Kelly 3572

Wednesday, January 11, 2012

Cat Treat

Assalamualaikum

Hari tu masa pergi Giant Nilai, aku belikan la meow-meow Pajam tuh benda kat bawah ni. Orang panggil Cat Treat. Biasa kalau kat KL, aku beli kat Jusco je. Kalau kat Jusco tu aku dah lupa apa nama brand dia, tapi yang aku ingat, cat treat yang aku beli kat Jusco tuh dalam bentuk ikan bilis. Harga pun murah je la, dalam RM3-RM4 lebih macam tu la.
Dah pergi Giant, bawak troli, sambar dan campak je dalam troli apa-apa yang berkenan di hati dan nafsu! Bila time bayar baru la ternampak harga Greenies Cat Treat ni. Dekat RM17 wooo!!! Terkejut jugak aku. Tapi sebab memang ada satu brand ni je yang available kat Giant masa tu, plus dah namapun Cat Treat, maka aku pun bayar la dengan seikhlas hati. Dengan harapan budak-budak 2 ekor tuh dan jugak kawan-kawan diekor tuh makan la cat treat ni. Kalau tak makan jugak, memang sesia je la aku beli mahal-mahal. Kang ada pulak aku yang makan cat treat tuh!!!

Dan, ternyata si Tam dan Teh tuh memang suka cat treat ni. Bendanya sikit je, sekor dicadangkan makan 6-8 ketul je sehari! Sizenya sama la dengan size makanan kucing yang biasa. Cuma flavournya saja yang agak special. Macam yang aku rembat ni flavour 'Roasted Chicken!' Tu dia...betul punya treat.

Greenies Cat Treat yang aku beli ni adalah dirumus untuk penjagaan gigi meow, nak mengurangkan bau mulut yang tak pernah gosok tuh, dan mengurangkan jugak risiko kerosakan gigi. Agak-agak wangi ke mulut kucing lepas bagi diekor makan Greenies ni? He he...

4 comments:

meowwmania said...

hehehe...redho jelah kan :D

Mijoe said...

ye KK! eh? KK ek? :p

demi meow2..takpe.. he he

An said...

xpe..sesekali blanje cat2 mkn mewah..hihihi (^_^)

Mijoe said...

betul betul betul... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...