkat atas. Aku naik la ke tingkat atas tu, cari punya cari, nasib baik jumpa, dan tak ditutup, cleaner baru je nak buat kerja-kerja pembersihan. Lega betul dapat tambah pelaburan...ceh! 
13:41hrs, tengah tunggu nak collect. Imigressen patut tutup pukul 13:00hrs!
Selesai urusan perbankan, aku rejoined the crowd kat dalam pejabat tuh. Manusia semakin berkurangan. Wifey pulak dah berjaya hantar Piji ke service centre. Dan sedang lepak-lepak makan minum di kedai area service centre tuh sementara nak menunggu aku datang amik. Aku terpaksa mintak pertolongan abang aku untuk jemput wifey balik ke rumahnya kat Kinrara so that boleh la dia lepak dan berehat sementara menunggu aku settlekan urusan renewal ni.

Dekat pukul 1400hrs, baru la nombor giliran aku dipanggil untuk urusan pengambilan passport yang telah siap diperbaharui. Perghhh..lega ... Alhamdulillah!

Wifey dah selamat sampai kat rumah abang aku. Perut aku buat hal lagi sekali. Nak balik rumah untuk tambah pelaburan rasanya macam dah tak sempat. Dari imigresen Sri Rampai tuh, aku rasa cawangan 'public bank' terdekat yang senang untuk aku berurusan adalah di pasaraya-pasaraya area tuh. Carrefour menjadi pilihan aku sebab free parking. Ha ha... maka aku berjaya melaksanakan transaksi tu dengan jayanya. Ceh!

Selesai segalanya, aku terus ke Bandar Kinrara to meet wifey dan berehat kejap setelah seharian penat beratur dan diserang cirit-birit. Nasib baik la MRR2 tak jam sangat. Selamat sampai dan berehat sambil melayan anak-anak buah. Pukul 1715hrs baru la aku dan wifey left Kinrara for Pajam...

INFO:

Nak renew passport? Selain dari meredah barisan untuk ambil nombor giliran yang sangat panjang tuh, anda jugak boleh apply untuk memperbaharui passport secara online. Ikut je arahan kat laman web jabatan imigresen tuh. Still kena sediakan 2 gambar berukuran passport, boleh bayar online melalui kad kredit. Dan boleh pilih nak pergi collect passport tuh kat pejabat imigresen cawangan mana yang sesuai dan berdekatan dengan tempat korang.

Tapikan, pegawai imigresen kat Sri Rampai tuh macam tak encourage sangat kita apply menerusi online sebab dia kata, benda-benda yang melibatkan kepentingan negara macam ni perlu dijaga dan diuruskan dengan cara yang paling baik dan selamat. Betul jugak kata dia. Urusan online ni memang banyak jugak risikonya dan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat perlu dilaksanakan supaya maklumat peribadi pemohon passport tak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab!

Untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga warga emas berusia 55 tahun ke atas, ada kaunter yang dikhaskan untuk mereka. Jadi, diorang tak perlu la beratur panjang macam orang-orang biasa ni. Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tu perlu la ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...